05 Mei 2024 - Ahad (26 Syawal 1445H)
Dari 22 Syawal 1445H aku tidak sihat (batuk + selesema) dan tak sangka 'berjangkit' pula pada cikPutih hinggakan en. Hubby terpaksa belikan ubat 'bateri baru' buatnya.
06 Mei 2024 - Isnin (27 Syawal 1445H)
Cuti Kecemasan disebabkan cikPutih breakdown selepas plaza tol di sini ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.
Kisahnya:
Sewaktu tiba di plaza tol menunggu giliran untuk TnG di laluan tol di sini, aku perasan power window cikPutih menjadi lambat untuk diturunkan. Berdasarkan pengalaman dari SINI.. langkah segera perlu ku ambil dengan mencari ruang di tepian highway untuk berhenti kerana simbol Battery Light menyala.
Walau telah berhenti di tepian highway ku tetap risaukan keselamatan, berdoa moga semua motosikal yang lalu akan nampak cikPutih di laluan kecemasan di situ.
Alhamdulillah, myAdik Helmi datang membantu. Inilah untungnya ada adik lelaki, bila kita call, pasti skuad bantuan cepat sampai. Kali ini dia sendiri yang datang bantu disebabkan skuad bantuan terhampir berada di luar kawasan.
Ok cikPutih, jomlah kita balik
Bagaimana sesaknya jalan, begitulah sesaknya kepala ni nak hantar kereta untuk di repair.
Ketika kejadian, ada tiga simbol terpapar di dashboard kereta - Battery Light, Check Engine dengan Oil Pressure.
Lampu Bateri - Battery Light
Lampu Enjin - Check Engine
Inilah simbol pada meter kereta yang paling terkenal. Lampu ini memberi maksud keadaan enjin kereta. Indikator ini akan menyala sekiranya kereta tidak boleh dihidupkan atau menghadapi kesukaran untuk dihidupkan. Besar kemungkinan terdapat masalah pada enjin kereta.
Moga cikPutih kembali pulih dan dapat meneruskan tanggungjawab membawaku ke tempat kerja seperti biasa.
#RemajaPurba: Selagi ada nyawa..
moga cikputih sentiasa kuat untuk berkhidmat...paling susah hati kan kalau kereta yang pakai hari2 nak pergi kerja ni merajuk..
ReplyDeleteBetul.. dahlah itu je 'nyawa' yang ada..
Deletesamalah Ana pun start demam minggu lepas batuk demam selsema.. ni baru je nak mula sihat tp masih ada batuk-batuk lagi.. bila 'jentera' sakit, kita pun mcm nak sakit sama hehehe
ReplyDeleteMoga Anamizu cepat baik hendakNYA.
Deletesemoga Allah mudahkan semuanya.. ameeennn..
ReplyDeleteAamiin..
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusannya 🤲
ReplyDeleteBagus RP boleh bertenang dan handle the situation very well dan tak panik.
Alhamdulillah.. tak 'berhenti' sebelum tol.. syukur sangat-sangat.
DeletePernah lampu enjin tu menyala.....memang ya enjin ada problem.....seriau bila naik lampu yang mana2 ni......
ReplyDeleteSyukur ada adik yang dekat datang membantu. Kalau saya panik terus. Semoga dipermudah segala urusannya. Nak tak nak kena juga ambil tahu tentang kereta ni kan.
ReplyDeleteantara part paling panik kalau memandu...
ReplyDeleteharap2 nya cik putih masih 'segar' untuk terus berbakti buat mem besar sekeluarga ;-)