Followers Remaja Purba

Thursday, December 22, 2022

GANTIAN CUTI REHAT (GCR) - Penjawat Awam


Sekadar berkongsi untuk pengetahuan bersama.



BAJET 2022_ GCR PENJAWAT AWAM DINAIKKAN KEPADA 160 HARI
Kuala Lumpur: Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi penjawat awam dinaikkan daripada maksimum 150 kepada 160 hari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari.

Beliau berkata, kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak.



  • Pemberian awal award wang tunai GCR adalah satu keistimewaan atau kemudahan dan ianya bukan hak.
  • Ia juga tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan peruntukan kewangan Jabatan bagi membiayai permohonan pemberian awal award wang tunai GCR.
  • Prinsip kelulusan pemberian awal GCR adalah tertakluk kepada alasan atau tujuan yang dinyatakan oleh pegawai dan berdasarkan permohonan awal yang diterima.



Definisi Gantian Cuti Rehat (GCR):
Merupakan award wang tunai yang diberikan kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat.

Sejarah pemberian Gantian Cuti Rehat (GCR) bermula pada:
  • 1 Januari 1974 sebanyak 90 hari
  • 1 Januari 2003 sebanyak 120 hari
  • 1 Januari 2009 sebanyak 150 hari
  • 1 Januari 2022 sebanyak 160 hari <--- ini yang terkini



PUNCA KUASA (Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia - PPSM):
  • PPSM Ceraian PP.1.3.1 (Pemberian GCR)
  • PPSM Ceraian PP.1.3.2 (Pemberian GCR - Skim KWSP)
  • PPSM Ceraian PP.1.3.3 (Lebihan GCR ke Cuti Rehat
  • PPSM Ceraian PP.1.3.4 (Pemberian Awal GCR)
'Kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari' - (Pembentangan Belanjawan 2022, 29 Oktober 2021.


SYARAT PENGUMPULAN GCR:
  • Setengah daripada kelayakan cuti rehat pegawai bagi tahun yang berkenaan (terhad kepada maksimum 15 hari)
  • Mendapat Kelulusan Ketua Jabatan



SYARAT PEMBERIAN AWAL GCR:
  1. Tempoh perkhidmatan tidak kurang 15 tahun
  2. Telah mencapai umur 45 tahun (mengikut tarikh lahir)
  3. Jumlah GCR terkumpul sekurang-kurangnya 80 hari
  4. BEBAS daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib
  5. Pemberian awal GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan.
  6. Menyatakan alasan atau tujuan permohonan bagi tujuan kelulusan Ketua Jabatan.
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan yang telah ditetapkan.
  8. Mendapat perakuan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan.



TATACARA PERMOHONAN:
  • Mengisi Borang Permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (sebanyak 80 hari) di bawah Ceraian PP.1.3.4 - dua salinan.
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan (2 salinan).
  • Permohonan hanya boleh dikemukakan SEKALI sahaja setahun iaitu pada bulan MEI setiap tahun.
  • Pembayaran pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diluluskan akan dibuat melalui bayaran gaji pegawai.


BAKI BAYARAN GCR APABILA BERSARA:
Sekiranya pegawai telah mendapat kelulusan bayaran awal GCR sebanyak 80 hari, maka apabila bersara kelak bayaran GCR tertakluk kepada baki jumlah GCR yang dikumpul (terhad kepada jumlah keseluruhan 160 hari).




PERMOHONAN MENARIK BALIK KELULUSAN PEMBAYARAN AWAL:
Setiap permohonan bayaran awal GCR yang telah diluluskan boleh ditarik balik atau dibatalkan, sekiranya pembayaran masih belum dilaksanakan.



JUMLAH GCR YANG BOLEH DIAMBIL:

Soalan:
Saya telah mengumpul GCR sebanyak 85 hari dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemberian awal GCR. Bolehkah saya mengambil kesemua 85 hari?
Tidak Boleh. Anda hanyak layak menebus sebanyak 80 hari sahaja.

Saya telah mengumpul GCR sebanyak 75 hari. Bolehkah saya membuat permohonan awal GCR?
Tidak Boleh kerana anda tidak memenuhi syarat kelayakan jumlah GCR yang terkumpul sebelum penebusan sekurang-kurangnya 80 hari.

Saya telah mengumpul GCR sebanyak 90 hari. Bolehkah saya mengambil GCR awal 50 hari sahaja?
Tidak Boleh. Jumlah minimum penebusan awal GCR yang boleh diambil adalah 80 hari.



PEMBAYARAN:
Pembayaran pemberian awal GCR yang telah diluluskan akan dibuat melalui bayaran gaji pegawai.

Soalan:
Apakah pemberian awal GCR mendapat pengecualian cukai?
Tidak. Pemberian awal GCR yang diterima tertakluk kepada cukai pendapatan tahun semasa di bawah Akta Cukai Pendapatan.



FORMULA PENGIRAAN:

1/30 x Gaji Semasa Yang Diterima* x 80 hari
(*Gaji Hakiki Bulanan + Imbuhan Tetap)

Senarai Imbuhan Tetap (tertakluk mengikut Gred):
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Imbuhan Tetap Keraian
  • Imbuhan Tetap Jawatan Utama





-'Penjawat awam diminta fikir dahulu jika ingin tebus awal GCR'-
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


#RemajaPurba: ...

4 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...