Followers Remaja Purba

Tuesday, February 27, 2024

BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT

 
Baru-baru ini di SINI, ternampak satu slogan di papan iklan di atas jejantas - jalan di Melaka.


'BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT'


Slogan baharu yang diilhamkan Ketua Menteri Melaka ke-13, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh disifatkan sebagai simbol kehebatan Melaka.



BIJAK LAKSANA TUAH:
  • - Bijak Membuat Keputusan
  • - Integriti Sentiasa Diutamakan
  • - Jati Diri, Warisan dan Budaya Bangsa
  • - Antarabangsa, Melaka Terkenal di Mata Dunia
  • - Kehormatan dan Pengiktirafan

BERANI LAKSANA JEBAT:
  • B - Berani dan Berprinsip
  • E - Empati dan Cakna Persekitaran
  • R - Rasional dalam Pertimbangan
  • A - Azam Tinggi Kemajuan Diri
  • N - Niat Suci Melaksanakan Tanggungjawab
  • I - Inspirasi kepada Transformasi Semasa
Maksud disebaliknya di SINI..


Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyambut baik slogan baharu ini kerana ini adalah lambang kehebatan dan kepahlawanan Melayu yang unggul yang mana nama Hang Tuah dan Hang Jebat terpahat gagah dan terukir megah dalam lipatan sejarah serta keperwiraan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Abad ke-15.

Slogan baharu ini merupakan kesinambungan daripada slogan 'Melakaku Maju Raya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia dan seterusnya akan mengukuhkan serta memberi suntikan semangat kepada seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Melaka lebih progresif, dinamik dan sejahtera. - 24 Ogos 2023 -

Selamat Datang ke Melaka
Bandaraya Warisan Dunia, UNESCO

Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat


Banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di Negeri Melaka, dan antaranya ada di SINI.. boleh klik link mana yang berkenan di hati untuk dilawati. 

#RemajaPurba: ..

5 comments:

  1. bijak tidak, berani pun tidak, sayalah tuu

    ReplyDelete
  2. Lama tak ke Melaka. Teringat asam pedas tetel sedap tapi lupa makan di mana.

    ReplyDelete
  3. Diganbungkan kebijaksanaan Tuah dan keberanian Jebat, semoga Melaka terus maju

    ReplyDelete
  4. a ah, Linda pun baru2 nie ad terbaca slogan baru Melaka...
    baca pun dah nampak gah...

    ReplyDelete
  5. Luar biasa slogan-nya Mbak.
    Semoga saja slogan tersebut memberi semangat dan motivasi untuk terus berjuang dan berkarya demi kemajuan yang gemilang.

    Semoga ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...