26 Mac 2024 - Selasa (15 Ramadhan 1445H)
Enam tahun yang lepas, pada tarikh ini aku telah melapor diri di tempat kerja di lokasi yang baru di sini. Awalnya aku 'culture shock' sebab jauh dari rumah. Ketika itu, aku terpaksa ketepikan perkara yang menjadi kebiasaan aku.
InsyaAllah, tak lama lagi akan bertukar tempat pula. Suka atau tidak, mahu atau tidak, pertukaran ini tetap akan berlaku. Moga semua urusan dipermudahkanNYA.
Tarikh ini juga merupakan tarikh kelahiran Mak aku.
Mak yang masih kuat bekerja menguruskan rutin harian di kampung.
Mak yang semakin dimamah usia.
Maafkan kami Mak tidak dapat bersama hari ini meraikan ulangtahun kelahiran Mak.
Doa kami dari jauh buat Mak di kampung.
Selamat Hari Lahir buat Mak.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan.
Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻
SELAMAT HARI LAHIR buat Mak..
Happy Birthday to you..
#RemajaPurba: ...
selamat hari lahir utk bondanya, semoga diberi kesihatan berpanjangan...aamin
ReplyDeleteAamiin..
DeleteTerima kasih Linda
Selamat Hari Lahir Buat Mak Aiza...
ReplyDeleteTerima kasih SA
Deleteselamat hari lahir buat mak. moga sihat-sihat hendaknya aminnn
ReplyDeleteAamiin.. InsyaAllah..
Deleteselamat hari lahir mak cik
ReplyDeletemudah-mudahan sentiasa sihat selalu
aminnn
Aamiin.. InsyaAllah..
DeleteSelamat Hari Lahir buat Mak. Moga sihat, dilindungi Allah sentiasa.
ReplyDeleteAamiin..
DeleteTerima kasih Mulan
selamat hari lahir untuk mak tercinta.. semoga mak diberikan kesihatan yg baik dan rezeki yang sentiasa mengalir.. ameennnnn
ReplyDeleteAamiin.. Aamiin.. Aamiin..
DeleteTerima kasih LadyBird