Followers Remaja Purba

Friday, May 24, 2024

AMALKAN 3M INI


24 Mei 2024 - Jumaat

Hanya tinggal tujuh hari lagi sebelum Mei pergi meninggalkan kita. 
Hanya tinggal tujuh bulan lagi sebelum 2024 melabuhkan tirainya.
Hanya DIA yang menentukan kita akan berada di mana.

Amalkan 3M ini..
  • Malas nak heboh
  • Malas nak bergaduh
  • Malas nak masuk campur urusan orang lain

Malas nak heboh:
Jangan kata perkara buruk, perkara yang baik pun aku malas nak share sebab lambat-laun mereka akan tahu juga.

Malas nak bergaduh:
Dalam meniti usia RemajaPurba ni, diam bukan bererti kalah tapi lebih kepada nak menjaga emosi dan kesihatan diri sendiri. 

Malas nak masuk campur urusan orang lain:
Aku bukan level makcik bawang yang suka menjaga tepi kain orang. Selagi tiada kaitan dengan diri aku, aku jadi penonton jelah. Malas nak berdebat dengan mereka yang dia je yang betul.

Aku lebih suka berdiam diri dan menjadi kurang ramah kerana bukan semua benda nak kena layan. Malas nak fikir benda yang boleh semakkan fikiran. Buang masa.

#RemajaPurba: #Tenang-tenangJe

5 comments:

  1. Seeloknya begitu. Take care.

    ReplyDelete
  2. jom kite jadi malas untuk semua itu... :D

    ReplyDelete
  3. dah sampai masanya kita kena utamakan diri sendiri. tp bkn bermaksud pentingkan diri

    ReplyDelete
  4. Moga kita jadi yang terbaik untuk diri kita.

    ReplyDelete
  5. level mama pun dah versi 3m, sebab tu ramai kata mama selalu tak join grup kat opis ni. byk buat hal sendiri. sekali sekala aje berkumpul2 dgn geng bawang

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...