Followers Remaja Purba

Friday, November 1, 2024

ORANG KATA KALAU NAMPAK DIA PAKAI SELEKEH..


31 Oktober 2024 - Khamis (28 Rabiulakhir 1446H)

Cuti umum.. Hari Deepavali.

Aku pun turut bercuti. Cuti dari memasak dan tugas diambil alih oleh #ChefHubby. Menu pilihan kali ini, Asam Pedas Ikan Pari. Alhamdulillah.. senang kerja MakBudak hari ni, makan aje kerjanya.

Asam Pedas Ikan Pari

Bendi wajib ada, anak-anak penggemar sayur ni


Petang..
Bosan di rumah, jom keluar. Boleh pulak dak Nuha request nak Roti Boy waktu ibunya ni pakai macam budak sekolah. Dengan hanya t-shirt, tracksuit, selipar, tudung hanya lilit silang atas bahu je aku pakai masuk dalam shopping mall. 'Ibu ni biar betul, pakai macam ni nak masuk mall'. 'Kalau Nuha malu, pakai mask'. Babahnya pulak sengaja nak kenakan aku.. kahkahkah..

'Roti Boy' terdekat ada di sini

Hanya kami bertiga

Aku tak minat dengan tempat tumpuan ramai tapi demi anak dan anak tekak aku sendiri, beli tetap beli, malu tolak tepi. Sepanjang jalan kami berada di kiri dan kanan en. Hubby.. 'Biar kita malu bersama..' ðŸ˜†


Orang kata..
Kalau nampak dia pakai selekeh masuk shopping mall, maksudnya rumah dia dekat situ aje.

Orang kata juga..
Orang sempoi ni banyak duit..
Aamiinkan aje..


====================================================


30 Oktober 2024 - Rabu (27 Rabiulakhir 1446H)

Tol Percuma Sempena Perayaan Deepavali selama dua hari mulai 29 Oktober 2024 hingga 30 Oktober 2024 (Selasa dan Rabu)

Alhamdulillah.. rezeki, jimat duit tol aku pergi dan balik kerja untuk dua hari tersebut.

Terpakai di semua lebuh raya KECUALI plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.


#RemajaPurba: Esok nak balik kampung..


No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...