Showing posts sorted by relevance for query rakit. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query rakit. Sort by date Show all posts

Friday, May 22, 2015

DAY 2.. Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Sambungan dari SINI dan SINI..

Hari Kedua..
Program diteruskan dengan aktiviti melasak je..
Peserta program dibahagikan kepada 4 kumpulan besar..
Dari 4 kumpulan besar tu dipecahkan menjadi 2 kumpulan kecil..


Warna kenalah yang menarik perhatian.. barulah ceria dan bersemangat..


Kita mulakan dengan senaman ringan..
Ringan tak ringan jugaklah.. pancit sekejap aku rasa..


Tengok gambar ni terasa macam budak sekolah pulak..

Penerengan diberikan oleh jurulatih..
Kena fokus sebab yang nak guna kami semua jugak..

Bekerjasama untuk menyiapkan 2 rakit pelampung bagi setiap kumpulan..


Penerangan diberikan sebelum dimulakan dengan 'water confident'..

'water confident'.. you know what.. masa nilah aku tertelan tersedak air tasik.. kehkehkeh..
Bukan sebab confident tapi sebab memula rasa cuak nak berada dalam air..

Kemudian explorace part I dimulakan..


Dua kumpulan akan menggunakan rakit dari pelampung yang dibuat tadi..

Manakala 3 orang dari setiap kumpulan akan menggunakan rakit buluh..
Tugas mereka ni adalah sebagai perisik a.k.a peninjau untuk mencari di mana letaknya check point..
Manakala rakit pelampung tadi akan mendapatkan point yang telah dijumpai oleh peninjau tadi..


Ni bukan sebab penat tapi sebab tengok dorang baring macam best..
Bila cuba, inilah hasilnya..
Weh.. tak aci sungguh, gambar yang lagi dua orang baring tu takde..
Baru nak viralkan gambar dorang, alih-alih diri sendiri yang terkena..



Dekat tengahari explorace part I ni habis..
Panas usah ceritalah.. dah macam udang kena bakar kulit muka..
Dari 4 check point, hanya 3 kami dapat..
Alasan kukuh.. satu rakit pelampung telah 'cedera'.. jadi tak boleh nak melasak kat tengah tasik tu..
Lagipun tak cukup masa.. kalau kitorang teruskan juga, kena tolak markah..
Dari kena tolak markah, baik balik ke darat..
Kami yang guna rakit buluh siap 'towing' rakit pelampung yang 'cedera' tu balik ke darat..


Pengalaman berada di tengah tasik menggunakan rakit buluh..?
Sangat mengujakan..
Ok aku tipu.. selain dari basah kena air.. yang lainnya banyak bebel.. kehkehkeh..
Kesian dak Ary.. maafkan akak ye.. akak tak marah cuma bebel je..
Aku dok suruh kayuh.. 1.. 2.. 3.. sampai injured dia..
Kesian jugak kat akak yang tengah tu.. dahlah tak berapa sihat, stress dia kat tetengah tu dengar aku bebel.. sampai dia cakap nak tolak aku dalam air.. hahaha..

Apa-apapun satu pengalaman yang berharga dan menarik untuk dijadikan kenangan..
Terasa nak ulang lagi berakit di tengah tasik itu.. namun ntah bila..


Bersambung explorace II.. sebelah petang pulak..



psstt: Rindunya aku pada dirimu..



Monday, September 8, 2025

DAHULU PERGI, SEKARANG TIDAK LAGI


Setiap program kerja yang dianjurkan pastinya membawa tujuan dan manfaat tersendiri. Namun, di sebalik jadual yang disusun, ada juga ruang untuk kita menilai semula — sejauh mana program itu benar-benar memberi kesan dan sejauh mana pula ia mempengaruhi keseimbangan rutin harian serta tanggungjawab peribadi. Adakah berbaloi untuk mengorbankan rutin harian hanya demi hadir atau cukup sekadar memilih apa yang benar-benar penting dan relevan dengan tugas sendiri.


DAHULU..
Setiap kali ada bengkel, kursus atau latihan — apatah lagi jika diadakan di hotel atau lokasi menarik jauh dari tempat kerja — aku pasti hadir. Selain menimba ilmu, peluang ‘berjalan’ sambil bekerja memang sesuatu yang aku nantikan. Seronok rasanya bila dapat keluar dari rutin harian, walaupun jadual padat dari hari pertama hingga hari terakhir. Penat itu ada tapi tetap rasa berbaloi. 

Naik flight, naik bas, naik kereta, naik bot malah naik rakit seperti di [SINI] pun pernah aku lalui. Zaman waktu Remaja Purba yang fikir nak enjoy, tak kira di mana. Dalam kepala cuma satu.. 'Bila lagi nak dapat peluang macam ni? Lupa sekejap segala tekanan di tempat kerja. Rasa bebas — walau sementara.


SEKARANG..
Sejak insiden dua kali aku pernah pengsan di tempat kerja, aku jadi lebih berhati-hati. Nak sertai bengkel, kursus atau seminar yang jauh pun aku fikir banyak kali. Seboleh mungkin, aku elakkan. Bukan apa — aku tak nak susahkan orang, tak nak buat en. Hubby risau dan paling penting, tak nak jadi beban kepada pihak urusetia. Kalau boleh tak pergi, aku pilih untuk tak pergi.


Kalau program yang tak memerlukan bermalam, aku masih boleh terima. Taklah terlalu mengganggu rutin harian di rumah. Jadi, aku hadir dengan hati yang lebih tenang. Andai ada yang berkata, 'Macam dia seorang saja ada anak, ada suami..' — silakan. Kita tak hidup dalam rutin yang sama, apatah lagi menanggung tanggungjawab yang serupa.

Tapi bila bengkel itu jauh di luar kawasan, jaub di sudut hati — 'Apa aktivitinya?'. Hakikatnya, aktiviti tetap sama — 3 hari 2 malam dengan slideshow PowerPoint, aktiviti berkumpulan dan akhirnya bila kembali bekerja.. kau dengan bidang kau, aku dengan kerja aku.
Bukan semua yang berjalan itu belajar dan — bukan semua perjalanan itu membazir..

Kerja tetap berjalan, program silih berganti tapi di hujungnya ada tanggungjawab dan rutin di rumah yang tetap setia menanti. Di situlah sebenarnya, terletak makna keseimbangan yang aku pilih untuk dijaga.

@RemajaPurba: ..

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...