Followers Remaja Purba

Wednesday, March 20, 2019

Majlis Pertukaran Bukan Perpisahan


Kisah tengahari semalam.

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga merealisasikan majlis pertukaran bukan perpisahan buat second boss bahagian di tempat kerja aku.

Sepanjang bersama beliau, aku sangat menghargai apa yang beliau usahakan. Tanpa beliau aku takkan pernah dapat hadiah kecemerlangan atas kerja yang aku buat. Walau dah bertahun bersama beliau tapi sebenarnya baru lima tahun kami berada dalam bahagian yang sama.


Sebahagian menu yang ada

Hadiah yang disediakan.
Salah satunya buat pengantin baru dalam bahagian aku.


Terima kasih yang tak terhingga buat beliau.
Budi dan jasa beliau sangat aku hargai.


TAPI..
Aku dan rakan-rakan yang lain tak boleh hadam ketika sesi ucapan dari boss bahagian. Boleh  pula kau membebel isu berkaitan kerja. Oh!My.. boleh tak jangan bercakap pasal kerja dalam majlis ini.

Paling menarik, aku ditegur sewaktu leka mengambil gambar. 'Jangan asyik ambil gambar je.. dengar apa yang saya nak sampaikan ni.' Tak pernah lagi dalam sejarah sebelum ini, aku kena tegur waktu mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

'Alahai boss.. bukan setakat majlis kecil macam ni tapi majlis lain terutama majlis rasmi pun pasti akan ada jurukamera berkaitan untuk mengambil gambar.'


Meh kita bergambar dengan 'Hello Kitty' - tupperware sementara nak tunggu boss menghabiskan ucapannya itu.


StatusHati: Kebelakangan ni aku letih tak cukup rehat..

3 comments:

  1. Ek eleh boss ni... macam-macam je... orang nak buat kenangan pun tak boleh... hahaha

    ReplyDelete
  2. aduiii bos tu punnn..geram kita yang membacanya ajeeee..huhh!

    apapun, makanan tu nampak sedap..hahahha

    ReplyDelete
  3. cantik pulak Tupperware hello kitty tuh..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...