Followers Remaja Purba

Monday, May 4, 2020

Cepat serasi dengan PKP


DAY 48 (4 Mei 2020 - Isnin)
Hari kesebelas Ramadan
Bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Kisah semalam:
MySIL minta en. Hubby masak menu berbuka untuk disedekahkan kepada jiran setaman.

Jauh perjalanan? 🤔
Tak rentas daerah pun cuma rentas jalan dalam kampung je. Andai aku diarahkan kembali bertugas, itu baru kena rentas daerah/negeri yang menjangkau 60 km jauhnya tapi untuk yang ini, masih dalam radius 10km. Itupun mendebarkan sepanjang perjalanan yang tak jauh mana tu.

Menu berbuka
 Nasi minyak + Ayam Masak Merah

Aku banyak mengelat dari membantu 😅 sebab ada tiga anak dara membantu en. Hubby. Anak-anak dah besar, mudahlah nak minta bantuan. 

Dari jiran setaman..
 Kuih Nona Manis dan kuih Peria

Kuih ketayap dan kuih seri muka yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh kakak sepupu en. Hubby.


Selingan:
Rutin harian aku masih belum berubah. Hanya ketua keluarga yang keluar setiap hari. Aku tak dapat keluar rumah pun takpe, mungkin sebab aku tak suka bersosial, itu yang PKP ni cepat serasi dengan diri aku.

#KisahKita: ...

4 comments:

  1. Wah seronoknya kuih muih :) Syaza ni tak tahu la raya nak rentas daerah boleh ke tak sebab lebih 10 km hukhuk..

    ReplyDelete
  2. Tp semalam dh ada kenyataan, dah boleh lebih 10km kan..and dah boleh rentas daerah

    ReplyDelete
  3. Wahh seronoknya suami pandai masak.

    ReplyDelete
  4. Cantik betul warna hijau semua kuih tu... nona manis, peria, ketayap dan serimuka.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...