Followers Remaja Purba

Sunday, January 20, 2019

Pokok Jambu Bol


Pokok jambu bol ni dah wujud sebelum aku lahir lagi dan ia membesar seiring dengan tumbesaran aku  #BudakKampung yang cukup lasak waktu itu di kampung.


Berbuah jua akhirnya pokok Jambu bol ni tapi aku lebih gemar panggil 'Jambu tetek' 😄


Nasib baik pokoknya tinggi, kalau dahan antaranya rendah mahu berjuntaian dah kaki aku agaknya.. Kekonon nak mengimbau kenangan zaman #BudakPurba yang suka panjat pokok buah-buahan tempatan dan makan di atas pokok.. 🤣🤣


Merah cantik buahnya..


Cicah dengan cili kicap sedapnya lahai..


Dalam masa yang sama..
Sedih bila pokok durian pakcu ditebang.
Kecewa rasa hati..


Nun di sana.. pokok sentul - buah kegemaranku.
Sekarang tinggi dan dah tua pokoknya.


StatusHati: Rindunya zaman #BudakPurba dulu..


7 comments:

  1. MASAK RANUM MASAM MANIS RASANYA SEDAP TU

    ReplyDelete
  2. BOLEH X SAYA NAK BELI SIKIT UNTUK KAKAK SAYA MENGIDAM.BOLEH TAHU TAK KAT MANA?

    ReplyDelete
  3. BOLEH TAK NAK TAHU KAT MANA? NAK BELI SIKIT NAK BERI PADA KAKAK MENGIDAM

    ReplyDelete
  4. Unknown:
    Owh.. maafkan saya, saya tak pernah beli buah ni. Tapi cuba cari dekat orang yang jual sayur/buah-buahan kampung. Biasanya kalau tak nak ada je buah tu tapi bila nak susah nak mencarinya.
    Apa-apapun moga apa yang diidamkan kakak awak dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...