MOMENTUM AWAL
Masuk kerja - terus mulakan kerja.
Kalau nak cerita pasal drama boleh.. tapi datanglah awal sebelum waktu bekerja atau simpan untuk waktu rehat tengah hari.
KENA ADA KOMITMEN
Ramai yang dulu sanggup buat apa saja demi dapat kerja tapi bila dah dapat mulalah keluar ayat: 'Dulu.. sanggup buat apa saja. Sekarang.. nantilah.. itulah.. inilah..' Ada je alasannya.
Contoh perbezaan suasana bekerja:
Pejabat – paling teruk pun kena marah, bukan kena pumping atau ketuk ketampi.
Kilang – tak sempat pun nak mengular, kerja sentiasa berjalan.
Kem Tentera/Polis – berdiri tercegat jaga pos kawalan.
Soalnya: Bagaimana kita nak menghalalkan rezeki yang masuk setiap bulan kalau komitmen pun acuh tak acuh?BELAJAR DAN MENGAJAR
Bila tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan, ianya boleh merosakkan hasil kerja. Jangan main belasah — tak tahu bertanya. Bila dah tahu, kongsikan pula dengan orang lain. Itu yang akan jadi pahala berterusan.
- KOMUNIKASI
Dalam organisasi, komunikasi itu kunci. Banyak masalah boleh selesai kalau kita pandai berhubung.
Kalau perlu cuti — mohon cuti.
Kalau perlu tarik diri dari sesuatu yang menyakitkan — undur dan jauhkan diri.
Janganlah pukul 10.30 pagi tiba-tiba hilang ke kafe semata-mata kerana craving kopi ais kaw. Jangan pula pukul 12:30 tengah hari beratur menunggu giliran membeli makanan. Dan kalau ada cerita viral nak dibawang, eloklah tunggu waktu rehat rasmi satu hingga dua petang. Lagipun, dalam pekeliling perkhidmatan awam tidak pernah pun dinyatakan ada 'minum pagi' atau 'minum petang' – yang jelas disebut hanyalah waktu bekerja.
Masuk lewat kerana faktor yang tidak disengajakan mungkin boleh dipertimbangkan. Tetapi kalau masuk lewat kerana pilihan sendiri — disengajakan — maka soalan asas perlu ditanya semula: waktu bekerja itu sebenarnya bermula jam berapa, dan berakhir jam berapa.
Kalau ikut buku betul-betul, maknanya sepanjang masa duduklah di meja kerja. Jangan cuba bergerak ke mana-mana tanpa alasan rasmi. Baru seimbang. Baru adil. Sama-sama rasa nikmatnya ikut garis panduan, biar sampai buku itu sendiri pun letih nak menegur.
No comments:
Post a Comment