Followers Remaja Purba

Tuesday, December 13, 2022

Dua Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia FIFA 2022 Qatar di KLIA2


Taip.. undo.. delete.. taip semula. Akhirnya berjaya juga selepas beberapa hari terperam di sini.

8 Disember 2022 - Khamis
Hari bekerja ni memang tiada peluang langsung untuk berduaan. Haluan dan waktu bekerja yang berbeza memang sukar untuk bersama.

en. Hubby makan tosei, aku makan hati.. hahaha..


9 Disember 2022 - Jumaat
Musim hujan ni, berhati-hatilah kita semua.


Jarang berlaku bila kesesakan bermula sebelum memasuki highway lagi. Syukur, sesaknya tak lama dan sampai rumah pun takdelah lewat mana. Sempat masak dan makan apa yang ada. Alhamdulillah..


10 Disember 2022 - Sabtu

Dari pukul 10 malam kami menunggu di sini sehingga pukul 5 pagi keesokan harinya.

Sementara nak tunggu Perlepasan Antarabangsa untuk menunaikan umrah - bukan kami tapi hb mySIL, sempat kami mencipta rekod menonton dua perlawanan bolasepak Piala Dunia 2022 di sini.


Quarter-Finals
Morocco vs Portugal (1 - 0)
England vs France (2 - 1)

Jadual perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 Qatar di SINI..

Selesai urusan berkaitan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA2, pukul lima pagi baru kami balik. Masa inilah baru nak terasa letih + mengantuknya. Separuh jalan pilot mengantuk, co-pilot continue driving back. Alhamdulillah.. selamat sampai rumah mySIL menjelang subuh.

Buat hb mySIL dan semua rombongan yang menunaikan umrah, moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA dan moga selamat pergi dan balik.


11 Disember 2022 - Ahad
Hari Keputeraan Sultan Selangor, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SAHAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ. 

Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor
Sumber en. Google

Sedikit sumber dari en. Google:
Baginda ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada 8 Mac 2003 bersamaan 4 Muharram 1424 Hijrah. Ini berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001.

'Patik mendoakan Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta berada di dalam keadaan sihat dan penuh kedaulatan. Patik juga mendoakan Tuanku memerintah rakyat Negeri Selangor dengan adil dan saksama'.

-Moga rutin Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri dipermudahkanNYA-

========================================================================

Perlawanan pada Separuh akhir (semi-finals) di antara pasukan:

14 Disember 2022 - Rabu (3 am)
Argentina vs Croatia

15 Disember 2022 - Khamis (3 am)
France vs Morocco

Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh ini nanti akan merebut tempat ketiga (3rd place) perlawanan pada 17 Disember 2022 di Khalifa International Stadium.

Dua pasukan yang menang di peringkat separuh akhir akan mara ke perlawanan akhir yang akan diadakan pada 18 Disember 2022 di Lusail Stadium.

#RemajaPurba: Tidurlah MakBudak.. lewat sangat dah ni..

1 comment:

  1. Rajin mak budak melayan semua game. Saya yang kaki bola pun tengok highlight je. Hehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...