08 Mac 2024 - Jumaat
Bunga-bunga kecil di padang janganlah dipijak sembarangan.
Ianya cantik, ada bauan, ada khasiat dan tinggi nilainya. Ianya hidup dan memberi manfaat.
di SINI..
Silent treatment?
Aku akan gunakan bila malas nak argue sebab argue banyak mana pun tak guna. Sia-sia semua tu, jadi lebih baik diam sampai hati dah tenang dan baik sendiri.
Biar dia belajar dari kesilapan dia sendiri. Orang yang tak boleh ditegur berkenaan kerja dia, aku biarkan je. Ini nama kita mengajar orang. Nak sangat.. Ha..! Amik. Bila dia tak boleh terima pandangan orang, sedangkan hakikatnya dia tahu pandangan orang itu lebih baik dari apa yang dia buat sekarang tapi dia tak mahu terima.. takpe. Jangan bangkang walaupun sebenarnya dia yang salah dan segala bukti jangan buang, simpan untuk rujukan kemudian hari.
Kita ikutkan je, kita tak sakit hati. If we argue with him, nanti jadi panjang. Baik jangan! Kau jangan mengamuk, jangan marah-marah, kau kena tenang je sebab kau mengamuk pun tak guna, orang memandang. Walaupun benda tu kita betul, dia salah tapi orang lain yang tengok, 'alah dia ni..'.
Reputasi kita jadi tak cantik di mata orang walaupun sebenarnya kita benar dalam perkara tu. Ni apatah lagi kau nak melawan dia. Dia akan pusing-pusing cerita, akhirnya nampak kau yang salah. Kau percayalah cakap aku.
Bila anak buah ingin bertukar tetapi bos tidak izinkan..
Hello Boss - Dee
'Bos, macam mana permohonan saya untuk bertukar ke jabatan lain..? Bos luluskan ke tidak..?'
'Permohonan tak diluluskan sebab you diperlukan di sini'.
'Alaaa.. tolonglah bos luluskan permohonan saya tu.. tolonglah saya menangis, merayu pada bos ni.. saya tak tahan kerja bawah bos.. tolonglah bossku..!'
'Apalah you ni Li, pergi kat jabatan lain, I juga bos kamu.. memang you tak boleh lari mana'.
'Permohonan tak diluluskan sebab you diperlukan di sini'.
'Alaaa.. tolonglah bos luluskan permohonan saya tu.. tolonglah saya menangis, merayu pada bos ni.. saya tak tahan kerja bawah bos.. tolonglah bossku..!'
'Apalah you ni Li, pergi kat jabatan lain, I juga bos kamu.. memang you tak boleh lari mana'.
Akhirnya.. bila kau rasa diri kau hampir hilang sabar, cuba kau renungkan ini..
'Fikirkan betapa sabarnya Allah bersama kita sepanjang masa..'
#RemajaPurba: Silent speak when words can't..
Ye kak, Cuya kalau dah marah sangat CUya diam je...
ReplyDeleteCakap dengan orang tu kalau lagi lawan, rasa macam orang bodoh je cakap dengan dia.
Buang masaa ... biarlah dia sorang je bodoh, asalkan CUya tak . hahahhaa