Followers Remaja Purba

Friday, January 4, 2019

Kejadian di Kantin Sekolah Anak


Terdapat segelintir ibubapa yang turut duduk bersama anak mereka yang makan pada waktu rehat yang sepatutnya ruangan itu dikhaskan untuk murid sekolah sahaja. Isu ini kerapkali timbul di awal sesi persekolahan setiap tahun lebih-lebih lagi apabila melibatkan sesi kemasukan murid bagi Tahun Satu. 

Bagaimana dengan Dak Nuha..?
Aku tak pernah tunggu waktu rehat untuk tengok keadaan anak-anak. Pandailah nak survive tanpa ibu di sisi. Waktu pagi dah hantar masuk kelas, buat hati ala-ala kering tinggalkan terus. Syukur anak-anak bukan jenis cepat luruh airmata.

ISU ini awal-awal lagi pihak sekolah dah bagi amaran pada ibubapa sewaktu Hari Orientasi Tahun Satu hujung tahun lepas di mana meja dan kerusi di kantin adalah untuk tempat anak-anak makan bukan untuk ibubapa. Kalau ibubapa nak teman anak-anak makan boleh tapi sekadar ajar + lihat cukuplah tapi masih ada dan itu berpunca dari masalah SIKAP ibubapa itu sendiri.

Pagi tadi sekali lagi aku bertanya kepada dak Nuha sebelum dak Nuha ke sekolah:
'Waktu rehat, Nuha ada tempat duduk tak bila nak makan?'
'Tak ada.. sebab mak dorang duduk sekali.' Muka dah cebik, airmata dah menitik.

Seperti bicara Cikgu Mohd Fadli Salleh di SINI.. 'Sampai bila mentaliti jamban macam ni kena teruskan?'

Bila anak dah masuk ke dalam pagar sekolah, tahulah cikgu dan pihak sekolah nak uruskan anak-anak tu macam mana. Tak perlu dah nak risau.


Komen di post SINI saling berkait.

StatusHati: Bilalah mereka ini nak berubah.. 🤔

5 comments:

  1. Pelik juga kan, padahal anak tu mesti dah dihantar ke tadika sbg latihan utk naik ke darjah 1, eh eh..bila dah naik darjah 1 berilah peluang anak berdikari, nak pampered2 lagi buat pe, macamlah awak sorang je ada anak ye tak?

    ReplyDelete
  2. masa aiyan thn lps pun aku tak tunggu kak, pandai2 lah dia kan... aku pun setuju ngn cara ko tu kak, mak pak ni kalau ye pun nk teman anak2 time rehat tak pyhla ddk suap sekali anak tu... klu ye pun risau tunggu jelah sambil berdiri bg lah seat tu kt anak2 yg mmg perlu

    kadang mak pak ni dh di bg amaran pun depa bt tak kisah gk...

    ReplyDelete
  3. adeh..betul la..kalau dah parent duduk mkn sekalii..tempat untuk anak2 kecik lain x de..kantin bukan besok sgt pun kan

    ReplyDelete
  4. cakap jew lebih, buatnye idok

    ReplyDelete
  5. Ada kebanyakan sekolah yang tak benarkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah waktu persekolahan anak2 mereka. Boleh sampai luar pintu pagar aje.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...