Kenangan terpahat..
Tarikh 28 Ogos 2007 pada awal pagi..
Hadirnya lewat lapan hari dari tarikh sepatutnya namun aku berjaya melalui proses kelahiran biasa. Alhamdulillah.. Lahirnya satu-satunya anak lelaki
Dak Adik..
Lahirmu tiada sebarang cacat-cela..
Namun peristiwa itu mengubah sedikit anugerah ciptaanNYA dan kerana dak Adiklah wujudnya blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni..
Tiap apa yang berlaku pada dak Adik, di sinilah tempat aku luahkan. Paling aku risau andai dia mengadu sakit. Cuak terus muka aku. Bukan setakat cuak, panik pun ye boleh jadi.
Itulah kenangan.. pengalaman.. pengajaran..
Hari ini..
Selamat Hari Lahir buat MQA a.k.a dak Adik..
Moga berada di dalam rahmatNYA, lindunganNYA serta dimurahkan rezeki sentiasa..
Ibu cuma nak satu je.. andai ibu tiada nanti Adik kena bertanggungjawab dalam menjaga dak Kakak dan dak Nuha.. jangan lepas tangan.. jangan pentingkan diri sendiri. Duit boleh dicari tapi tidak family..
Ibu berharap dan berdoa agar Adik mampu menjadi imam dalam keluarga kita. Sebelum nak jaga orang lain, jaga dulu family Adik ni sebaiknya..
Aduh.. aku pulak emo lebih..
Usia dak Adik baru mencecah sembilan tahun kot..
Sabar ye Mak Budak..
Masih jauh lagi perjalanan yang perlu dilalui..
StatusHati: Ya!Allah.. Ya!Tuhanku.. Kau berikanlah anak-anak aku kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian.. amin..
Happy birthday dak adik!
ReplyDeleteSemoga mbesar dgn baik dan jadi anak yg soleh tau :)
Sanah helwah Adik.. moga menjadi anak yang soleh dan dibawah keredhaan ALLAH SWT.. :)
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY ADIK MOGA SBG ANAK SOLEH YG MMBNGGAKAN IBUBAPA/KELUARGA...MASA MUDALAH NK PRODUKTIF ZURIAT AI
ReplyDeleteselamat hari jadi adik!
ReplyDeletehepi besday dak adik.. smoga panjang umur dalam mentaati Allah..
ReplyDeleteHappy birthday dak adik semoga menjadi anak yg berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteHappy Birthday dak adik...moga jd anak soleh...Amin...
ReplyDeletesaya yang baca pun rasa sebak kak. semoga dak adik jadi anak yang soleh.
ReplyDeleteselamat hari lahir adik
ReplyDeletehepi besday dak adik....
ReplyDeleteaduh, sedih pulak bila baca luahan hati ibu ni.
ReplyDeletesemoga menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab ye Adik.
baby merdeka nih.. kalau kat skolah selalunya org yg lahir bukan 8 dapat sambut besday sekali dengan sambutan hari merdeka kat sekolah.. untung la.. hehehe
ReplyDeleteDak adik sebaya syuhada.
ReplyDeleteYe la. Kesihatan anak2 la yg kita harapkan sepanjang diorang membesar.
Biar kita sakit. Jgn diorang kena gigit nyamuk pun hu hu...
Moga adik sihat cerdik dan hensem sentiasa ye syg...