18 Disember 2024 - Rabu (16 Jamadilakhir 1446H)
Tidur sebab penat..
Bangun sebab tanggungjawab yang dipikul..
Lama dulu..
Setiap kali balik kerja di tempat lama, pasti malam baru sampai di rumah. Memang penat tapi alah biasa tegal biasa - perkara yang susah menjadi senang bila selalu dibuat.
Sekarang..
Jika ada yang minta balik lambat.. 'Maaf, tak boleh sebab tak sanggup nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk, nanti sampai rumah lambat'. Penat + kudrat semakin berkurangan seiring faktor penuaan normal 😆 membuatkan aku tidak mahu lagi balik lambat. Ditambah pula kedudukan rumah di pinggir kota.
Akan datang..
Mengira tahun.. jauh lagi nak bersara. Selagi ada kudrat bekerjalah sebaiknya. Sekiranya tak larat, masih ramai yang menunggu peluang untuk mengisi kekosongan jawatan.
Alhamdulillah..
Aku tak salah hari.. hari ni hari Rabu bukan seperti semalam di [SINI] yang aku sangkakan hari Sabtu.
#RemajaPurba: Ikhlaskan.. itulah perjalanan hidup..
No comments:
Post a Comment