Followers Remaja Purba

Thursday, March 7, 2019

Sambal Terung Pipit


Bukan aku tak minat nak berkongsi resepi di sini sebab ramai lagi yang lebih pandai bab memasak dan lagipun aku bukannya pakar memasak. Kalau setakat yang simple dan mudah tu biasalah tapi kebiasaannya en. Hubby yang akan masak. Aku hanya pandai pilih menu tapi anak-anak yang menentukan nak makan apa.

Baru-baru ni aku terima terung pipit dari jiran. Walau gusi aku belum pulih sepenuhnya seperti di SINI tapi disebabkan keinginan yang meluap-luap, akhirnya semalam dapat juga aku merasainya.


Terung pipit..


Selepas ditumbuk.
Jangan tanya aku kenapa perlu tumbuk sebab dari zaman #BudakPurba lagi dah diajar begitu.


Bawang merah, bawang putih, sedikit belacan dan juga ikan bilis tak dilupakan..
Bawang merah dan putih aku suka letak banyak..


Inilah hasilnya.. 'Sambal Terung Pipit'

Ini namanya menu campak-campak. Jangan tanya resepi atau macam mana nak masak. 'Tak mencabar langsung masak menu ni.' Komen dari en. Hubby. Nak buat macam mana, aku bukannya minat memasak, aku lebih rela berlari keliling padang dari kena masak.. hahaha..

Disebabkan menu ni, ada kenangan lama di sebalik terung pipit di SINI..

StatusHati: Ingin kau ada selalunya..

4 comments:

  1. ooo akak tumbuk dulu ye, kalau msk sambal pastu boh udang perkkkhhh sedap tu kak

    ReplyDelete
  2. Yang campak - campak tu la sedap..kena tumbuk untuk x bagi dia meletup dalam kuali kan..hahaha....

    ReplyDelete
  3. waaaaa akhirnya aiza buat jugakkkkk..baru je sebut menu ni dalam entri sebelumnya...mesti sedap ni..sambal kottt

    ReplyDelete
  4. kalau tak tumbuk nanti terung tu jadi peluru pulak, itu kata makcik2 otai :D

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...