Followers Remaja Purba

Saturday, January 19, 2019

Masih adakah yang macam ni..?



Sumber en. Google..

Kalau tak kenal rempah ratus, tak boleh kahwin. Kalau tak reti iron baju lelaki jangan kahwin.. Yang kelakarnya, takde pulak yang bagitahu lelaki kalau tak reti bertukang, plumbing, wiring jangan kahwin. Semua benda perempuan je yang kena pandai..



Secara taktikalnya begitulah..
Secara tradisinya dari zaman nenek moyang kita lagi isu ini dah ada. Pasti calon menantu pilihan kena pandai serba-serbi sedangkan ada yang seakan terlupa yang anak lelakinya tidaklah pandai mana.


Kau inginkan pasangan yang sempurna dari semua segi tapi pernahkah kau sedar yang kau tidaklah sebagus mana.

Kalau berbalas kata mengenai isu ni, pasti tiada kesudahan. Andai tiada persefahaman di dalam hubungan, pasti ianya tidak ke mana. Masalah yang besar boleh timbul..!

Jangan fikirkan diri sendiri je tanpa memikirkan masa depan yang dilalui. Langit tak selalunya cerah, hidup tak selamanya indah, roda tak selamanya berputar dan kau tak selamanya berada di atas. Ingat tu..!


StatusHati: Bukanlah seorang yang serba tahu..


5 comments:

Warisan Petani said...

Lumrah dunia.
Kalau pilih durian pun kita nakkan yang baik2 aje
yang sedap dan berkualiti.

adianiez AIDA said...

setuju.
boleh azan tak?
boleh jadik imam tak?
hafal doa qunut?
hafal surah yassin?

ha ha ha ha tu antara soalan aida nak tanya bakal menantu nanti la :)
ala-ala emak elfi** loy ha ha ha ha ha...

Anonymous said...

Kak, Wiring, plubing etc kenas ada lesen. Nak iron baji, nak cuci pinggan tak perlu ada lesen.

AzianKhalil said...

kalau nak tunggu dapat menantu yg pandai serba serbi sedangkan anak sendiri hampeh... mmg tak bersambung la keturunan nnt

aizamia3 said...

Warisan Petani:
Dalam 10 pasti ada 1 macam tu..


adianiez AIDA:
Takde salahnya.. itu hak Aida sendiri. Anak pun kena pandai memainkan peranan. Sama2 bertanggungjawab kan. Kita doakan bersama2.


Anonymous..
Ye betul tapi akak takde sentuh lebih detail bab itu. Terpulang pada yang membacanya.


AzianKhalil:
Kan kak.. :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...