Aku mimpi boss lagi kerap dari mimpi crush 😭😭 bangun tidur rasa ada kerja belum buat. Bukan setakat itu je, sampai terngiang-ngiang suara dia dalam kepala aku ni.
- Status seorang pekerja -
Aku masih ada rasa hormat walau hati memberontak marah.
Kau sejenis yang suka mengadu di dalam socmed bila ada kerja yang tak menepati piawaian mata kau. Nak play victim kononnya kau mangsa keadaan berdasarkan status yang kau buat.
Kronologi Status Seorang Pekerja.
08 Mac 2024 - Jumaat
Petang:
Aku tengah berhadapan dengan kesesakan jalan raya, kau mesej aku. Aku dahlah struggle nak cepat sampai rumah, dengan penat lagi. Aku pun salah, baca mesej tu buat apa.
09 Mac 2024 - Sabtu
Kau mesej lagi, waktu aku baru nak makan tengahari. Lagi sekali aku silap, patut makan dulu, layan mesej tu kemudian. Terus hilang selera nak makan. Kau ni kan.. 🤔
Apa² maklumat berkaitan kerja, aku boleh bagi tapi kena tunggu hari Isnin. Maklumat tu pula dari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Sepenting mana sekali pun maklumat yang kau nak tu, kau kena tunggu. Hujung minggu apa yang kau boleh harapkan dari aku.
Hari Jumaat, ada cukup masa untuk aku carikan maklumat yang kau minta tapi kenapa mesti selepas waktu bekerja baru kau minta. Last minute pulak tu. Gila macam ni..! Sebab tu ada pegawai lain yang sampai jumpa psikiatri.
Seperti di dalam entry di SINI..
Kita ikutkan je, kita tak sakit hati. If we argue with him, nanti jadi panjang. Baik jangan! Kau jangan mengamuk, jangan marah-marah, kau kena tenang je sebab kau mengamuk pun tak guna, orang memandang. Walaupun benda tu kita betul, dia salah tapi orang lain yang tengok, 'alah dia ni..'
Semalam.. 10 Mac 2024 - Ahad
Pagi..
Membeli barang basah di pasar di sini. Hari ni ramai orang, jalan sesak mungkin sebab ramai nak beli barang keperluan untuk menyambut Ramadan.
Walau dah pukul 10 pagi tapi jalan masih sesak lagi.
Laksa - air tangan en. Hubby
11 Mac 2024 - Isnin
Cerita SINI..
Menjadi kebiasaan, hari pertama anak-anak kembali ke sekolah, aku akan mengambil cuti rehat tetapi tidak kali ini. Dak Adik dah besar, dak Nuha sedang membesar dan kebetulan dak Kakak belum kembali ke luar negeri, jadi takde apa yang perlu aku risaukan. Aku kena kerja dek tugasan last minute yang diminta - 'nak guna hari Selasa'.
Hari ini.. 12 Mac 2024 - Selasa bersamaan 1 Ramadan 1445H
Anak-anak tak banyak ragam waktu bersahur, makan apa yang aku masak. Deme sendiri yang tak nak makan masakan yang berat, 'makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan'.
Selamat Menyambut Ramadan buat semua. Moga rutin harian kita dipermudahkanNYA.
#RemajaPurba: Sabar itu indah walau hakikatnya nak marah.
yeszaa...linda lagi deal dengan penghuni asrama...selalu nya kalau wasap tgh malam @ wikend, memang ku tak baca,,,hahaha...
ReplyDeleteselamat berpuasa juga...
linda sahur td pun, buat roti sosej je utk anak2...kitorg tak reti makan nasi sesubuh hari...kikiki
setakat ni anak-anak belum nak makan nasi waktu sahur.
DeleteMbak, cerita aktivitas kerjanya...haduh punya boss yang super cerewet ya dengan tugas. Tugas ini, tugas itu harus segera selesai, belum lagi tugas yang last minutes itu... Saya mengalaminya saat dulu masih bekerja, Mbak.
ReplyDeleteMbak, selamat menjalankan ibadah puasa di bulan suci Ramadan ini.
Mohon maaf lahir dan batin.
Salam,
Pernah alaminya...
ReplyDeleteSabar itu indah.
Datang sini ternampak pulak laksa yang memang feveret ni. Hehe
ReplyDeletebetul. Bila melibatkan hal kerja limitkan masa terutama bila waktu rehat/cuti. Jaga diri emosi dulu sebelum orang lain
ReplyDeleteBetul tu jawapan mudah ialah bersabar je lah.. tapi tu lah bersabar pun ada limit kan.. kalau sabtu pun kacau org mmg tak betul la sgt tu..
ReplyDelete