Followers Remaja Purba

Wednesday, January 2, 2019

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2019


2 Januari 2019 - Rabu..

Berdebar-debar kali ni aku rasakan, bukan kerana kali pertama menguruskan persekolahan anak tapi lebih kepada risau sebenarnya.

Nak aku luahkan di sini apa realiti sebenar yang aku hadapi itu boleh menambah tekanan pada situasi sedia ada. Jalan terbaik..? Eh!Dah kenapa aku tersasar dari landasan ni..?

Ok.. ok.. back to school..

Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2019.
Murid pertama masuk dalam kelas. Aku tolong bukakan pintu kelas dan lampu kelas.. *bangga tetiba. Tempat duduk dak Nuha yang pilih sendiri.

Lepas Ustazah masuk, bagi sepatah dua ucapan, aku pun lenyapkan diri terus dari pandangan mata dak Nuha. Pandai-pandailah ye Nuha. Belajar berdikari. Tak tahu buka mulut tanya pada ustazah yang ada.


La ni.. tunggu dak Nuha balik tengahari nanti.
Tengok apa jadi..


Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha kini berada di sekolah masing-masing. Moga dengan persekitaran pembelajaran sepanjang Tahun 2019 ini akan menghasilkan aura positif dalam diri anak-anak MakBudak. Aamiin..


StatusHati: Alhamdulillah..


5 comments:

  1. Amin2x.

    Aura positif gitew. Buang aura2 negetif jauh2 ke tengah hutan😁

    ReplyDelete
  2. nampak muka hepi je tuh... moga ok je semuanya bt anak2 kita ye kak

    ReplyDelete
  3. comel dak nuha..belajar rajin2 tau..carik kwn yg baik eh

    ReplyDelete
  4. Bagus duduk depan sebelah meja cikgu.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...