Akhirnya.. teka-teki telah terjawab dan sejarah terlakar pada Piala Dunia FIFA 2022 (FIFA World Cup) di Qatar.
Imbas kembali:
Perlawanan pada Separuh akhir (semi-finals):
14 Disember 2022 - Rabu (3 am)
Argentina vs Croatia (3 - 0)
Tahniah buat pasukan Argentina di atas kemenangan 3 - 0 ke atas Croatia untuk mara ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2022. Perlawanan kali ini membuktikan kata-kata aku di SINI berjaya 'dipatahkan' oleh Argentina. Badi Penalti di mana pasukan yang mendahului satu gol (penalti) terhadap pasukan lawan, pasukan tersebut akan kalah tidak berlaku di dalam perlawanan ini. Argentina menang besar pulak tu.
15 Disember 2022 - Khamis (3 am)
France vs Morocco (2 - 0)
Kalah atau menang itu adat perlawanan. Siapa yang tak nak menang tapi walau telah berusaha sedaya upaya, kemenangan bukan milik Morocco. Bayangkan betapa meriah sekiranya pasukan mereka menang tapi jangkaan France menang mengatasi impian Morocco.
Croatia vs Morocco akan merebut tempat ketiga (3rd place) selepas masing-masing tewas pada peringkat separuh akhir. Perlawanan ini nanti akan diadakan pada 17 Disember 2022 di Khalifa International Stadium nanti.
Manakala.. Argentina vs France
Dua pasukan ini akan bertemu dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada 18 Disember 2022 (Ahad) - 18:00 di Lusail Stadium.
Jauh disudut hati, sedikit kecewa apabila Morocco tewas. Walau aku bukan peminat setia tapi seperti di awal persaingan dahulu di SINI, siapa menang aku sokong dan harapnya penjaga gol (tak kisah pasukan mana pun) dan pengadil perlawanan memenuhi kriteria mataku ini. Kalah takpe, janji aku suka.
#RemajaPurba: Gambar sumber dari en. Google.
Final tak tahu nak sokon siapa. Pemain-pemain saya minat ada dalam both team
ReplyDelete