Kenangan Hari Raya Aidilfitri di peringkat sekolah dak Adik dan dak Nuha bagi tahun 2024 telah diadakan pada:
15 April 2024 - Isnin (06 Syawal 1445H)
Sebaik sesi persekolahan bermula selepas seminggu berhari raya telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah dak Nuha telah diadakan di SRA di SINI.
========================================
26 April 2024 - Jumaat (17 Syawal 1445H)
Selepas dibuat di SRA dak Nuha, Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah dibuat pula di SK di sini. Dak Nuha hanya mahu membawa jajan ke sekolah. Dia risau kalau bawa makanan yang dimasak takut takde yang nak makan.
Antara menu potluck yang disajikan.
Dak Nuha nun di sana.. tudung biru.
Tak banyak gambar yang dikongsikan oleh guru kelas dak Nuha
'Nuha makan apa..?'
'Macam-macam Nuha makan, dorang tak habis makan, dorang bagi Nuha'.
'Kan ibu dah pesan, jangan ambil. Nanti Nuha yang besar, dorang macam tu jugak'.
'Dah memang Nuha besar kan'.
'Nuha kena jaga badan, takkan lupa apa kata doctor dekat Nuha'.
'Ye.. Nuha ingat, tapi masalahnya dorang bagi juga dekat Nuha..' Penuh perasaan dia bercerita.
'Nuha kena belajar menolak, kata tak nak'.
'Yelah ibu..'
========================================
03 Mei 2024 - Jumaat (24 Syawal 1445H)
Selepas dak Nuha, dak Adik pulak. Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah di SMK di sini. Menu potluck, dak Adik request nak bawa makanan ke sekolah tapi tidak pula dia nyatakan nak bawa apa, makanya aku bekalkan yang mudah dan ringkas. Nak masak menu berat, kepala MakBudak dah sedia berat, tak larat.
Cantik.. kreatif..
Kelas Tingkatan Lima SMK di sini.. besar dah deme semua.
Sebahagian yang ada..
Aku..?
Cuti Kecemasan akhirnya. Sungguh aku tak larat, pewai. Berpusing kepala, makan ubat mata ni nak tidur je. Sambungan dari SINI..
========================================
04 Mei 2024 - Sabtu (25 Syawal 1445H)
Dengan tema 'Raya Setaman' telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat TDBi di sini, dimulakan seawal pukul lapan malam sehingga selesai.
Gotong-royong telah bermula sejak malam sebelumnya, rewang + bergossip.
Aku..?
Berehat di rumah. Hanya en. Hubby sebagai wakil kerana beliau ditugaskan untuk memasak menu utama. Dak Adik dan kawan-kawan dia pula jadi runner dan tolong mana yang perlu.
Malamnya, aku hadir sekadar memeriahkan suasana, tidak selesa kerana keadaan diri yang kurang sihat. Haruslah tunjukkan muka bila ramai yang bertanya pada en. Hubby aku di mana?
Gambar?
Maaf, tiada. Tidak teruja nak mengambilnya.
#RemajaPurba: Masih belum baik.
Semakin nak habis syawal, semakin rancak sambutan hari rayanya
ReplyDeleteMacam² jamuan raya anak² mak² kena hadap kan hihi...
ReplyDeleteKadang sampai takde idea nak masak apa 😆
Apapun seronok meraikan Syawal yg meriah ni.
Syawal masih sedikit bersisa... Alhamdulillah.. semoga dapat ketemu syawal yang akan datang.. ameeennnn
ReplyDeletemusim jamuan raya sekolah tentu mak-mak busy hehe..
ReplyDeletetu lah bila bdn kurang sihat mmg takda mood teruja~
Seronok dan meriah nya semua
ReplyDeleteSelagi syawal...selagi tu ada jamuan raya ya.....
ReplyDeleteRancak jamuan raya sana sini kan. Family, sekolah, office, taman. Jenuh nak fikir pasal menu. Meriah juadah raya yang dibawa. Macam-macam adaaaa....
ReplyDeletejamuan raya...bukan anak-anak yg busy
ReplyDeletetp mak mak depa laa yg x ckp kaki tgn sedia mcm2 hehehe