Followers Remaja Purba

Wednesday, November 13, 2024

PROSES PENUAAN YANG NORMAL


13 November 2024 - Rabu (11 Jamadilawal 1446H)

Semakin meningkat usia, apa yang boleh dibuat ketika zaman Budak Purba kini mula perlahan-lahan meninggalkan aku. Tahap kecergasan mula menurun kerana dah lama tak bersenam. Jika dulu bukan main #PerasanSlim, sekarang #MakinMengembang tak menguncup rupanya. ðŸ¤£ðŸ˜†

I'm at the age where I use my phone to take picture of labels that I can't read and use my phone to enlarge the print so I can read it. 
I thought I was a genius thinking that up..


Bila melibatkan tahap penglihatan pula..
'Ibu ni, kena pakai cermin mata dah ni..' Bila ku minta bantuan dak Nuha.
'Ibu tu tak sedar dia dah tua..' en. Hubby berkata.
'Abang yang dah tua, sayang muda lagi..' Tak nak kalah Mak Budak..
'Cuba tanya anak-anak, muda ke tua..?'
'Ibu muda lagi..' Nah.. dak Nuha sendiri kata ibu muda.
'Itu nak jaga hati je sebenarnya..' 

Perubahan penglihatan adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal. Jadi.. Mak Budak mohon sedar diri yang kau mula melalui fasa 'rabun'.. ðŸ¤£

Cermin mata..?
Aku belum lagi membuat pemeriksaan mata untuk mengetahui tahap kesihatan mataku. 

#RemajaPurba: ...

2 comments:

  1. Umur 40an biasanya mula rabun dekat.
    Ciri-ciri penuaan 😄
    Saya sekarang pakai spec multifocal.

    ReplyDelete
  2. sama lah kita.. mata tu nak kena check jugak..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...