Followers Remaja Purba

Tuesday, November 25, 2014

Arah Aliran Trafik Jalan Yong Shook Lin, P.J


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan Sistem Jalan Sehala yang melibatkan Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Timur telah dikuatkuasakan sejak 12 Oktober 2014 yang lepas..

Manakala arah aliran trafik Jalan Yong Shook Lin dikuatkuasakan pada 23 November 214 yang lepas. Akhirnya lengkap sudah Pelaksanaan Sistem Jalan Sehala yang dibuat oleh MBPJ..

Bagi pengguna laluan yang jarang guna laluan sekitar P.J ni pasti terasa macam pelancong.. keliru nak ikut arah mana.. yang dah biasa pun boleh tersesat.. terlajak simpang.. ini pulak bagi pengguna jarang atau kali pertama menggunakan laluan ni..



 Maklumat dari twitter MBPJ..


Kesan baik dari laluan kontra ni..
Laluan berhadapan MBPJ dan PKNS-PJ menjadi lebih teratur dan tidak sesak serta menjadi lebih lancar dari biasa..
Mula-mula je pengguna berhadapan kesukaran dengan perubahan laluan ni.. nanti lelama oklah..
Biasalah.. nak terima sesuatu perubahan tu memang mengambil masa sikit..
Suka ke tak suka ke tetap kena hadap.. sebab itu dah ditetapkan oleh pihak MBPJ.. ---> SYMP lah.. Saya Yang Menurut Perintah..
Bagi yang menggunakan pengangkutan awam.. bertabahlah dengan laluan kontra yang baru ni.. 


 Pukul 7:15 am.. lengang..



 

Kali pertama melaluinya pagi semalam.. gambar haruslah ada..





psstt: Bertabahlah abam MBPJ nak layan kerenah pengguna jalanraya sekitar P.J ni.. kalau hati tak kental, duduk je dalam bilik aircond kat office tu..



6 comments:

  1. Saya terkena 2 minggu lepas! hahahaha..sebab kadangkala hari Ahad saya mmg ke Menara Axis di PJ tu...sekali bila nak balik ke Shah Alam, kena pusing jauh...sampai saya sesat2 lalu depan PPUM...hahaha

    ReplyDelete
  2. itu jln yg mmg dana takkn lalu pagi2 hehehe... sbb mmg bkn laluan kan

    tp laluan keje dana kt keramat jelatek mmg ada laluan gitu setiap pagi kul 630 sampai 930 pagi, tp ada jgk sorang dua yg saja je melawan arus walaupun dh tau jln tu dh sehala

    ReplyDelete
  3. harap2 tak buang masa layan traffik jem lagi

    ReplyDelete
  4. Nasib baik saya tinggal di bandar kecil yang jam cuma berlaku setahun dua kali (Raya Puasa dan Raya Haji)...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...