Followers Remaja Purba

Monday, November 3, 2014

Supper di Restoran Syed P.J



Baru-baru ni hubby ajak supper di Restoran Syed P.J.
Memandangkan teringin nak makan roti cheese naan macam yang aku makan kat RSMY Danau Kota hari tu.. maka aku cuba untuk realisasikan anak tekak yang gedik ni. Sebenarnya jarang kami outing lewat malam semata-mata nak pergi makan macam ni.. tapi sesekali keluar, seronok jugak..



Orang sibuk pilih menu, dia pun sama..


Rotinya.. bolehlah..



Tapi takpelah.. banyak je menu lain tapi sebab dah tengah malam.. takdelah kami nak makan yang berat-berat. Dak Nuha pun bukan nak makan sangat, lebih kepada nak main-main. Habis makan,  ditambah dengan dak Nuha dah mula nak turunkan ilmu tantrum dia tu.. baik beredar..

Kenyang makan, balik rumah.. apalagi.. aktiviti membesarkan badanlah.. zzzzz..



psstt: Semoga Berjaya bagi semua calon SPM yang bermula pada hari ini. Moga tiada lagi kertas peperiksaan bocor kedengaran hingga terpaksa mengulang semula..


10 comments:

  1. kalau RSMY ada kat Klang area pasti mak budak hari2 lepak makan naan cheese kann.. selalu nya kalau kat mapley naan cheese sedap.. kenapa lah yg ni tak sedap.. huhu

    ReplyDelete
  2. Blogwalking sambil baca entri. :)

    Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

    ReplyDelete
  3. Saya kalau dah sampai rumah tak kan keluar lagi utk supper, tidur lagi baik, hahaha... Biasanya supper cuma bila kebetulan berada di luar rumah, misalnya travel jauh...

    ReplyDelete
  4. at least dapat cuci mata kira ok lah... hehe

    ReplyDelete
  5. Kurang sedap eh? That's a bummer.

    Haritu pergi satu restoran mamak dekat Melaka, unik gak menu dia - ada roti canai pisang, roti canai ala pizza la, sirap bandung float. Okeila rasa dia.

    ReplyDelete
  6. Urgh! Syed tu sy rasa cuma nasi beriani n roti puri dia je yg sdp. Yg lain mg hampeh....klu nak roti cheese hebat, in fact sy lagi suka dr RMSY (tekak lain-lain), boleh terjah William kat Taman Mayang Kelana Jaya.

    ReplyDelete
  7. Kalau dah kata tak berapa nak sedap, makanya malaslah saya nak pergi mencuba :)

    RSMY tu teringin sungguh nak pergi sampai sekarang pun tak dapat lagi.

    ReplyDelete
  8. alolo...comelnya dak nuha pakai tudung...

    dah lama x makan roti nan cheese ai...maksudnya kena la carik ni.. : )

    ReplyDelete
  9. suka tengok dak nuha pakai tudung..comel..memalam pun pkai tudung gak kn nuha...bagusny..:)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...