19 Mac 2024 - Selasa
Malam..
Sedang menggosok baju sekolah anak-anak, tiba-tiba gelap, tak nampak apa. Laju anak² keluar dari dalam bilik deme, takutler tu.. 🤣 MakBudak kenalah buat berani supaya anak-anak tak makin takut.
'Ibu, semua takde elektrik'.
'Aduhai kenapa pula kali ni agaknya?'
Selain dari kawasan perumahan kami, hampir beberapa tempat di kawasan berhampiran juga tiada bekalan elektrik.
Pukul 9:30 malam tadi
Bergelap semuanya.
Anak-anak semua di luar rumah, dalam rumah hangat berbahang.
Dalam menunggu bekalan elektrik kembali pulih, sempat aku tidur sekejap. Panas membahang ku tak peduli sebab aku penat. Alhamdulillah, hampir tengah malam, bekalan elektrik kembali pulih dan terus sambung kerja yang tergendala. Lega..
20 Mac 2024 - Rabu (9 Ramadan 1445H)
Pagi tadi, lori Generator set (Genset) TNB standby di lokasi untuk pastikan bekalan elektrik pulih sepenuhnya.
Hari ini..
Bila berpuasa ni, mulalah rambang mata dengan pelbagai jenis hidangan yang bertebaran di socmed. Teringin dah macam orang mengandung trimester pertama rupanya.
Asal kejadiannya begini..
tetikus/mouse
tapi aku bayangkan begini..
Buah Mangga
Petang ini..
Sesi fotografi akan diadakan di tempat kerja aku untuk digunakan di dalam laporan tahunan 2023. Alhamdulillah.. syukur bajuku bergosok elok.. 😆
#RemajaPurba: ...
tu bukan bayangan dah tu...
ReplyDeleteini betul betul..hahaha
Kalau sedang berpuasa, saat penat...memandang mouse pun yang terbayang buah mangga ya Mbak...
ReplyDeleteSemoga elektriknya tidak padam lagi ya Mbak.
Salam,
Berlaku juga kat area rumah saya dan kawasan berdekatan. Elok nak berbuka baru ada elektrik balik.
ReplyDeleteDisini juga kadang mati listrik kakak, jadinya gelap gulita. Harus siap genset untuk cadangan listrik biar rumah tidak gelap ya.
ReplyDeleteUishh bila tak ada electric kena lak tgh buat keje ..mmg stress ooo huhuu..
ReplyDeleteKalau mouse tu dh nampak mcm buah mangga agak teruk level puasa nya hahahaha
Alhamdulillah dah masuk hari kesepuluh ramadhan skrg
perlu cr peralatan elektrik yg kalau lampu xde ia tetap menyala.. klu ldy, kipas kami kalau xde elektrik ia bernyala.. mcm dia ade simpan tenaga di situ dan akan berfungsi bila elektrik xde .. maka xbergelap sgtlah..
ReplyDelete