16 Mac 2024 - Sabtu
Rasa penat dan tak cukup tenaga sepanjang minggu menyebabkan aku tidak mahu keluar ke mana². Aku ingin berehat sahaja di rumah.
Selepas Subuh, ku mulakan projek menukar pembalut buku teks sekolah dak Adik dek kerana dak Adik baru terima buku teks. Buku teks sekolah dak Nuha dah selesai hujung tahun lepas lagi. Menjadi rutin aku setiap kali anak-anak menerima buku teks dari pihak sekolah. Juga setiap kali sesi pemulangan buku teks, wajib untuk aku menukar pembalut yang baru untuk digunakan oleh murid/pelajar seterusnya.
Setiap tahun pihak sekolah akan meminta ibubapa untuk menukar pembalut buku teks sekiranya rosak tetapi masih ada yang tidak melakukannya.
Aku..?
Terima buku teks tersebut, buka pembalutnya dan tukar dengan pembalut baru. Disebabkan inilah, pembalut buku sentiasa ada di rumah. Dari dak Kakak, dak Adik hinggalah dak Nuha, begitulah rutin aku. Begitu juga dengan buku-buku kerja/aktiviti yang dibeli di koperasi sekolah tetap berbalut kemas, kecuali buku tulislah.
Buat ibubapa yang terima buku teks anak-anak aku, bersyukurlah kerana aku telah memudahkan tugas kalian. Jimat duit tak perlu membeli pembalut buku yang baru. Jenama yang sama aku gunakan sejak bertahun lamanya. Aku tak berkira cuma aku tak suka + rimas dengan keadaan buku-buku teks yang anak-anak aku terima. Jadi, tak perlu risau, kalian insan bertuah.
Buat yang mungkin berkata, 'tidak sempat', 'terlupa', 'tak mampu', 'tak kisah dengan arahan dari pihak sekolah'.. itu antara mereka dan pihak sekolah. Bahagian aku - selesai.
17 Mac 2024 - Ahad
Selamat Ulangtahun..
Blog MakBudak a.k.a RemajaPurba
Pagi..
Membeli barang keperluan untuk digunakan pada minggu seterusnya. Rutin harian berjalan seperti biasa tapi untuk menu berbuka hari ini, en. Hubby yang masak atas permintaan MakBudak. Masak mudah je, tomyam ayam dan telur dadar.
#DonePuasa untuk hari ini. Alhamdulillah.
18 Mac 2024 - Isnin
Sepatutnya aku cuti hari ni tetapi dek tuntutan kerja, kenalah tunggu tarikh lain untuk bercuti. Minggu ni myBoss tumpang aku ke tempat kerja. Moga rutin harian kami dipermudahkanNYA.
#RemajaPurba: ...
sama macam Linda..memang sebulan nie kerja nya asyik membalut buku aje..kikiki
ReplyDeleteKalau buku teks cantik berbalut, anak2 pun suka menggunakannys
ReplyDeleteitu lah ingat dah habis balut buku ni, sekali enida bw balik buku kafa ..kna sambung balut la
ReplyDeleteAlhamdulillah, ldy dah selesai balut buku2.. penat.. seharian fokus balut buku sehingga habis.. :D
ReplyDeleteKalau pembalut bukunya masih elok, biarkan je. Kalau cam belacan saya tukar tapi kebanyakkan buku Dania baru sebab first batch silibus baru kat sek ren dan sek men.
ReplyDeleteSi kembar tu dapat buku teks ntah apa2, ada yang kulit dah xde dan ada plak yang dah lunyai...tanya pihak sekolah x boleh ke ganti lain..eh...dia suruh kita beli plak...ko dh kenapa...
ReplyDelete