Dah penghujung Syawal baru teringatkan entry ni masih terdiam sepi di bahagian draf.
09 Mei 2024 (Khamis) - 30 Syawal 1445H
Setiap kali menjelangnya Ramadan dan Syawal, siaran paling ditunggu di kaca television adalah Pengumuman Puasa dan Pengumuman Raya. Jika dulu berteka-teki mengenai tarikhnya, kini berteka-teki pula warna baju yang dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Beliau bertanggungjawab mengumumkan tarikh permulaan puasa dan hari raya menurut titah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Raya dan Rancangan Telelevision (tv)
Dulu..
Bahagian intisari rancangan di dada akhbar pasti menjadi rujukan, nak tahu filem atau drama apa akan ditayangkan. Bersama keluarga, lepak depan tv sambil makan menu raya.
Kini..
Tidak lagi melekat di depan tv dan tak minat nak menonton rancangan yang ada. 'Dah tualah tu, tak suka tengok tv'. Bukan tua tetapi myAnak Fruits conquer rancangan kartun. Ditambah bila berjumpa orang tua, sanak-saudara, takkan nak hadap tv aje, bergossip sakanlah jawabnya.
Tapi..
Walau tidak menonton tv, masih banyak platform selain dari tv yang boleh ditonton. Banyak iklan-iklan raya dan filem pendek yang menarik di media massa. Ada yang lucu tapi banyak yang bermain dengan jiwa seperti di SINI, di SINI atau pun boleh tanya pada en. Google sendiri. Dipendekkan cerita, rancangan tv bukan lagi pilihan utama.
========================================
Pernah terfikir, apa tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selain dari membuat pengumuman tarikh permulaan puasa dan hari raya?
Jadi, sedikit perkongsiaan mengenai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja seperti berikut:
PENGAJIAN AM Topik 4 Kerajaan Malaysia
- sumber en. Google -
YDPA - Yang di-Pertuan Agong
MRR - Majlis Raja-Raja
Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
- Menerima dan mengedarkan kertas kerja yang akan dikemukakan dalam persidangan
- Memanggil mesyuarat MRR atas arahan YDPA atau MRR
- Menghadiri mesyuarat dan menyimpan minit-minit mesyuarat
- Mengesahkan semua keputusan MRR
- Memaklumkan keputusan pemilihan YDPA kepada Majlis Parlimen
- Mengumumkan keputusan MRR, tarikh berpuasa, tarikh hari raya umat Islam
Fungsi : Memastikan segala urusan sebelum, semasa dan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berkaitan dengan elemen pentadbiran, kewangan dan logistik dilaksanakan dengan cekap dan teratur.
Aku..?
Raya paling seronok disambut adalah zaman BudakPurba. Makan, main mercun. tengok rancangan raya di tv dan kumpul duit raya. Indahnya waktu itu.
#RemajaPurba: Dulu kumpul duit raya, sekarang kita pula bagi duit raya.
Baru tahu salah satu tugas kena menyimpan minit mesyuarat. Macam setiausaha juga la.
ReplyDeletemasa kecik-kecik, paling suka hari raya...sebab masa raya je boleh makan ayam...ayam yang dibela memang khas untuk hari raya...hihihi...proses cabut bulu ayam tu, memang kenangan sampai sekarang...
ReplyDeleteDah macam tugas setiausaha agung kan. Paling ditunggu2 kemunculannya time nak masuk Ramadhan & Syawal hihi
ReplyDeleteIngatkan tugas dia tu je. Rupanya banyak tugasnya. Terima kasih share.
ReplyDeletebetul tu raya masa zaman dulu mmg terasa lg seronok & meriahhh hehe
ReplyDeletebesar amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya...
ReplyDeleteni macam tugas lady dulu je zmn kerja dlu.. tp bukan untuk raja la.. :P untuk company.. setiausaha pun ada ni..
ReplyDeleteenam dot je....?
ReplyDeletepaling popular masa pengumuman raya. Dulu memang tak sabar tunggu depan tv, lepas tu tengok color baju yang berubah saban tahun.
ReplyDeletemacam S/U la lebih kurangnyer... hahaha
ReplyDeleteBerbagai tugas rupanya, memang banyak tanggung jawab nya.
ReplyDelete