Followers Remaja Purba

Saturday, January 26, 2019

DIA uji kita kerana..


Bagaimana kita nak motivasikan diri kita bila kita berhadapan dengan cabaran atau dugaan yang begitu besar yang perlu kita tanggung tapi itu tanggungjawab kita. Sampai satu masa tu kita tak boleh buat dah. Macam mana kita nak motivated balik diri kita?


Kita kena berbalik semula kepada Allah.
DIA uji kita kerana DIA sayangkan kita. Motivasi paling sesuai terpulang pada diri masing-masing. Takde masalah yang tak boleh diselesaikan.

Orang yang bijak sentiasa nampak pada jalan penyelesaian masalah, bukan nampak masalah pada setiap jalan.. sebab itu silaturrahim nak kena jaga. Cari kawan yang boleh bantu kita.
#SyamsulDebat.

Itu kata #SyamsulDebat..
Silaturrahim paling penting..


Bukan mudah nak kekalkan.. Sekali dah terjejas, memang takkan pulih dah. Jalan terbaik.. selesaikan sendiri dengan cara sendiri. 'Takde masalah yang tak boleh diselesaikan.'

Biarlah orang tak tahu masalah dalaman kita itu lagi baik, bila sekali bergaduh habis semua diungkit. Nasib tak baik habis disebar luaskan. Bertambah malu yang kita dapat. Silap-silap bukan setakat aib, habis perkara yang kita tak buat ditokok-tambah dimasukkan sekali.


Aku..? 
Serik beb.. atas dasar silaturrahimlah aku jadi sangat berhati-hati hinggakan en. Hubby yang rimas dengan keadaan aku.. Aku hanya rimas dengan mereka yang pernah terlibat masalah dengan aku bukan dengan semua. Cukup.. tak perlu burukkan keadaan. Biarlah aku yang tahu. Jangan bagi naga ini terjaga..


StatusHati: Aku perhatikan je.. 😞


2 comments:

  1. serik tu bagus because tula cara kita dilindungi dari perkara yang sama berulang kali. CT rasa x apa memilih biarla kita berwaspada dripada nanti hati kita yang merana. bab masalah dan ujian.. yakinla sesuatu yang terjadi xade yang sia2 dariNya =)

    ReplyDelete
  2. apapun kene terus kuat walaupun ada kalanya tak tertahan. Allah ada :)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...