16 Mei 2024 - Khamis (7 Zulkaedah 1445H)
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 Tahun 2024 bertemakan 'GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI'.
Pemilihan tema Hari Guru bagi tahun ini adalah selari dan bersesuaian dengan senario pada masa sekarang kerana teknologi digital telah menjadi sangat rapat dengan kehidupan kita, termasuklah dalam bidang pendidikan. Konsep tema Hari Guru ini menekankan peri pentingnya peranan guru sebagai agen perubahan yang membentuk pemikiran kritis, nilai-nilai murni serta sikap positif dalam kalangan generasi muda. Guru berperanan membangunkan negara MADANI sekali gus menjadi suri teladan bagi melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing.
- sumber, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia -
Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh negara..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻
SELAMAT Hari Guru..
Happy Teacher's Day..
Terima kasih di atas segala khidmat dan jasa yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan cemerlang dan tonggak pemimpin pada masa hadapan.
Melalui pendidikan seseorang individu menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan mampu mendepani cabaran apabila mereka melangkah meninggalkan alam persekolahan.
#RemajaPurba: Tanpa Guru siapalah kita pada hari ini..
#RemajaPurba: Tanpa Guru siapalah kita pada hari ini..
Selamat Hari Guru
ReplyDeleteSelamat Hari Guru buat semua guru-guru yang tak jemu menabur jasa
ReplyDeleteAamiin.
ReplyDeleteSelamat hari guru
ReplyDeletepenah keje dgn company yg operate beberapa buah tadika. time hari guru kitorg pn dpt hadiah. plg best pegi mana2 tadika, blk penuh tgn dg mcm2 jenis mknn😁😁
ReplyDelete