Followers Remaja Purba

Monday, February 19, 2024

Kerajaan Melaka Menawarkan 10 Lokasi Menarik secara Percuma pada 20 Februari 2024



Selamat Datang ke Melaka
Bandaraya Warisan Dunia, UNESCO

Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat


Kerajaan Negeri sudah mewartakan 20 Februari sebagai cuti umum tahunan bagi menggantikan cuti Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang diraikan pada 15 April setiap tahun. Tarikh ini merupakan detik pembebasan keluar daripada penjajah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada 20 Februari 1956.

Oleh itu, Kerajaan Melaka menawarkan 10 lokasi menarik yang boleh dilawati secara percuma pada 20 Februari 2024 ini. Lokasi tersebut adalah seperti berikut:
  • Menara Taming Sari (9 pagi hingga 5 petang) di SINI..
  • 21 Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (9 pagi hingga 5 petang) di SINI..
  • Balai Cerap Al-Khawarizmi (9 pagi hingga 5 petang) di SINI..
  • Muzium Penjara Malaysia Melaka (9 pagi hingga 5 petang) di SINI..
  • Zoo Melaka (10 pagi hingga 5 petang) menggunakan sistem first come first serve di SINI..
  • Malaysia Heritage Studios (10 pagi hingga 6 petang) di SINI..
  • Melaka River Cruise di tiga jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara di SINI..
  • Melaka Wonderland & Themepark (6 petang hingga 10 malam) di SINI..
  • Taman Laut Negeri Melaka (kos aktiviti menyelam sahaja) di SINI..
  • Lima Kelab Golf Negeri Melaka (Percuma green fee) di SINI.. iaitu di Ayer Keroh Country Club (AKCC), A Famosa Golf and Country Club, Orna Golf and Country Club, Tiara Golf and Country Club dan Jasin Heritage Golf Club.
  • Pelancong turut menikmati parkir percuma di semua kawasan Pihak berkuasa Tempatan (PBT) pada tarikh ini.
Semua di atas adalah tertakhluk pada terma dan syarat yang disediakan.


Selain dari itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Melaka mencadangkan tarikh 20 Februari setiap tahun diwartakan sebagai cuti umum Persekutuan bagi memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau berharap Kerajaan Persekutuan boleh menjadikannya sebagai cuti umum Persekutuan kerana ini adalah hari yang penting dan bersejarah.


Aku..?
InsyaAllah esok akan berada di Negeri Melaka tapi sayang tidak dapat turut serta memeriahkan suasana kerana esok bapa saudara aku mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat. Beliau mahukan en. Hubby memasak nasi beriani. 

Anak-anak teruja bila aku bagitahu semuanya percuma untuk dilawati tapi sayang kami tak dapat nak tunaikan permintaan mereka. Mungkin akan datang, InsyaAllah walaupun ketika itu berbayar.

Tak sabar nak balik kampung.. 🤲

updated di SINI..

#RemajaPurba: Jasad di sini, roh dah sampai kampung..

6 comments:

  1. Wow...memang sangat menarik ni. Harus sangat sesak esok.

    ReplyDelete
  2. nie kalau kat Melaka...dah beratur pepagi nie...hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam kenal, salam ziarah:)
    Wah seronoklah orang Melaka dan para pengunjung esok...

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau ada di Melaka tapi mesti kena serbu kan tempat-tempat ni tambahan masa cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
  5. Wah...tempat-tempat wisata diatas boleh gratis dikunjungi ya Mbak?
    Ah sayang sekali Mbak ada agenda keluarga ya jadi tidak bisa berkunjung kesana.

    Bahagia selalu bersama keluarga, Mbak.

    Salam,
    ps. Oh iya Mbak, percuma (bahasa Malaysia) = gratis (bahasa Indonesia)

    ReplyDelete
  6. Kalau percuma ni mesti ramai yang terjah kan?.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...