Sunday, March 3, 2019

Rantau Panjang bukan di Kelantan tapi..


Hari ini..
Walau tidur lewat dari biasa di awal pagi tapi itu bukan penghalang semangat yang membara. Berehat ala-ala homestay di rumah mySIL.

Selain melayani kerenah anak-anak sendiri, anak-anak buah tidak dipinggirkan. Dahlah tinggal di rumah mama mereka, takkan nak diam je kan.. 😁

Tinggal di 'homestay' mySIL, anak-anak mudah je nak bangun pagi. Kalau tak.. selagi #MakBudak tak mengaum, selagi itulah memasing buat derk je.. 🤦‍♀️

Sementara itu, bersiap-sedia untuk masak makan tengahari sebelum bergerak menghadiri majlis perkahwinan kawan en. Hubby di kampung Rantau Panjang bukan di Kelantan tapi di Klang.
 😉

 Panas berdenting.. ting ting tang ting.. 🤣

 Bersama pengantin.. lawa orangnya.. 😘

Moga jodoh mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin..


Malam nanti
Confirm akan terus berkejar menyiapkan rutin yang tergendala dek gara-gara bercuti di luar kawasan perumahan kami.. 🤣🤣

Moga malam nanti dapat berehat secukupnya kerana esok akan melaporkan diri di tanah jajahan baru seperti rutin sebelum ini. Moga perjalanan dipermudahkanNYA.. Aamiin..


StatusHati: Sakit gusi.. berdenyut-denyut tak selesa 😭


4 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...