Followers Remaja Purba

Thursday, May 31, 2012

DariNYA kita datang.. KepadaNYA kita kembali..

إنّا لله وإنّا إليه راجعون

"sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita akan kembali kepadaNYA."


Nenek sebelah ayah aku telah pergi buat selama-lamanya petang tadi.. Panggilan telefon dari ayah mengesahkan..


Sekarang ayah on the way balik kampung.. Ayah berharap aku pun turut sama dapat balik..

TAPI.. aku serba-salah sekarang ni.. sebab dah tentu aku kena tunggu hubby balik dari Terengganu.. Aku pulak masih dalam pantang..



psstt: Aku dah jadi cucu yatim piatu..


psstt lagi: Harap-harap aku sempatlah jumpa arwah..


last psstt: Hubby sms mintak aku standby..

Betul.. Gambar ni aku tak curik..

Malam tadi..

Dah penat main kat taman malam tadi, nilah hasilnya.. air sorang sebungkus + mee kari..



Dak Adik sedang suap dak Kakak sambil cakap.. 'Ibu, janganlah amik gambar adik..'



Itu baru berdua.. cuba bayangkan kalau bertiga..


...

....

.....

......

.......






Inilah dia.. dak Kakak.. dak Adik dan dak Nuha..





psstt: Panggilan dak Adik tu bila nak tukar jadi dak Abang ek..?


psstt lagi: Mengantuk tak cukup tidur..


last psstt: Budak office tak sabar nak jumpa dak Nuha..

Wednesday, May 30, 2012

Cuasa, Suhu, Suasana..

CUACA:
Aku ingatkan baru pukul 7 am, sekali tengok jam.. rupa-rupanya dekat pukul 9 am.. yang buat gelap tu sebenarnya kat luar hujan..

Dak Kakak tanya.. 'Ibu, kat luar hujan ke..?' Aku dengan yakinnya bagitau, bukanler, kan bunyi aircond tu.. Sekali dak Kakak dengan tak puas hatinya selak langsir.. 'Ibu, hujanlah..'.. Boleh tahanler lebatnya..


SUHU:
Sejuk dari biasa.. mana taknya kat luar hujan, aku pulak pasang aircond, tak cukup aircond kipas lagi.. fuh.. mana tak melambung mencanak bil api.. Tapi camne panas atau sejuk sekalipun, aku dan dak Nuha tetap mandi air panas.. kihkihkih.. Kalau nak dibandingkan dengan dak Kakak dan dak Adik, dak Nuha ni 'dimanjakan'..

Dulu dak Kakak dengan dak Adik 2 minggu pertama je mandi air panas, pastu takde dah.. Menangis kena air sejuk tu biasalah tapi sekejap je.. pastu ok dah.. cuma dak Nuha ni, confirm lepas habis 44 hari nanti baru mandi air sejuk.. suara dia pun boleh tahan.. (jam loceng aku ni..)


SUASANA:
Waktu pagi cenggini dah tentulah sunyi, nak pulak hujan lebat kat luar, rasa malas je turun dari katil.. wah.. pecah rahsia.. celik mata terus hadap lappy.. apapun tak boleh mak budak ni.. hahaha..


Ok, aku nak stop dulu kat sini, nak mandikan dak Nuha bagi wangi nanti korang boleh peluk cium dia.. Aku pulak lepas tu macam biasa.. lepas selesai rutin harian baru aku picit tekan balik lappy ni..





psstt: Hujan pagi rasa liat je nak bangun, kalau hujan petang..?


psstt lagi: Tengok dak Nuha takde pape, maka.. nanti nak makan lagilah kari daging..


last psstt: Ok.. confirm aku stop dulu kat sini..

Tuesday, May 29, 2012

Kita share cite ek..

Erk..?
Tengok jam dah pukul 12.30 tengahari, dah nak lunch rupanya..


Musim cuti sekolah ni aku perasan makin lambat pulak aku online.. Rasa macam tak menang tangan.. Bila dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha ada.. Tapi kalau hubby ada kuranglah sikit sebab hubby akan jadi chef kat dapur..

Hari ni dengan beraninya aku makan kari daging tanpa santan <--- dimasak oleh chef hubby.. InsyaAllah moga aku atau dak Nuha takde apa-apa..

Pasal pinggang aku, Alhamdulillah dah semakin ok.. Kena ambil langkah berjaga-jaga agar tak kena balik.. seksa menanggungnya.. nak pulak kena uruskan dak Nuha, menangis dibuatnya.. <--- mak budak.. sila berhati-hati lepas ni ye..

Dak Kakak dengan dak Adik dah lari ke rumah nenek Uda (alah.. selang 2 pintu je..) Sunyi sekejap rumah..


Alasan dak Kakak:
Nak tengok tv kat sana..

aik.. kat rumah ni macam takde tv pulak.. (yelah.. tv sana besar, tv sini kecik..)


Alasan dak Adik:
Nak main kat sana..

Bagus alasan dorang.. yang sebenarnya dorang dah bosan teramat tu sebab ramai geng takde.. Kalau tak bertunggu-tangga kat rumah k.Lela sebelah rumah..


Tak kisahlah, yang penting dorang tak jauh.. bagi chance kat dorang.. Jap lagi aku panggil dorang balik..





psstt: Hari ni hari Selasa.. Aku rasa macam hujung minggu je.. mungkin sebab cuti sekolah..


psstt lagi: Belum habis pantang dah plan bagai nak pergi mana.. kihkihkih..


last psstt: Rasa nak baca noveller.. TAPI.. jemari ni melekat erat pulak dari lappy ni..

Monday, May 28, 2012

dak Kakak ada.. dak Nuha ada.. dak Adik mana..?

Alhamdulillah selesai sudah rutin untuk pagi ni.. barulah dapat picit tekan lappy..

Apa cerita menarik hari ni ye..?

dak Kakak:
Bangun tidur, hadap kartun.. sampai aku pulak nak termuntah-muntah tengok kartun.. sudahnya.. 'bosanlah.. bosanlah..' dak Kakak asyik merungut bosan.. tengok kat luar takde kawan lagiler dia bosan..


dak Adik:
Babah dia bawak pergi Alor Setar.. Memula memanglah ok tapi dekat tengah malam tadi, awal pagi tadi, dekat pagi tadi hubby sms.. apa yang berlaku sepanjang perjalanan jangan tanya sebab memang menguji kesabaran.. huhuhu.. kesian kat hubby kena uruskan dia..

'tu ler.. nak sangat bawak dak Adik..'


dak Nuha:
Sekarang dia dah tukar 'timetable'.. meragam siang pulak.. buatlah apa saje kat dia, tidur dia tetap tak berapa lena.. tapi kalau nak dibandingkan sebelum ni, baik lagi sekarang.. sekurang-kurangnya malam takdelah dia ajak marathon lagi.. syukur sangat-sangat..




psstt: Jemari picit tekan lappy.. kaki dok henjut 'bouncer' dak Nuha.. ;)


psstt lagi: Sekejap je dah tengahari.. tak lama petang, pastu malam pastu.. tak lama lagi habislah pantang.. sukanyeeeee..


last psstt: Apa nak buat ni ek..? Rasa dah berjangkit dari dak Kakak.. 'bosanlah..'

Saturday, May 26, 2012

Apa perancangan sepanjang cuti sekolah ni..?

Bagi mereka yang bekerja, rasanya takde perubahan sangat kot.. cuma jalanraya kurang sesak dari biasalah.. KECUALI.. Federal Highway.. hujung mingggu pun sesak..

Bagi yang tak kerja.. macam aku (maklumler cuti panjanggggg..), dah mula buat budget dan ke mana hala tuju.. (padahal masih di bawah perintah berkurung lagi).. Nampaknya buat masa ni 24 jam lah anak-anak kat rumah.. Kalau keluar pun.. riadah waktu petang..


TAPI.. aku dah bagi hint pada hubby nak ikut pergi Pahang awal bulan depan (status: masa tu 4 hari sebelum habis pantang).. Hubby ok je tapi nenek sedara pesan..

'ikut je.. lagipun dah nak habis pantang.. cuma jaga sikit ibu jari kaki tu, takut terlanggar apa-apa.. nanti bentan..'


CUMA.. yang pasti.. habis je pantang nanti aku nak K.E.L.U.A.R.. <--- window shopping.. Kat area umah aku ni ada shopping mall baru bukak.. Jeles aku.. jiran kat sini dah pergi.. aku dengar jelah cerita dari dorang..




psstt: Countdown.. lagi 11 hari..


psstt lagi: Tiap 2 jam pasti 'Jam Loceng'ku akan 'menangis'..


last psstt: Nampaknya aku kena beri laluan pada anak-anak untuk tengok channel kesukaan dorang..

Friday, May 25, 2012

Log In.. Log Out..

Hari ni hari terakhir musim persekolahan untuk sesi pertengahan tahun 2012.. Cuti sekolah akan bermula selepas habis je sesi persekolahan petang nanti..2 minggu dak Kakak dengan dak Adik akan berkampung di rumah 24 jam.. Nak berjalan-jalan pun kena amik kira jugak keadaan aku ketika ini..


Pagi ni hubby pergi ke Tabika dak Adik atas urusan pengambilan report card.. Cikgu dak Adik bagitau.. 'dia ni suka tolong kawan-kawan siapkan kerja sekolah (kerja sendiri siap tapi lambat)..' Keputusan pencapaian <--- sederhana..


Sedang aku mengarang ayat kat sini.. dak Adik datang kat aku.. Memula ajak borak.. sambil borak tangan dia berjalan kat lappy..


DAN HASILNYA..


qqqqqq

QQQQQQQQQQQQQQQQQQ


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ

(SILA JANGAN UBAH KEDUDUKAN PANDANGAN ANDA..)


Ye.. itu dia hasil usaha jemari kecil dak Adik.. ni kalau aku biarkan sampai ke sudah kita semua tak faham apa yang dia cuba sampaikan..

Ok, sementara dak Nuha lena di atas katil Queen aku tu, aku nak ketuk click rumah korang..



psstt: Huruf Q tu nama dak Adik.. Qawiem.. ;)


psstt lagi: A..? aizamia3 ler.. ;)


last psstt: dak Adik merengek pujuk aku nak tengok 'Bini-biniku Gangster'..

Thursday, May 24, 2012

SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012






psstt: Dah lamaaaaa aku tak join segmen megmen ni..


psstt lagi: Sape-sape nak join, try click kat ---> pha is..


last psstt: Inilah dia bila mata kat tv, jemari kat lappy, idea jadi bersimpang-siur..

Dah bosan ke..?

Malam tadi disebabkan dah tak tahan sakit aku 'sms mengadu'kat k.Hema.. Terus k.Hema dengan nenek datang jenguk tengok keadaan aku. Nenek pergi rumah k.Ana mintak datang umah tengok-tengokkan keadaan aku.. Fuh.. macam teruk je entry ni kan..

Kira start malam tadi dan untuk 3 hari berturut-turut aku akan diurut oleh k.Ana.. dalam pada diurut tu, kesian pulak aku dengan k.ana.. asyik sendawa.. erkkk.. je.. kira badan aku banyak anginler ni.. kita tengok lepas 3 hari ni macam mana..


Ok, dah stop.. takmo cite dah pasal urut-mengurut..


Hari ni aku boleh dikatakan rileks sakan.. dak Nuha nenek uruskan.. masak-memasak <--- B.E.L.I aje..

"Hari ni je ye mak budak, jangan ngada-ngada lepas ni.. dalam peti sejuk tu macam-macam ada, tinggal nak masak je.. <--- lebih kurang macam tu ler kata mak aku kalau mak aku ada la ni.."


Selain dari berehat.. takde apa nak fikir lagi dah..




psstt: Mata kat tv, jemari kat lappy, idea jadi bersimpang-siur..


psstt lagi: Mesti korang bosan dengan cerita yang sama aje kan.. kan.. kan..


last psstt: Jangan kata korang.. aku pun sama bosan.. kihkihkih..

Wednesday, May 23, 2012

Dah sebulan dah..

Genap sebulan dah dak Nuha hari ni.. Tapi masih ada 16 hari lagi sebelum aku habis pantang..

Sepanjang sebulan aktiviti tetap dak Nuha <-- biasalah sebagai seorang baby apalagi yang dia boleh buat dalam usia cenggini kan..

Aku pulak masih belum sembuh dari sakit pinggang.. rasa nak jerit...aaarrrggghhhhh.. ok dah.. sakit tak tahan..

Hati tu teringin nak layan lappy, jemari aku dah tak sabar tapi otak kata..

'korang ni tak kesian ke kat mak budak ni.. kita bagi dia rehat dululah.. pastu bila dia dah sembuh hah.. korang pulunler habis..'


Maka, dengan tak rasminya aku kenalah noktahkan kat sini..




psstt: Petang nanti nak mintak tolong k.Hema mandikan dak Nuha..


psstt lagi: Takmo cite dah pasal sakit pinggang sebab makin berdenyut-denyut.. uwaaa..


last psstt: Ok, masa untuk merehatkan diri..

Tuesday, May 22, 2012

Ah.. Lega sikit..

Syukur Alhamdulillah..

Gara-gara semalam pinggang aku tergeliat, hari ni makcik Era yang urut aku masa bersalin hari tu datang mengurut.. pakej <--- urut aku dan dak Nuha..

Setakat ni rasa lega sikit lepas diurut <-- urut satu badan dan fokus jugak kat perut.. Alhamdulillah ok.. takde pape..

Syukur jugak hubby cuti hari ni, maka rutin aku berubahlah sikit <-- hubby jadi chef hari ni..

DAN.. aku harap hilanglah sakit pinggang ni.. dah lama tak kena, sekali kena sampai kena jumpa doctor gamaknya <-- kes ni sejak dari zaman sekolah lagi membawa hingga ke sekarang..

Nampaknya aku kena slow kan pergerakan.. jangan 'ganas' sangat macam semalam <-- kalau rasa nak cepat sembuhlah..



psstt: Rasa lega bila dah diurut tapi rasa sakit masa kena urut <--- maklumlah tak biasa diurut..


psstt lagi: Jemariku picit manja lappy, kaki pulak henjut 'bouncer' dak Nuha..


last psstt: yeye.. lepas makan jap lagi.. masa untuk BW.. ;)

Monday, May 21, 2012

Timetable larik..

Kenapa..?

Hari ni dak Nuha meragam.. biasanya waktu malam tapi hari ni lepas pukul 1 pm tadi baru dia nak tidur.. Dah sapu minyak telon.. dah tukar pampers.. dah bagi susu.. Aku syak perut dia tak selesa.. Tang muntah aku tak kisah dah.. redha je.. cuma aku tengah fikir ni sebab apa dia jadi macam tu..

TAPI.. (ting.. <--- bunyi effect sikit).. bertambah syak bila dah dekat 23hb. Orang tua cakap nak beralih bulan (sebab dia lahir 23hb. lepas).. Aku harap malam nanti janganlah dia marathon lagi.. Siang oklah jugak.. kalau malam.. fuh.. bikin meroyan jadinya..

Kiranya timetable aku larik sikitlah.. Dah siap rutin harian tak dan rehat, dak Kakak pulak balik sekolah, tak lama lepas tu dak Adik pulak.. dak Nuha pulak boleh menangis macam kena bantai bila aku tinggalkan dia kejap..


DAN.. paling menarik.. aku sakit pinggang.. tergeliat.. aku syak masa dok uruskan dak Nuha tadi ni.. boleh tahanlah sakitnya.. dah lama aku tak kena, ni dapat balik.. dugaan..

Lepas dak Nuha tidur (walaupun dia tak lena mana sebenarnya), aku uruskan dak Adik, suapkan dia makan.. tengok kat luar hujan pulak.. baju confirm tak kering sebab matahari pun malu-malu nak keluar hari ni.. bunyi side effect kat luar tu pun boleh tahan kedengaran.. tapi hujan tak lebat mana, agaknya dah berjangkit dengan matahari, malu-malu nak keluar..

Nampaknya kena off ler dulu pokcik Streamyx aku ni..





psstt: Aku gagahkan diri dengan rutin harian.. ni kalau takde perubahan dalam sehari dua ni, sah aku call balik makcik Era tukang urut tu.. mintak urut pinggang aku ni..


psstt lagi: Chocolate tu aku dah jamah, dari jamah terus ngap.. sedap gak.. hahaha..


last psstt: Sehari dua ni aku mungkin lambat BW <--- dengan keadaan aku cenggini..

Selamat Pagi.. Morning..

Akibat takut terlajak lagi macam minggu lepas, aku sanggup bangun awal pagi ni.. Tapi yang jadi mangsa dah tentu en. Lappy.. Sementara nak tunggu pukul 6.30 am, aku picit-picit manja dia ni..

Dak Nuha masih dengan aktiviti dia, 'kuak lentang'.. takpelah Nuha.. ibu teman tengok jelah..

Tanpa ditemani sape-sape, dengan beraninya aku jalan-jalan tengok rumah korang.. Nak ketuk awal lagi dan dah tentu ada yang tidur lagi, tak pun mamai baru bangun tidur. Tapi nasib baik cuma di alam maya, kalau realiti, jenguk kat pintu rumah pun fikir banyak kali..



psstt: Lepas dah uruskan dak Kakak dan dak Adik barulah boleh mulakan rutin harian..


psstt lagi: Adakala sambil buat rutin harian, sambil mencari idea nak buat entry..


last psstt: oh!Laparnya.. Rasa nak makan chocolate yang aku sorokkan tu je.. hikhikhik..

Sunday, May 20, 2012

Aku kena lagi ni..

psstt: Aku mandi muntah pepagi ni.. <--- Nuhaaaaaaa.. kot ye pun bagilah signal dulu..


psstt lagi: Hari ni shift aku bermula pukul 4.30 am <--- layan kerenah dak Nuha..


last psstt: dak Nuha sedang belajar 'berenang' <--- kuak lentang atas katil..

Saturday, May 19, 2012

Penuh Emosi..

Marah..
Sakit hati..
Geram..


Itu yang aku rasa yang aku tak dapat nak luahkan.. Nak pendam, aku ni bukan reti nak simpan.. lagi aku simpan lagi membuak-buak rasanya macam gunung berapi tunggu masa nak meletup..


Perlu ke aku buat entry seperti di atas..?
Ahh.. cerita pasal dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha lagi menarik.. kan..?


No Picture until next entry..


Dak Kakak:
Kini dah menjangkau usia 8 tahun.. nak kata boleh harap, bolehlah.. tapi kebanyakkan masa lebih kepada nak main.. main.. dan main.. selain dari tengok kartun.. tu nasib baik cartoon channel kat Astro aku dah unsubscribe, kalau tak mahu 24 jam hadap TV..


Dak Adik:
Pantang pintu tak berkunci, sekejap lesap bermain di rumah jiran.. dipanggil balik sikit pun tak heran, buat perangai lagi ye ada.. Aku pulak yang geram dengan dia.. tak bagi keluar kesian pulak, bila dibagi keluar selagi tak dipanggil balik selagi tu lah tak balik-balik.. Dah panggil pun tetap taknak balik camne..?


Dak Nuha:
Hari ni dah 25 hari usianya.. Masih belajar melayan kerenah dia.. Perangai..? tak dijangka.. adakalanya ok, adakalanya dia buat marathon ajak aku ‘jangan tidur lagi’ sampai aku rasa nak pecah mata menahan kantuk.. Kalau tak.. takkan aku siap standby lappy kat atas katil waktu malam..


Aku:
Bila dalam keadaan macam ni, BW jelah yang boleh buat hati aku tenang dan lega sekejap.. Kira macam terapi bagi akulah.. sekurang-kurangnya aku masih mampu tersenyum walau jauh disudut hati hanya DIA yang tahu..



psstt: Entry pertama selepas tengah malam..


psstt lagi: Niat nak buat entry pendek tapi dah boleh buat karangan aku rasa..


last psstt: salah satu daripada nama anak aku adalah nama tempat kerja aku.. <--- sila percaya hokey..

Friday, May 18, 2012

dak Nuha dan Chocolate..


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger..

Syukur hari ni dak Nuha tak meragam sangat dan dak Kakak tak lewat nak ke sekolah dan rutin harian berjalan seperti biasa.

Pagi yang tenang tanpa gangguan mengadap lappy sambil melihat aksi dak Nuha beraksi atas tilam..

Buat pertama kali malam tadi, lappy aku pun turut tidur atas katil.. Ni gara-gara dak Nuha meragam marathon takmo tidur malam sejak kelmarin.. TAPI.. syukur Alhamdulillah dia baik sangat malam tadi.

Tadi dak Adik merengek nak makan daging burger sebelum ke Tadika.. kubuatkan.. buka peti sejuk.. wah.. ni yang aku tak tahan ni..

Coklat diimport khas dari Langkawi.. 

psstt: hari ni takmo main psstt.. psstt lah..


Thursday, May 17, 2012

Lappy ke Novel..?

Lappy.. ?
Novel..?

Bila tak online dah macam cacing kepanasan..
Bila dah hadap lappy, terpandang-pandang pulak novel..
Macam tu jugak sebaliknya..

44 hari ni memang itu jelah yang aku akan hadap.. Nanti dah lepas tempoh berkurung, lappy ke mana novel ke mana..


psstt: dak Nuha dah mula pandai muntah lepas menyusu, ada masa tak dan nak sendawakan.. maka aku pun turut sama ‘mandi’muntah..


psstt lagi: Lepas ni baca novel pulak..


last psstt: Lepas tu tidur.. itupun kalau mata ni nak bagi kerjasamalah.. rasa nak pecah mata ni menahan kantuk..

Wednesday, May 16, 2012

Tak nak ke Sekolah..?

Selamat Hari Guru 2012..
Terima kasih cikgu di atas ilmu yang dicurahkan tanpa jemu buat kami..


Hari ni ada sambutan Hari Guru di sekolah dak Kakak.. Kalau semalam bersemangat dia nak pergi tapi pagi tadi disebabkan aku tak paksa dia bangun macam biasa, terus tak nak pergi sekolah.. sekali dengan dak Adik terkena penyakit dak Kakak tak nak ke sekolah.. Aku pulak tengah mamai tak cukup tidur memang tak bangunlah..

Dah dua malam dak Nuha meragam malam.. memang marathon betul dibuatnya.. tu yang aku tak larat nak bangun pagi uruskan dak Kakak dengan dak Adik pergi sekolah.. Sudahnya hadiah untuk cikgu dorang esok jelah jawabnya baru bagi..

Tapi.. rutin harian tetap berjalan seperti biasa.. Takpe lepas ni boleh sambung balik tidur..



psstt: Apa pulak aktiviti korang hari ni ye..?


psstt lagi: Aku tak ingat tema Hari Guru tahun ni..


last psstt: Cadang tak nak banyak psstt tapi ada jugak..

Tuesday, May 15, 2012

Penangan Beras Mahal..


Di Negara kita ni, pelbagai jenama beras ada dijual. Baik yang murah mahupun yang mahal. Masing-masing dengan citarasa tersendiri.. Ada yang suka beras wangi, ada yang suka beras biasa malah ada juga yang jarang berpeluang dapat membeli beras..

Kiranya ketika aku mengandungkan dak Nuha ni, selera aku bertukar 360 darjah. Biasanya aku tak kisah dengan beras yang biasa Hubby tapi kali ni aku teringin nak rasa beras yang agak mahal dari biasa.

DAN.. lagi beberapa hari nak bersalin aku ada tanya pada hubby mengenai beras Serindit. Akhirnya minggu kedua dalam pantang hubby bawa balik beras tu.



Rupa-rupanya hubby order dari member dia yang outstation ke Kota Bharu.. wah.. dan hasilnya.. hari ni aku dan anak-anak akan merasa nasi dari beras itu. Alah.. bukan selalu dapat merasa pun.


psstt: Aku letih sangat-sangat ni tak cukup tidur.. dak Nuha boleh buat marathon pulak awal pagi tadi taknak tidur..

last psstt: Aku bersyukur padaNYA atas rezeki yang diberikan hingga mampu membeli apa yang diingini.

Monday, May 14, 2012

Basuh baju..

Hari-hari cerita yang sama.. hari-hari rutin yang sama.. Nak bercerita perkara lain, macam tak logik pulak sebab aku belum boleh keluar rumah..

Ok.. hari ni aku nak cerita pasal basuh baju..

Biasanya aku basuh baju 2 hari sekali kecuali baju sekolah dak Kakak dengan dak Adik, itu memang kena basuh hari-hari..

Sejak aku cuti panjang ni, hari-hari aku basuh baju.. Mula-mula rasa pelik jugak sebab penuh je ampaian baju kat luar tu.. Tapi aku terlupa yang ahli keluarga dah bertambah maka baju yang dibasuh pun turut bertambah..


Macam hari ni..

hampir memenuhi ampaian yang ada..


Walaupun tetiap hari aku basuh baju, nak jugak aku puji diri aku.. sebab baju yang dah kering siap dilipat dan disimpan.. Habis tu, nak buat apa lagi.. Hubby pun taklah tegur sebab dah tak pening nak mencari seluarnya.. hahaha..

Apa yang pasti, takde walau sehelai pun baju yang tak berlipat.. clean and clear aku buat..



psstt: Ada lagi 4 pasang baju sekolah belum digosok, baru basuh semalam..


psstt lagi: Dak Adik makan tengahari kat rumah k.Lela sebelah rumah.. apalah adik ni..


last psstt: Baru lepas buat kerja sikit pasal hal office.. hikhikhik..


Sunday, May 13, 2012

Apa tajuk nak letak ni..

Malam tadi:
Dak Adik pergi memancing dengan babah dia..

Dak Kakak layan movie 'Papa I Luv U'..bila part adegan sedih, boleh pulak dia menangis.. aku..? Menahan gelak tengok gelagat dia.. hikhikhik..



Hari ni:
Seawal pukul 7.30am dak Nuha aku dah siap mandikan..
Rutin harian tetap seperti biasa.. tak lebih tak kurang.. buat yang penting je..
Dak Kakak dan dak Adik dah lepas keluar.. mainler tu..
Dak Nuha lena dalam bilik.. kena tidurkan dalam bilik, sunyi sikit..


Maka.. tiada cerita menarik nak share hari ni.. hikhikhik..



psstt: Malam ni nak layan movie seram pulak..

Saturday, May 12, 2012

Ada apa pada Blog..?

Ada sesetengah berpendapat blog sebagai diari harian.. Ada pulak blog dijadikan sebagai sumber pendapatan malah tak kurang juga pelbagai info yang boleh diperolehi dari sesebuah blog.

Bila kita terlampau meluahkan perasaan kat dalam blog, ada pulak yang tak suka.. Mungkin dengan cara macam tu buat hati seseorang tu lega tapi dalam masa yang sama dia mungkin tak sedar yang ramai mengutuk disebalik pengakuan berani matinya itu.

Dalam keadaan yang lain pulak, kita boleh dapat ramai kawan melalui blog, malah ada di antaranya menjadi sahabat baik pada kita. Semakin lama menjadikan blog sebagai medium perantaraan sesama blogger lain semakin banyak input dan output yang kita boleh perolehi kan..?

Dulu aku wujudkan blog mak budak a.k.a remaja purba ni hanyalah berkisar tentang dak Adik tapi bila pertama kali aku join segmen en. Ben, aku dapat mengenali dunia blog dengan lebih luas.. Kalau sebelum ni ibarat macam katak bawah tempurung tapi sekarang dah ramai yang aku kenal walau hanya melalui blog..


TERIMA KASIH.. kepada teman-teman semua yang sudi melayan remaja purba ni.. Moga jalinan perkenalan melalui blog ini berkekalan hendakNYA..



psstt: Waktu tidur aku dah terbalik 360 darjah sekarang..


psstt lagi: Kenapa nak kena ada banyak psstt..


last psstt: Ada lagi..

Friday, May 11, 2012

Terima Kasih Nuha..

Checklist pagi ni:

Dah mandikan dak Nuha ---> wangi dah dia..
Dah menyusu ---> la ni dia dah tidur dengan lenanya..
Kemas dapur ---> sudah..
Masak menu pantang dan anak-anak ---> sudah..
Basuh baju ---> sudah.. siap sidai kat ampaian..
Layan lappy ---> haruslah.. hikhikhik..


Apa-apapun..

Terima kasih pada dak Nuha sebab kejutkan aku pagi tadi.. tengok jam dekat 6.30 am.. Syukur.. dak Kakak dan dak Adik tak lewat bangun untuk ke sekolah, sempatlah aku buatkan bekal untuk dorang..

Sungguh.. aku tak sedar langsung pagi ni walaupun dah kunci jam.. mana nak dengar, hp aku himpit baik punya, tu pasal tak dengar langsung bunyi alarm.. huh! Nampak sangat tebal lagi lemak aku ni.. hahaha..

Pagi ni agak awal aku siapkan kerja-kerja rutin aku.. cuma yang rasa malas nak buat setakat ni basuh baju sekolah dak Kakak.. yang tu kena hand wash tak boleh guna mesin basuh.. cara.. basuh kat sinki.. agak sukar tapi itu je cara yang aku boleh buat. Takpelah.. sabarlah, lepas selesai 44 hari nanti, back tu normal.. InsyaAllah..


psstt: Minggu ni dak Kakak ada exam kat sekolah..


psstt lagi: Setiap pagi dak Adik mesti buat aku geram dengan kerenah dia sebelum ke sekolah..


last psstt: Hubby outstation.. anak-anak sibuk bertanya..

Thursday, May 10, 2012

Kakak.. Adik.. Nuha..

Bila dak Kakak dengan dak Adik dah pergi sekolah, rasa sunyi pulak tapi bila dorang ada dah macam Tom and Jerry.. tak boleh dekat, ada je yang nak digaduhkan.. dak Nuha pulak aku kuarantinkan dalam bilik, takut dihenyak dek gurauan kasar dak Kakak dan dak Adik..

Bila ketika dorang baik, baik sangat.. suruh apa aje pun tak merungut, dengan rela hati menurut perintah.. tapi kalau datang angin monsoon dorang, aku balik jadi geram sakit hati..



Gambar eksklusif (malam tadi).. dak Kakak, Adik dan Nuha..



psstt: nak beli camera.. camera lama dah rosak.. dapat yang murah pun takpe janji CANON.. hikhikhik..

Wednesday, May 9, 2012

Aku tengok kau.. kau tengok aku..

Wah.. aku rasa mesti NKVE tenang tanpa aku (cheh! Macamlah kau femes sangat).. Mana taknya kunci kereta tergantung elok kat rumah.

Baru-baru ni along dah repair kereta, maka tiada lagi bunyi-bunyian akan mengiringi sepanjang perjalanan. Melayang RM.. tapi kalau tak repair susah pulak nanti. Bila dah siap, eem.. aku tengok kau, kau tengoklah aku.. Aku tidur dalam bilik, kau tidur kat luar rumah. Tapi elok jugak, boleh kau rehat lama sikit.

Hujung minggu jelah hubby melaram dengan kau. Ni yang buat aku lagi tak sabar nak keluar dengan kau.. Kau mesti suka keluar dengan aku kan..?


psstt: abang.. boleh tukar tak blow off tu..? (betul kot ejaannya)


psstt lagi: rindunya pada bunyi ‘bersin’ tu.. rindu jugak nak main ‘cucuk belakang’ kat NKVE..


last psstt: Pada silent reader, terima kasih singgah kat blog aku ni ye.. ;)

Tuesday, May 8, 2012

Terputus dengan dunia luar

Ketika hujan lebat:
Aku hanya mampu mendengar cerita daripada dak Kakak dan dak Adik..

Dak Adik: Ibu, kat depan sekolah adik banjir.
Dak Kakak: Longkang besar tu penuh air, ibu.


Kekadang seronok dengar cerita dari anak-anak bila tiap kali dorang balik sekolah. Ibu itu, ibu ini.. Bila dorang takde sunyi pulak..

La ni, kalau ada hot story atau gossip, aku tengok dari depan rumah jelah.. nak keluar boleh aje.. pastu kena bebel lah dengan nenek uda dan jiran kat depan rumah aku ni.. hikhikhik.. Setakat ni aku bukan jenis main redah je.. masa ni lah aku kena jaga diri dengan baik dan juga dak Nuha..

Tak lama lagi cuti sekolah bagi pertengahan tahun tapi masalahnya aku habis pantang lagi 3 hari nak buka sekolah. Nampaknya tak ke manalah kali ni..

Walaupun terputus dengan dunia luar tapi aku tetap bersyukur masih dapat online jenguk-jengah kengkawan di alam maya, selain dari layan astro yang entah berapa kali ulang tayang cerita yang sama.. Sekurang-kurangnya aku masih ada jiran-jiran yang prihatin dengan keadaan aku ketika ini. Syukur.. Alhamdulillah..




psstt: Nak beli barang kena kirim pada k.Lela sebelah rumah.


psstt lagi: Leceh betul lah dok main ‘golek-golek’ kat keyboard lappy ni..


last psstt: Tak sabar nak 'main kejar-kejar' kat NKVE.. hikhikhik..

Monday, May 7, 2012

Tikus a.k.a Mouse..

Aduh.. Kenapalah masa 'tempoh berkurung' ni dia rosak pulak.. Aku dahlah tak biasa nak guna sentuh touch ni.. huhuhu..

Serba-serbi tak kena dibuatnya.. Apa yang aku nak buat hari ni jadi perlahan.. semuanya gara-gara tikus a.k.a mouse aku rosak..

dak Adik memang pantang tengok tikus aku tu sebab berlampu.. digolek-goleknya dibuat main.. sudahnya tak berfungsi dengan sempurna..

La ni kena belajar guna sentuh touch kat lappy ni.. bukan tak reti tapi dah teramat biasa guna tikus..



psstt: apa pun tak bolehlah dak Adik ni..

Sunday, May 6, 2012

Kembamnya..

Siapa tak geram bila tengok baby yang macam ni..
 
Itulah yang berlaku pada dak Adik.. Dalam senyap-senyap dia pergi kat dak Nuha dan pegang pipinya.. 'Kembamnya pipi dia..' Hikhikhik.. Aku gelak dah..


Aku: Adik.. bukan kembam.. adik salah sebut..
Dak Adik: Betullah adik sebut.. kembam..
Aku: Bukan kembam tapi tembam.. T.E.M.B.A.M..
Dak Adik: ooo.. bukan kembam ye ibu..


Tapi kalau time dia lupa mesti dia cakap 'Kembamnya pipi dia..' hikhikhik.. adik.. adik..



psstt: dah dua malam badan rasa tak sedap.. huhuhu..

Saturday, May 5, 2012

Hari ke 11..

Syukur Alhamdulillah sepanjang malam tadi dak Nuha agak baik berbanding malam-malam sebelum ni. Dapatlah rehatkan badan sekejap.. itupun lepas aku cakap kat dak Nuha, ibu kurang sihat.. badan menggigil sejuk (gara-gara tak mandi air panas)..

La ni.. keadaan aku agak ok dan eemm.. memandangkan dak Nuha tidur, aku macam biasalah lappy jadi peneman setia. Dak Kakak dengan dak Adik dengan aktiviti doranglah kat depan rumah..

Hari ni agak ceria sebab hubby cuti.. dapatlah anak-anak manja dengan hubby terutamanya dak Nuha.. Nampak gaya dak Nuha manja dengan babah dia.. maklumlah jarang dapat jumpa babah dia.. bila sekali dengar suara babah dia, terus bagi respond.. Aku pun bolehlah rileks sikit..

Malam tadi dak Kakak nak ajak makan luar tapi dia mengeluh sebab aku tak boleh keluar rumah lagi.. Sabarlah kakak.. bulan depan ek.. (walau hakikatnya aku sendiri teruja nak keluar rumah)




psstt: Apa menu yang boleh dimakan sepanjang berpantang ni ye..? Sayur..? Ikan..? Buah..? Any idea kengkawan..?

Friday, May 4, 2012

Dari sudut jari-jemariku

Pagi-pagi aku dah online..

Perkara pertama:
Setting album gambar dak Kakak, dak Adik dan Dak Nuha.. Malam tadi dah buat separuh, pagi ni sambung balik memandangkan aku ada banyak masa pagi sementara nak tunggu dak Nuha bangun..


Perkara kedua:
ops.. baru nak manja-manjakan jari ni tengok jam.. alamak dah pukul 8.30 pagi ler.. Tak boleh jadi.. kena buat apa yang penting dulu agar timetable aku tak lari pagi ni..


Perkara ketiga:
psstt: oh.. Nuha.. kenapalah kau meragam malam.. ibu tak cukup tidur.. huhuhu..


psstt lagi: terus ke..


last psstt: habis sudah..

Thursday, May 3, 2012

psstt.. psstt..

Cerita untuk hari ini..


psstt: dak Kakak ---> dah pergi sekolah


psstt lagi: dak Adik ---> lawatan ke Pusat Sains Negara


last psstt: dak Nuha ---> tidur dengan lenanya


psstt psstt: Aku..? ---> tenang melayan lappy walau tak cukup rehat melayan kerenah dak Nuha sepanjang malam..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...