17 Ogos 2025 - Ahad (23 Safar 1447H)
Kisah dak Adik..
Anak bujang seorang ni bila tak sihat memang agak susah untuk berjumpa doktor — takut kena suntik. Seboleh mungkin dak Adik akan cuba mengelak.
'Terus kena angkut pergi klinik..'
Sudahnya dak Adik dipaksa oleh nekSunya pergi dapatkan rawatan di klinik sebab dah tiga hari tak baik-baik. Itupun selepas dia sendiri bercerita dengan aku keadaan dia di sana. Haa.. eloklah tu Adik. Jangan buat semua orang risau.
Jangan sesekali ambil mudah soal kesihatan. Lebih baik mencegah dari awal daripada menunggu sehingga keadaan menjadi serius. Kadang-kadang, rasa malas dan takut untuk berjumpa doktor hanya akan merugikan diri sendiri. Alhamdulillah.. dak Adik mendengar kata kali ini.
=====================================
19 Ogos 2025 - Selasa (25 Safar 1447H)
Jika Ahad lepas dak Adik ke klinik, hari ni giliran aku pula ke hospital. Namun, tujuan aku bukanlah untuk bertemu doktor tapi hanya mengambil ubat untuk diri sendiri.
Kali ini aku ditemani oleh dak Kakak dengan dak Nuha. Alasannya — sekadar nak tengok dunia luar. Dak Kakak mula merasa bosan berada di rumah, dak Nuha pulak hanya tengok jalan pergi balik sekolah je. Aku..? Jomlah.. ada juga kawan nak teman. Macam biasa, en. Hubby jadi bodyguard kami.
Segala urusan aku di hospital berjalan dengan cepat dan tidak mengambil masa yang lama. Selepas itu, kami terus balik rumah memandangkan dak Nuha bersekolah sesi petang. Aku pula nak gunakan masa cuti ni dengan rehat sebaiknya, esok rutin kerja kembali seperti biasa.
@RemajaPurba: Setiap detik kecil bersama keluarga, tetap menjadi memori berharga..
PERTAMA~ Semoga segera sihat semua yang kurang sihat..betul tu, kena juga ke hospital untuk rawatan..
ReplyDeleteKedua~ Terima kasih banyak2 sebab ada bloglis PE ..ya Allah happy sekali ni..
Ketiga~ Teruskan berblog..andai masa tak berkesempatan..tak apa..akan ada masa update lah blog.( pesan untuk ku juga sebenarnya)
Semoga cepat sembuhnya
ReplyDelete