30 Julai 2025 - Rabu (5 Safar 1447H)
Sambungan dari [SINI]
Membuat pembelian di kedai cermin mata di kampung sempena belated birthday en. Hubby. Walau tak mampu membelikan yang mahal tapi dah berniat untuk menggantikan cermin mata yang patah sebelum ini.
Awalnya sekadar singgah untuk melihat-lihat tapi terus telan air liur bila nampak harganya. Namun, demi keselamatan dan kegunaan harian terutama ketika memandu — akhirnya terjebak juga membelinya. Tidaklah mahal, belanja pun ikut kemampuan. Asalkan en. Hubby selesa dan boleh guna, itu sudah cukup untuk rasa syukur.
Memandangkan cermin mata tersebut tak sempat disiapkan pada hari yang sama, pihak kedai akan mengeposkannya terus ke rumah.
Hari ini berakhir dengan senyum puas, belum tahu bahawa esok akan membawa cerita lain..
====================================
02 Ogos 2025 - Sabtu (8 Safar 1447H)
Cermin mata selamat diterima ketika kami dalam perjalanan ke luar negeri untuk mengambil dak Kakak. Pihak kedai telah menghantarnya melalui pos dan alhamdulillah kami terima dalam keadaan baik.
Cermin mata itu bertambah cantik bila dikelilingi - BTS
[RM, Jin, Suga, JHope, Jimin, V, Jungkok]
My bias is RM and Jimin - sempat lagi nak bagitahu..
Cermin mata itu selamat sampai tapi petangnya.. satu khabar duka dari selatan, membelah ketenangan yang baru terasa indah.
@RemajaPurba: ...
Happy belated birthday suaminya. Best dapat hadiah spec mata baru.
ReplyDeleteseronok ek dpt hadiah. tak perlu kira harga nya.
ReplyDelete