Followers Remaja Purba

Friday, March 8, 2019

#BudakPurba yang nakal satu ketika dulu



'Bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah'


Susah..? 
Aku pernah laluinya ketika aku masih #BudakPurba lagi. Merasalah mandi di perigi, malam pulak kami hanya menggunakan lampu minyak tanah hingga 'hitam' dalam hidung aku.. 😁 Waktu orang lain dah menggunakan 'air dalam besi, api dalam kaca' tapi kami tak mampu namun dengan usaha dan rezeki dariNYA masih mampu menceriakan kami.

Suasana kampung yang jauh dari kesibukan kota menjadikan aku #BudakPurba yang lasak dan nakal, lebih-lebih lagi aku dan adik aku adalah cucu kesayangan arwah Atok dan Uwan. Dengan kawalan yang minima dari mereka ditambah pula mak dan ayah aku jauh di negeri lain mencari rezeki menjadi-jadi tahap kebuasan aku.. 👽

Bermain di kebun getah, main pasir, berkubang dalam parit (dulu air jernih dan bersih), kena kejar dengan angsa, tangkap ayam, kejar itik, mandi hujan, antara kenangan terindah yang takkan dapat masa kini. Paling aku suka panjat pokok buah-buahan bila tiba musim buah-buahan seperti di SINI.. Cuma sayang, gambar aku dengan kerbau Uwan aku dah hilang.. 😭

Sekarang, bila dah menetap dalam 'hutan batu' ni, tiada peluang untuk aku menunjukkan skill memanjat pokok kepada anak-anakku. Agaknya kalau aku panjat pokok mahu abam Bomba datang selamatkan aku.. kahkahkah..🤣🤣🤣

Kenangan aku tinggal dengan arwah Atok dan Uwan di kampung sangat membahagiakan aku. Rindunya aku dengan kenangan itu.

StatusHati: Jiwa aku yang kekampungan..

7 comments:

  1. wah.. bestnya duk kampung.. skrg ni duk kampung bandar tak best sangat macam duk kampung real kan..

    ReplyDelete
  2. Apa yang Ina lalui itu, kakcik juga pernah melalui...

    Sekarang cuba bagi yang terbaik buat anak2 walaupun mereka bagai tidak menghargainya.

    ReplyDelete
  3. Kuazue Mohd:
    Betul.. kampung bandar pun dah tak macam kampung dah. Sana sini ada je projek perumahan hingga hilang 'seri' sebuah kampung.. :(


    Kakcik Nur:
    Kenangan yang kekal dalam hati..🤗😍
    Betul kakcik, sekarang cuba buat yang terbaik untuk anak-anak. Moga dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  4. kalau dikenang zaman kecik2 dulu memang tak terjangkau dek akal akan kenakalan masing2 kan...boleh senyum sendiri bila teringat balik

    ReplyDelete
  5. Mama pun antara budak purba dulu juga.. mmg best main lingkang, panjat pokok semua tu kan

    ReplyDelete
  6. memang best ye waktu tu. rasanya kita sama zaman ni. cuma i tak buas lah. hehehe

    ReplyDelete
  7. saya pulak suka berendam lama2 dekat sungai belakang rumah nenek sampai kena 'jemput' balik dengan rotan :D

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...