Followers Remaja Purba

Monday, May 27, 2024

TAHNIAH CALON #SPM2023 dan PUAS HATI AKU!


27 Mei 2024 - Isnin (18 Zulkaedah 1445H)


Tak straight A tak apa, janji result lagi bagus daripada trial #SPM2023


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh diperolehi mulai pukul 10 pagi hari ini (27 Mei 2024). 

Semakan keputusan SPM boleh dibuat melalui:
  • Dalam talian di laman web myresultspm.moe.gov.my di SINI..
  • Sistem pesanan ringkas (SMS). Calon perlu menaip SPM [jarak] No.KP [jarak] AngkaGiliran dan menghantar ke 15888.
Calon/ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul enam petang pada 02 Jun 2024.

=====================================

Puas hati..? Begini kisahnya.
Dua minggu lepas, aku dibantu dak Adik dan dak Nuha bertungkus-lumus mengemas ruang dapur berpunca dari serangan si tikus. Pesan orang tua, jangan dimarah binatang tu, nanti lagi suka dia datang. Memang tak takut langsung si tikus tu dengan bebelan aku. Dah terlampau imune agaknya sebab tu ia makin berani hingga sanggup mencuri makanan di dalam kuali. 'Ini kalau aku dapat, aku mandikan kau dengan air panas, aku buat dekat tempat lapang biar semua anak-beranak, suku-sakat kau nampak'. Terasa diri seorang pembunuh yang kejam waktu itu.

Pagi tadi..
Dengan bantuan si cicak akhirnya berjaya juga si tikus makan perangkap yang en. Hubby sediakan. 

Kenapa cicak..?
Petang semalam, aku perasan ia 'melekat' diperangkap si tikus tapi aku tak cadang nak membuangnya dan tak terfikir si cicak itu rupanya umpan terbaik buat si tikus untuk melekat sama.

Aku..?
Tak buat apa-apapun sebaliknya en. Hubby yang settlekan sebelum pergi kerja. Aku tengok ia dah melekat di situ pun dah buat aku gembira.

#RemajaPurba: 'Kau datang, aku serang'.

11 comments:

  1. Kes di Kerteh dulu, macam world war gaduh dgn tikus. Silap tak perasan ada floor trap cover tu mudah terbukak. Murung betul.

    ReplyDelete
  2. umpan cicak pun boleh yer...alahai.

    ReplyDelete
  3. kalau cik ti masuk, mmg risau sbb dia perosak besar

    ReplyDelete
  4. Eh... pening pulak cerita kali ni... Cicak? Tikus? SPM?

    ReplyDelete
  5. part tikut ni haihh
    selagi tak selesai
    mmg gerammm je dibuatnya

    ReplyDelete
  6. Oohhh cicak masuk perangkap tikus yang buat onar. Tikus punya pasal result SPM dah keluar ye 😁😁

    ReplyDelete
  7. Bagi saya binatang paling menjijikkan adalah si tikus ini .

    ReplyDelete
  8. cicak tikut spm satu cerita hehehhee

    Salam kenalan dari saya, pemilik blog
    mohamadayub.com. Saya dah follow blog ini

    saya nak tanya awak ini, awak berminat tak
    tukar link blog dengan saya (bloglist) insy
    Allah akan menambahkan lagi trafik ke blog
    awak.


    Kalau awak sudi beritahu ye kat commnet blog saya, terima kasih
    banyak-banyak. Di bawah ini link blog saya.
    Saya harap awak sudi

    https://www.mohamadayub.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, terima kasih sudi singgah di sini cuma saya tak boleh nak komen di blog tuan kerana tak boleh buka ruangan komen tersebut. Kenapa ye?

      Delete
  9. Kalau ada tikus mau lari ni......takutttt.....nasib baik dah masuk perangkap ya.

    ReplyDelete
  10. uih, sampai curi makan dari kuali mmg melampau ni. mendidih darah mama dgrnya hehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...