Followers Remaja Purba

Friday, March 22, 2024

DEADLINE bagus untuk dijadikan panduan


21 Mac 2024 - Khamis (11 Ramadan 1445H)

Aku tiada gambar untuk aku kongsikan di sini tapi berbuka semalam, en. Hubby inginkan cencaru goreng sumbat sambal kelapa. Gigih mencari di kedai dan gigih en. Hubby memasaknya walaupun sampai rumah agak lewat.

Aku..?
Masak juga tapi menu campak-campak dan yang mudah tapi kalau nak makan masakan ala-ala menu kenduri, aku lebih suka request pada en. Hubby nak makan apa.. ☺️

Anak-anak..?
Menu wajib ada - AYAM.. tanpa ayam, tak kenyang deme tapi semalam tiada ayam. Sesekali ikut selera Babah dan MakBudak pula.


22 Mac 2024 - Jumaat (12 Ramadan 1445H)

Sahur pagi tadi, dak Kakak yang masak. Aku tak boleh nak buat kerja dengan pantas sebab tak boleh nak angkat tangan atau pegang benda berat. Terima kasih Kakak sebab tolong ibu pagi tadi.

Pandu kereta pun rasa tak selesa sebab aku tak pandai nak pegang stereng menggunakan tangan kanan. Rasa tak yakin waktu memandu berbanding menggunakan tangan kiri.


Hari ni..
Aku nak kongsikan kata-kata disebalik huruf-huruf DEADLINE
v   Deadline bagus untuk dijadikan panduan
v   Endah bagi orang yang terkena patuh padanya
v   Ada masa menyukarkan apabila tugas perlu diKIV
v   Dipendekkan cerita semua kena sedia bekerjasama
v   Level atas level bawah kena berharmoni untuk sama tujuan
v   Ingatlah untuk sama-sama memudahkan urusan semua pihak
v   Nyaman rasanya kalau urusan orang selesai atas sumbangan kita
v   Elok difahami deadline bukan untuk sakit kepala tetapi mudahkan semua 😃

      - credit to umizahan my colleagues -


'Elok difahami deadline bukan untuk sakit kepala tetapi mudahkan semua'
Deadline ini bukan mengikat seseorang sahaja, ada bos ada pekerja biasa. Dalam proses sesuatu kerja akan melibatkan dua tiga level. Malangnya level paling bawah yang selalu jadi mangsa seluruh keterlewatan. Perbuatan menyalahkan pekerja biasa ini memang satu daripada kemahiran-kemahiran sebagai bos. Sikap begitu keterlaluan dan menjadi tanda sama ada seseorang itu adakah ketua yang dihormati atas ketinggian akhlak atau dijauhi atas kerendahan adab.

Bukan sekali atau dua kali terjadi tetapi tidak cuba untuk memahami.
Proses kerja terganggu dan menyukarkan pergerakan.
Dia yang delay, kita pula terjerat sama.

#RemajaPurba: ...

8 comments:

  1. Moga dipermudah kan semua urusan.

    ReplyDelete
  2. Suka yang ini "Ingatlah untuk sama-sama memudahkan urusan semua pihak"

    ReplyDelete
  3. Memang, terkadang kalo sudah deadline bikin sakit kepala. Takut tidak bisa menyelesaikannya

    ReplyDelete
  4. Orang yg masak campak2 ni selalunya sedap masakannya!

    ReplyDelete
  5. bdk2 kalo ada menu ayam ...cukup dh depa berbuka puasa slalunya....psl deadline tu mmg bgs sbb kalo tkde deadline nanti kerja bole jd delay

    ReplyDelete
  6. deadline ni diadakan utk disiplinkan kita
    sy dah penah berdepan dgn peraturan yg x de deadline
    sakit kepala oiiii
    dah mcm pengemis pun yaaa....

    ReplyDelete
  7. deadline ni perlu wujud supaya kita dapat susun kerja2 kite untuk disiapkan sebaik2nya.. jgn buat last minit kan.. nti spt sampah layaknye.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni dah buat awal tapi bila ada yang melambatkan itu yang rasa nak bertukar. At the end kita juga yang kena.

      Delete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...