25 Oktober 2024 - Jumaat (22 Rabiulakhir 1446H)
Hari ini merupakan hari terakhir dak Nuha menghadapi peperiksaan PSRA di SINI.. dan Alhamdulillah, berjalan dengan baik walau dak Nuha masih tidak sihat.
Lima petang..
Langit cerah.. panas boleh tahan..
Dak Nuha bergambar bersama kawan-kawan dan guru kelasnya sebelum balik.
Malam..
Kami bawa dak Nuha ke klinik, awalnya dia tak nak tapi lepas ku ugut 'Ni.. kalau minggu depan masih tak ok, jangan mengada-ngada tak nak pergi sekolah..'
Lewat malam, mySIL datang ke rumah menghantar ikan jenahak yang ditangkap oleh myFIL, meminta en. Hubby masakkan untuk makan tengahari esok.
=====================================================
26 Oktober 2024 - Sabtu (23 Rabiulakhir 1446H)
Pagi..
Menemani en. Hubby ke pasar membeli barang keperluan untuk dijadikan stok minggu depan. Bahan mentah cukup, nak masak pun senang.
Tengahari..
Dengan ikan jenahak yang telah siap dimasak oleh en. Hubby, menjadi menu utama di rumah mySIL. Alhamdulillah.. kenyang.
Kari Ikan Jenahak
Petang..
Tak lengkap ahli keluarga kecilku. Hanya si bongsu dak Nuha yang menemani. Habis aku paksa dia keluar ke mana aje aku pergi. Awalnya dia tak nak ikut tapi bila aku janjikan 'rumah kedua' - Mr DIY dia, dengan senang hati dia mengikut kata.
'Minggu ni Nuha jadi anak tunggal ibu dengan babahlah ye..'
'Ini bukan anak tunggal tapi anak tertinggal..' Sakat Babahnya..
Walau hanya sekitar radius merentasi tiga daerah, dak Nuha tetap setia menemani. Selesai urusan Babah dia, terus kami bawa ke 'rumah kedua'nya. Sukalah dia, dapat membeli barang yang diinginkannya.
'Foolscap Paper - untuk dak Adik.
Stok sedia ada di rumah dah habis.
Malam..
Minggu lepas dak Nuha telah 'lari' ke SINI.. kali ni pula kembar² dia pula datang tidur di rumah kami. Suka hati kamulah Nuha.. asalkan jangan lambat bangun..
#RemajaPurba: Penatnya..
Kari Ikan Jenahak tu sedapnya
ReplyDeletesmoga dak nuha cepat sembuh..
ReplyDeleteKari Ikan jenahak alahaii sedappp nya :D
ReplyDelete