Followers Remaja Purba

Sunday, January 13, 2019

Jatuh depan Audiens dalam Auditorium


Kisah pada Jumaat lepas..

Terpelecok jatuh! Depan audiens waktu nak ambil hadiah dalam Auditorium pulak tu.. Damn..!

Malu..?
Entah.. tak terfikir pulak rasa ni masa tu, aku lebih fikirkan sakit pada kaki aku sebab terasa sangat  sakit waktu bangun dari jatuh masa tu. Bayangkan keadaan jatuh terseliuh pergelangan kaki kanan. Cuma bersyukur pakai kasut sukan bukan high heels 3 inci.. 😓


Semakin tengahari semakin terasa denyutannya tapi aku tak ambil inisiatif membuka kasut dan cuba mengurut atau meletak ice atau minyak bagi mengurangkan rasa sakit. Bagi aku.. kejap je ni.. nanti baiklah..


Degil..!!
Tengahari itu aku mengambil risiko keluar mencari ketenangan. Masa yang sepatutnya rehatkan kaki dari aktiviti melasak di luar. Sudahnya makin ketara sakitnya.


Suatu lokasi..


'Hilang sakit sekejap' bak kat seorang boss.. 🤣🤣


Petangnya..
Memandu kereta waktu balik kerja pun dalam keadaan sangat tak selesa tapi apakan daya. Set dalam kepala begini je 'Allah takkan turunkan ujian andai kita tak mampu nak menghadapinya.' 


Malamnya pula..
Semakin berdenyut-denyut hingga mengganggu rutin harian tapi masih mampu bertahan tak nak jumpa doctor. Sambil cuba merehatkan diri, sapu minyak dan melayan MaharajaLawakMega di SINI.. akhirnya lena hingga ke pagi beralaskan bantal di kaki kanan.


Alhamdulillah..
Bangun pagi, terasa kaki agak baik sedikit sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.. tak perlu nak bertatih waktu berjalan walau masih terasa sakit sebenarnya. Moga tiada kecederaan lebih teruk hendakNYA sebab aku tak pergi mendapatkan rawatan sewajarnya ni.. 😣😣


StatusHati: Diam aku tak bermakna aku puas hati..


2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...