Followers Remaja Purba

Wednesday, December 14, 2022

Argentina sah ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2022


11 Disember 2022 - Ahad
Hari Keputeraan Sultan Selangor, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SAHAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ.
(entry semalam di SINI..)


12 Disember 2022 - Isnin
'Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain'. di SINI..


Bersantai di rumah mySIL. 
Baik aku mahupun en. Hubby pasti akan rasa nak tidur kerana suasana yang sedikit malap. Macam ada aura yang buat mudah sangat nak tidur. 'Memang sengaja duduk dalam gelap, tak nak bukak lampu'

Aku..?
Dapat peluang memang tak aku lepaskan. Takde dah perasan jadi adik ipar Melayu terakhir. Sopan-santun hilang terus bila dapat bantal dan dapat port untuk berbaring. Mahu seharian tak bergerak.

Malam..
Dak Adik dengan dak Nuha nak tinggal di rumah mySIL. 'Babah dengan ibu kerja, kat rumah takde orang, nanti Nuha lapar'


13 Disember 2022 - Selasa
Kembali meniti jarum masa di tempat kerja. Siapkan kerja..!

Malam..
Terkebil-kebil aku, rumah jadi sunyi bila anak-anak tiada di depan mata. 

========================================================================


Tahniah buat pasukan Argentina di atas kemenangan 3 - 0 ke atas Croatia untuk mara ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2022. Ketika nama-nama besar lain kecundang lebih awal tapi Messi berjaya membuktikan bahawa dia masih berbisa dalam usia 35 tahun untuk membantu pasukannya mara ke pentas akhir.

Aku..?
Berdebar-debar menunggu Perancis vs Morocco siapakah yang bakal mencipta sejarah.

#RemajaPurba: Bukan peminat setia..

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...