Sedikit kecewa sebelum tu, nak makan Burger Bakar Abang Burn di Seksyen 7 Shah Alam tidak kesampaian kerana tutup..
Untuk mengubat kekecewaan, Restoran Le Lac di Seksyen 13, Shah Alam menjadi pilihan.. sebab tekakku ini gedik nak jugak makan burger bakar ---> Captain Grill Burger nama yang tertera.. dulu Burger Bakar Abang Burn..
Gedik santai bersama dak Nuha..
Memandangkan kali pertama kami makan di situ, jadi pilihan menu berdasarkan cadangan yang diberi.. aku pun takdelah beria nak ambil gambar restoran tu.. tetiba lak watak penyegan dalam diri sampai..
Menu pilihan.. Grilled Chicken.. Burger aku lupa burger apa dan meatball untuk dak Nuha..
dak Nuha menghabiskan sos black pepper yang tak pedas itu..
Menu yang kami pilih sedap cuma aku tak puas makan sebab portion dia sikit.. dahlah masa tu aku tengah lapar.. memang tak puas makanler..
Restoran tu juga ada menyediakan menu lain.. tapi aku tetap nakkan burger bakar tu..
Dah terbayangkan kebesaran dan kesedapan burger tu tapi bila dapat.. eemm. takdelah besar mana burgernya.. kecik je.. ---> ke aku yang salah order..
Tapi apapun aku suka suasana tempat tu.. rileks santai..
Mana tak rileks santainya.. dah masa kitorang makan kat situ masih awal belum ramai orang lagi..
Ngam-ngam habis makan nak balik.. gerimis mengundang.. nasib baik.. dahlah aku lepak makan kat sebelah luar..
Next time, nak makan lagi burger bakar.. tapi kali ni try burger bakar kat tempat lain pulak..
psstt: Tetiba rasa macam nak merajuk dan minta dipujuk.. macam best pulak rasanya.. hikhikhik..
tudia nuha makan sos black pepper macam minum air.. nampak menarik ja makanan dia tapi kalo portion kecik mmg xpuas la makan :)
ReplyDeleteSy klu portion kck, mmg takdelah nak repeat. Huhuhu! Tp klu nak merasa dan berbaloi dgn harga, Inshaa Allah!
ReplyDeleteburger abg burn mmg dah tutup semua cawangan ke??? kt bangi ni pun dah tutup..
ReplyDeletewahhhh...! sedapnya burger bakar!
ReplyDeletetak pernah merasa lagi burger abg burn. mcm pernah dengar.
ReplyDeleteke akak oder beger bakar saiz tecik heheheh... amboih dak nuha sedap sgt la tu sampai dia blh minum sos tuh mcm air hehehe
ReplyDeleteDua-dua tempat pernah rasa.
ReplyDeleteRasanya, burger abg burn lg puas hati memakannya
Baru je pergi ke Seksyen 7 dua minggu lepas sempena harijadi si Adik. Ke Polperro je. Le lac ni tak pernah sampai. Burger bakar Abg Burn pun tak pernah try lagi padahal ada je cawangan berdekatan dengan area rumah.
ReplyDelete