Followers Remaja Purba

Wednesday, May 15, 2024

Tak Post Tentang Keluarga, Kawan dan Pasangan


Tak post tentang keluarga, tak semestinya tak sayang
Tak post tentang kawan, tak semestinya tak ada kawan
Tak post tentang pasangan, tak semestinya tak bahagia
Some people have life beyond social media
- sumber X -


Tentang Keluarga..
Di awal pembabitan dalam dunia blog ini, kisah tertumpu pada dak Adik dan turut diselang-selikan dengan kisah dak Kakak dan dak Nuha. Bila deme makin besar, aku cuba kurangkan bercerita mengenai deme, lebih kepada menjaga privacy. Selagi mengikut piawaian mata dan pemikiran, selagi itulah ianya bertahan.

Tentang Kawan..
Tiada sebab untuk aku kongsikan di sini. Lama dah tak accept friend request. Sejak kes beberapa tahun dahulu hingga aku terima sekeping memo amaran di SINI.. aku unfriend semua yang ada kaitan dengan mereka dan juga yang lain. Kecewa itu ada tapi sekiranya dilayan boleh meninggalkan kesan 'benci' di dalam hati. Aku lebih tenang dengan circle sedia ada. Kamu tak kenal aku dan aku tak kenal kamu seperti di SINI.. 'Lepas dah kecilkan circle, aku lagi aman. Kawan tak ramai tapi aku tenang dan bahagia'.

Tentang Pasangan..
Ada tapi dalam acara/majlis tertentu barulah watak en. Hubby muncul di sini. Tak perlu terlalu 'macam kau seorang je ada suami'. Bukan semua perkara perlu dikongsikan di sini.. Some people have life beyond social media.

Adakala hidup ini perlukan privacy.

#RemajaPurba: ... yang nampak tu nampak la.. 😆

7 comments:

  1. sy bnyak tulis pasal famili, masak je kat sini. dulu selalu tulis pasal kerja, tapi lepas kerja sendiri, jarang la cerita pasal kerja. Private & confidential gitu..haha

    ReplyDelete
  2. Betul.... Sejak berkahwin lebih suka utk lebih privacy

    ReplyDelete
  3. yes betul tu samalah Ana pon mmg takda link langsung kwn tempat kerja dgn socmed hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha...mana2 ada je yang akan bertanyakan hal ini...kadang2 kita muncul jugak di medsos...nak bagi orang nampak "eh, ada lagi minah nie rupanya"
    untuk circle bloggers, sebab yang mengenali diri ini, tak tahu pun kita ada blog...so, ok je...

    ReplyDelete
  5. Betul semuanya. Take care tau.

    ReplyDelete
  6. kan.. kite kekalkan dgn circle yg kite dah ade.. byk2 nnti mcm2 kite dgr cerite ceritu.. huhuhu

    ldy banyk di blog shj, kalau d fb just krik krik.. xde langsung cerite..

    ReplyDelete
  7. orang cakap bahagia simpan sendiri
    gituuuu

    dulu awal2 blogging sy mmg ada cerita ttg family atau apa2 bersifat peribadi. lps tu, sy stop. sbb sy lbh selesa org kenal sy shj. bkn mrk2 yg related dgn sy...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...