02 November 2024 - Sabtu (30 Rabiulakhir 1446H)
Malam..
Memulakan perjalanan balik kampung MakBudak di selatan. Sepanjang perjalanan tersebut, semua pakat tak tidur sebab aku yang pandu kereta 😆 Aku lagi suka deme tak tidur sebab aku ada kawan sembang. 'Kitorang sanggup tak tidur kalau ibu yang pandu, takut. Ibu pandu laju..'
Aku pandu berhemah deme kata laju, kalau en. Hubby yang pandu deme pakat tidur, mana nak sedar laju ke tidak. Sebenarnya, jadi macam ni sebab aku pernah kemalangan awal tahun 2018 di SINI.. deme risau jadi macam tu. نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ
03 November 2024 - Ahad (01 Jamadilawal 1446H)
Tengahari..
Balik kampung mak aku, jumpa mak, pakNgah. Lama tak balik jenguk orang tua. Alhamdulillah.. deme sihat dan moga terus kekal sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian.
Kali ni ada perubahan besar telah berlaku di kawasan belakang rumah di kampung mak.
Pemandangan di bahagian belakang rumah
Luas dan lapang dah tanah ni
Tanah ni dahulu adalah kebun getah. Arwah atok dan uwan aku pernah bekerja menoreh getah. Di sini jugalah tempat aku dan adik mengutip biji getah untuk dibuat main sambil menemani makBusu menoreh getah.
Aku dan adik aku membesar di sini. Kalau waktu itu aku ada camera, pasti banyak gambar yang boleh aku kongsikan. Banyak kenangan yang tertinggal.. Rindunya aku dengan suasana dulu, zaman Budak Purba yang innocent. Membesar dalam suasana kampung yang jauh dari hiruk-pikuk kota.
Kawasan belakang rumah arwah atok dan uwan aku yang kini diduduki oleh mak dan PakNgah aku, telah dibersihkan oleh tuan tanah untuk penanaman pokok durian. Aku tak teruja sebab bukan buah kegemaran aku, lainlah buah-buahan tempatan yang lain. Memang tersandar kekenyangan dibuatnya.
Malam..
Selamat sampai rumah selepas berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Alhamdulillah.. kali ni en. Hubby yang pandu kereta. Aku dan anak-anak.. tidur.. hahaha..
============================================
Sepanjang minggu ini, rutin harian tidak banyak berubah. Belum rajin untuk update selalu di sini tapi perlahan-lahan aku cuba tinggalkan jejak di teratak kawan-kawan.
#RemajaPurba: ...
Seronok balik kampung, rumah atok kami dah naik hutan.
ReplyDeletewaaah kalau saya di sana sukaaaa lah ini kak... memang fav sangaaat buah durian hahahaha...
ReplyDelete