Badi Penalti namanya bila pasukan yang mendahului satu gol (penalti) terhadap pasukan lawan, akhirnya pasukan itu tewas.
Agentina vs Arab Saudi (1- 2)
1 penalti oleh Argentina
Group E:
Germany vs Japan (1 - 2)
Germany vs Japan (1 - 2)
1 penalti oleh Germany
'Apa kelas menang sebab penalti, tak mencabar langsung!'.
Bengang sungguh dak Adik bila Germany kalah. 'Ibu dah kata dik, mesti kalah punya'. Nah.. betul-betul kalah deme. Takpe dik.. masih banyak lagi perlawanan yang ada, tengok je yang mana adik suka.
Macam aku kata seperti di SINI.. Edisi kali ini, siapa menang aku sokong dan harapnya penjaga gol (tak kisah pasukan mana pun) dan pengadil perlawanan memenuhi kriteria mataku ini. Kalah takpe, janji aku suka.
Satu je aku nak pesan:
'Jangan seronok sangat bila dapat penalti. Aku takut korang murung nanti..'.
Tapi, ada juga perlawanan yang dapat penalti dan menang/seri. Antaranya setakat ini:
Group B:
England vs Iran (6 - 2)
1 penalti oleh Iran pada minit-minit terakhir perlawanan
Group B:
USA vs Wales (1 - 1)
1 penalti oleh Wales (tapi hanya seri)
Group E:
Spain vs Costa Rica (7 -0)
1 penalti oleh Spain
Ini memang kenduri gol sungguh.
#RemajaPurba: Pemain Japan - no. 8, 18 dengan GK buat mataku segar melihatnya 🤩
No comments:
Post a Comment