Hari ini hari ketiga suai kenal dan juga hari terakhir sebelum dak Adik benar-benar melangkah masuk ke dunia pengajian yang sebenar. Dunia yang aku hanya mampu pandang dari jauh.
@RemajaPurba: Langkah kecil dak Adik, doa besar dari kami di rumah.
'Ibu rileks je, orang lelaki senang je dapat kawan nanti'. Dalam diam, Tuhan aturkan satu kebetulan — rupa-rupanya ada juga kawan dari sekolah menengah yang menuntut di tempat yang sama dengan dak Adik, walaupun programnya berbeza. Sekurang-kurangnya, ada bayang yang dikenali.
Explorace bersama rakan sepasukan
Bagi aku.. aktiviti explorace adalah aktiviti yang paling menyeronokkan. Boleh hilang sekejap masalah yang ada bila masing-masing saling bantu dan bekerjasama mencari idea menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dari tak kenal, dari rasa malu-malu — akhirnya menjadi sahabat baik.
Dak Adik..?
Mungkin dunia baru ini boleh mengubah diri dan sikap Adik ke arah yang lebih baik.
Solat Jumaat pertama di Masjid di kampung
Tengah hari..
Adik sepupu aku menemani dak Adik menunggang sendiri motosikal ke masjid berdekatan dengan rumah bagi menunaikan solat Jumaat.
Aku..?
Selepas hampir seminggu bercuti, aku kini kembali ke rutin bekerja seperti biasa. Dak Nuha pun sudah kembali ke sekolah selepas tiga hari cuti, cuma en. Hubby sahaja yang masih menikmati cuti.
Kami tinggalkan Adik dengan seribu harapan. Bukan mudah untuk melepaskan tapi kami tahu ini adalah perjalanan yang harus dia tempuhi. Pandailah dia hidup berdikari walau hakikatnya bukan tinggal menyewa dengan rakan-rakan yang lain. Tapi rindu.. mana boleh elak. Biarpun anak nampak tenang, ibu tetap dihantui bayang — 'Cukup ke duit dia?' 'Okay ke makan dia?' 'Ada orang tolong ke kalau susah?'. Aku hanya mampu memandang dari jauh sambil memeluk doa.
No comments:
Post a Comment