Kisah pagi semalam:
Akhirnya...#MakBudak menyerah diri jua di Hospital ditemani oleh #PenemanSepanjangHayat untuk mendapatkan rawatan di Klinik Oftalmologi selepas hampir dua minggu tak baik-baik keadaan mataku ini.
Ketika rawatan dijalankan ke atas mata kananku, doctor memberitahu ada sedikit radang pada bahagian depan mata sebab tu rasa macam ada benda/habuk yang tak nak keluar dari dalam mata.
Alhamdulillah, hasil pemeriksaan kedua-dua belah mataku normal dan tiada kecederaan dalaman mata cuma keradangan jelah.
Kisah awal di SINI..
Sebelum rawatan biasalah menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital memang akan mengambil masa yang lama tapi hati menjadi sejuk bila selepas rawatan doctor yang check mata aku ni minta maaf kepada aku..
Sesuatu yang jarang berlaku apabila seorang doctor meminta maaf kepada pesakit kerana terpaksa menunggu lama sebelum rawatan.
Selesai urusan rawatan berkenaan mata kananku, aku mengambil peluang melawat bekas pekerja tempat kerjaku yang dimasukkan ke hospital sejak malam Tahun Baru Cina lepas. Sejak itu beliau belum dibenarkan keluar; ditambah kini keadaan kesihatan beliau yang sedikit merosot dari biasa.
Sedih bila melihat Mama Rose terlantar begini.. 😢
Sedih melihatkan keadaan beliau.. moga beliau kuat dan cepat sembuh hendakNYA. Speechless.. tak tahu nak cakap apa..
StatusHati: Perlukan ruang untuk berehat..
alhamdulillah xde apa apa....moga kwn akk juga cepat sembuh....
ReplyDeletesila berehat dengan secukupnya #MakBudak, take care :D
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuhnya.
take care
ReplyDeleteMoga2 segera sembuh yer Ai.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
ReplyDeletemoga pulih la ye dari pe pe kesakitan...
ReplyDeleterawatan penting sebelum menjadi parah, kan.
as for sahabat tu, moga dia cepat sihat dan kembali ke rumah dgn gembira.