Followers Remaja Purba

Friday, March 29, 2024

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN dan BEKALAN AIR


Bekalan air dah mula ada sejak tengahari 27 Mac 2024 seperti di SINI.. Namun, tekanan air masih lagi rendah kerana air belum naik hingga ke tangki utama rumah. Tangki hampir kering tapi dak Kakak dapatlah tadah air sebagai back up andai kata tiba-tiba terputus kembali. 


28 Mac 2024 - Khamis (17 Ramadan 1445H)
Cuti umum - Hari Nuzul Al-Quran

Bangun sahur, masih lagi tiada air di dalam tangki utama. Nak tadah air..? Bukan air bersih yang keluar. Mesin penapis air, awal lagi aku tutup, hanya ku buka bila air kembali jernih. Hampir tengahari baru air memasuki ruang tangki utama rumah tapi dia punya warna - oren berkarat.

'Ibu, boleh ke cuci muka guna air tangki ni?' Adu dak Nuha.
'Nuha guna air yang kakak tadah tu'. Nasib baiklah masih ada air simpanan.

Basuh baju? 
Lewat petang sebelum berbuka baru basuh, selepas yakin bukan air berwarna yang keluar. Alhamdulillah.. lega, air dah kembali pulih dan tidak lagi berwarna.

Malam..
Hujan lebat tapi sekejap, 'hujan lalu je ni'.. Terasa bahang kembali selepas itu.


29 Mac 2024 - Jumaat (18 Ramadan 1445H)

Pagi ini.. Sahur.. 
Masih ada beberapa rumah jiran yang mengalami tekanan air rendah yang mana hanya di pili luar rumah yang ada. Kena mengangkut air dari luar ke dapur tambahan pula tangki air utama dah kering. Aduan telah dibuat dan moga semuanya selesai secepat mungkin, memandangkan hari ini telah memasuki hari keempat.


Sedikit catatan berkaitan PERISTIWA NUZUL AL-QURAN.

Nuzul Al-Quran membawa maksud: Penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW. Antara tujuan Al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandungannya sebagaimana firma Allah SWT:

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahail Muhammad), - Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah As-Sad: 29) di SINI..


Apa itu Nuzul Al-Quran?
Peristiwa pertama kali diturunkan ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan berterusan secara berperingkat sehingga menjadi lengkap.

Bila?
Kali pertama berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan ketika usia Nabi Muhammad SAW 41 tahun.

Di mana?
Berlaku ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira'.

Tempoh penurunan?
Secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Apakah ayat pertama yang diturunkan?
Ayat Al-Quran yang mula-mula Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah Ayat 1 - 5, Surat Al-'Alaq.


#RemajaPurba: ..

Wednesday, March 27, 2024

GANGGUAN BEKALAN AIR SEJAK SEMALAM


26 Mac 2024 - Selasa (15 Ramadan 1445H)

Ketiadaan bekalan air umpama mimpi ngeri. Dengan tiada simpanan air untuk waktu kecemasan menambah rasa cemas di hati. Hanya mengharapkan air tangki sedia ada untuk kegunaan harian.

Berdasarkan maklumat, terdapat paip pecah di tengah jalan utama nun di sana hingga memaksa pihak berkenaan terpaksa menutup sementara bekalan air. Radius penutupan air juga besar sehingga kawasan perumahan aku turut terjejas sama.

awal pagi..

- sumber en. Google -

Jalan raya menjadi sesak luarbiasa. Bertabahlah buat semua.


Berbuka puasa..
'Ibu, kita ni dah macam pergi picnic kan?'
Berbeza kali ini kerana kami menggunakan pinggan dan cawan pakai buang.
'Takpelah, sekurang-kurangnya kita dapat menjimatkan penggunaan air'.

Menjadi kenangan berbuka puasa pada kali ini.


27 Mac 2024 - Rabu (16 Ramadan 1445H)

Bersahur pagi tadi, hanya menyediakan menu ringkas bagi mengimbangi penggunaan air dari berlebihan. Mengambil langkah berjaga-jaga supaya tangki air sedia ada tidak cepat kering.

Dak Kakak sentiasa update situasi semasa air di rumah dan tengahari tadi bila dak Kakak bagitahu bekalan air dah mula ada walaupun kecil, terus ku pesan untuk menadah air sebagai back up

Alhamdulillah.. dah boleh bertenang.

#RemajaPurba: ...

Tuesday, March 26, 2024

SELAMAT HARI LAHIR MAK (26 Mac 2024)


26 Mac 2024 - Selasa (15 Ramadhan 1445H)

Enam tahun yang lepas, pada tarikh ini aku telah melapor diri di tempat kerja di lokasi yang baru di sini. Awalnya aku 'culture shock' sebab jauh dari rumah. Ketika itu, aku terpaksa ketepikan perkara yang menjadi kebiasaan aku. 

InsyaAllah, tak lama lagi akan bertukar tempat pula. Suka atau tidak, mahu atau tidak, pertukaran ini tetap akan berlaku. Moga semua urusan dipermudahkanNYA.


Tarikh ini juga merupakan tarikh kelahiran Mak aku.
Mak yang masih kuat bekerja menguruskan rutin harian di kampung.
Mak yang semakin dimamah usia.
Maafkan kami Mak tidak dapat bersama hari ini meraikan ulangtahun kelahiran Mak.
Doa kami dari jauh buat Mak di kampung.


Selamat Hari Lahir buat Mak.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan.
Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻


SELAMAT HARI LAHIR buat Mak..
Happy Birthday to you..


#RemajaPurba: ...

Friday, March 22, 2024

DEADLINE bagus untuk dijadikan panduan


21 Mac 2024 - Khamis (11 Ramadan 1445H)

Aku tiada gambar untuk aku kongsikan di sini tapi berbuka semalam, en. Hubby inginkan cencaru goreng sumbat sambal kelapa. Gigih mencari di kedai dan gigih en. Hubby memasaknya walaupun sampai rumah agak lewat.

Aku..?
Masak juga tapi menu campak-campak dan yang mudah tapi kalau nak makan masakan ala-ala menu kenduri, aku lebih suka request pada en. Hubby nak makan apa.. ☺️

Anak-anak..?
Menu wajib ada - AYAM.. tanpa ayam, tak kenyang deme tapi semalam tiada ayam. Sesekali ikut selera Babah dan MakBudak pula.


22 Mac 2024 - Jumaat (12 Ramadan 1445H)

Sahur pagi tadi, dak Kakak yang masak. Aku tak boleh nak buat kerja dengan pantas sebab tak boleh nak angkat tangan atau pegang benda berat. Terima kasih Kakak sebab tolong ibu pagi tadi.

Pandu kereta pun rasa tak selesa sebab aku tak pandai nak pegang stereng menggunakan tangan kanan. Rasa tak yakin waktu memandu berbanding menggunakan tangan kiri.


Hari ni..
Aku nak kongsikan kata-kata disebalik huruf-huruf DEADLINE
v   Deadline bagus untuk dijadikan panduan
v   Endah bagi orang yang terkena patuh padanya
v   Ada masa menyukarkan apabila tugas perlu diKIV
v   Dipendekkan cerita semua kena sedia bekerjasama
v   Level atas level bawah kena berharmoni untuk sama tujuan
v   Ingatlah untuk sama-sama memudahkan urusan semua pihak
v   Nyaman rasanya kalau urusan orang selesai atas sumbangan kita
v   Elok difahami deadline bukan untuk sakit kepala tetapi mudahkan semua 😃

      - credit to umizahan my colleagues -


'Elok difahami deadline bukan untuk sakit kepala tetapi mudahkan semua'
Deadline ini bukan mengikat seseorang sahaja, ada bos ada pekerja biasa. Dalam proses sesuatu kerja akan melibatkan dua tiga level. Malangnya level paling bawah yang selalu jadi mangsa seluruh keterlewatan. Perbuatan menyalahkan pekerja biasa ini memang satu daripada kemahiran-kemahiran sebagai bos. Sikap begitu keterlaluan dan menjadi tanda sama ada seseorang itu adakah ketua yang dihormati atas ketinggian akhlak atau dijauhi atas kerendahan adab.

Bukan sekali atau dua kali terjadi tetapi tidak cuba untuk memahami.
Proses kerja terganggu dan menyukarkan pergerakan.
Dia yang delay, kita pula terjerat sama.

#RemajaPurba: ...

Thursday, March 21, 2024

LUPA MASAK NASI UNTUK BERBUKA


20 Mac 2024 - Rabu (09 Ramadan 1445H)

Kisah petang semalam..

'Kakak dah masak nasi belum?'
Aku ingatkan dia dah tutup plug periuk nasi, tapi rupanya dia terlupa nak masak. Makanya, waktu berbuka kami makan side dish yang ada sementara nak tunggu nasi masak. 

Lupa masak nasi untuk berbuka..
Sebenarnya dak Kakak ada kelas sampai ke petang, terlupa nak masak sebab biasa aku yang masak nasi. Aku pula lewat sampai rumah, dekat pukul 18:45 sebab ambil en. Hubby di tempat kerja. Takpelah kakak.. jadikan kenangan berpuasa untuk tahun 2024 ni.


21 Mac 2024 - Khamis (10 Ramadan 1445H)

Sakit bahu sebelah kiri.
Aku rasa sebab salah posisi tidur dan hari ni hari kedua masih belum baik lagi. Dahlah bergantung harap pada tangan kiri sebab left-handed.

Hari ni aku cuba nak BLOGWALKING..
Moga aku berjaya singgah dan meninggalkan jejak MakBudak nanti.
Salam perkenalan buat mereka yang baru singgah di sini.

#RemajaPurba: Belum hilang sakit bahu ni.

Wednesday, March 20, 2024

Bekalan Elektrik dan Sesi Fotografi


19 Mac 2024 - Selasa

Malam..
Sedang menggosok baju sekolah anak-anak, tiba-tiba gelap, tak nampak apa. Laju anak² keluar dari dalam bilik deme, takutler tu.. 🤣 MakBudak kenalah buat berani supaya anak-anak tak makin takut.

'Ibu, semua takde elektrik'.
'Aduhai kenapa pula kali ni agaknya?'

Selain dari kawasan perumahan kami, hampir beberapa tempat di kawasan berhampiran juga tiada bekalan elektrik. 

Pukul 9:30 malam tadi

Bergelap semuanya.
Anak-anak semua di luar rumah, dalam rumah hangat berbahang.

Dalam menunggu bekalan elektrik kembali pulih, sempat aku tidur sekejap. Panas membahang ku tak peduli sebab aku penat. Alhamdulillah, hampir tengah malam, bekalan elektrik kembali pulih dan terus sambung kerja yang tergendala. Lega..


20 Mac 2024 - Rabu (9 Ramadan 1445H)

Pagi tadi, lori Generator set (Genset) TNB standby di lokasi untuk pastikan bekalan elektrik pulih sepenuhnya.


Hari ini..
Bila berpuasa ni, mulalah rambang mata dengan pelbagai jenis hidangan yang bertebaran di socmed. Teringin dah macam orang mengandung trimester pertama rupanya.

Asal kejadiannya begini..
tetikus/mouse

tapi aku bayangkan begini..
Buah Mangga


Petang ini..
Sesi fotografi akan diadakan di tempat kerja aku untuk digunakan di dalam laporan tahunan 2023. Alhamdulillah.. syukur bajuku bergosok elok.. 😆

#RemajaPurba: ...

Tuesday, March 19, 2024

KENA PINDAH TEMPAT DUDUK


Kisah dak Nuha di sekolah.

Dulu, ketika dia berada di tahun satu, hari pertama sesi persekolahan di sini, dia orang pertama tiba di dalam kelasnya. Dia sendiri pilih tempat duduk di barisan hadapan berhampiran tingkap berhadapan pula dengan meja cikgu.

Tapi bila balik sekolah dia mengadu, cikgu tukarkan dia tempat duduk, duduk di bahagian belakang sekali. Alasan cikgu, dia tinggi dan besar menghalang pandangan. Bukan besar sebab obesiti tapi besar dek baka kami. Sedih pulak aku, dak Nuha bersemangat nak duduk depan tapi cikgunya tukarkan pulak tempatnya. 

Hinggalah sekarang..
Tiap kali bertukar kelas, baik di sesi pagi dan petang, dak Nuha sendiri yang akan pilih tempat duduk di bahagian belakang. Hanya disebabkan alasan cikgu kelasnya dulu, 'Nak buat macam mana ibu, dah Nuha tinggi, kawan-kawan pulak kecik'.

Namun..
Pada sesi persekolahan kali ini, bila ku bertanya pilihan tempat duduk di dalam kelas.. 'Macam biasalah ibu tapi takpe ibu, dalam kelas Nuha pilih tempat duduk bawah kipas..' 😆 

Tak apalah Nuha.. depan atau belakang, cikgu tetap nampak. Paling penting, fokus belajar. Moga dak Nuha tenang-tenang je dan begitu juga dak Adik. Kedua-duanya akan berhadapan peperiksaan penting pada tahun ini.

#RemajaPurba: ..

Monday, March 18, 2024

Buku Teks Sekolah


16 Mac 2024 - Sabtu

Rasa penat dan tak cukup tenaga sepanjang minggu menyebabkan aku tidak mahu keluar ke mana². Aku ingin berehat sahaja di rumah. 

Selepas Subuh, ku mulakan projek menukar pembalut buku teks sekolah dak Adik dek kerana dak Adik baru terima buku teks. Buku teks sekolah dak Nuha dah selesai hujung tahun lepas lagi. Menjadi rutin aku setiap kali anak-anak menerima buku teks dari pihak sekolah. Juga setiap kali sesi pemulangan buku teks, wajib untuk aku menukar pembalut yang baru untuk digunakan oleh murid/pelajar seterusnya. 

Setiap tahun pihak sekolah akan meminta ibubapa untuk menukar pembalut buku teks sekiranya rosak tetapi masih ada yang tidak melakukannya.

Aku..?
Terima buku teks tersebut, buka pembalutnya dan tukar dengan pembalut baru. Disebabkan inilah, pembalut buku sentiasa ada di rumah. Dari dak Kakak, dak Adik hinggalah dak Nuha, begitulah rutin aku. Begitu juga dengan buku-buku kerja/aktiviti yang dibeli di koperasi sekolah tetap berbalut kemas, kecuali buku tulislah. 

Buat ibubapa yang terima buku teks anak-anak aku, bersyukurlah kerana aku telah memudahkan tugas kalian. Jimat duit tak perlu membeli pembalut buku yang baru. Jenama yang sama aku gunakan sejak bertahun lamanya. Aku tak berkira cuma aku tak suka + rimas dengan keadaan buku-buku teks yang anak-anak aku terima. Jadi, tak perlu risau, kalian insan bertuah.

Buat yang mungkin berkata, 'tidak sempat', 'terlupa', 'tak mampu', 'tak kisah dengan arahan dari pihak sekolah'.. itu antara mereka dan pihak sekolah. Bahagian aku - selesai. 


17 Mac 2024 - Ahad

Selamat Ulangtahun..
Blog MakBudak a.k.a RemajaPurba

di SINI..

Pagi..
Membeli barang keperluan untuk digunakan pada minggu seterusnya. Rutin harian berjalan seperti biasa tapi untuk menu berbuka hari ini, en. Hubby yang masak atas permintaan MakBudak. Masak mudah je, tomyam ayam dan telur dadar.

#DonePuasa untuk hari ini. Alhamdulillah.


18 Mac 2024 - Isnin

Sepatutnya aku cuti hari ni tetapi dek tuntutan kerja, kenalah tunggu tarikh lain untuk bercuti. Minggu ni myBoss tumpang aku ke tempat kerja. Moga rutin harian kami dipermudahkanNYA. 

#RemajaPurba: ...

Sunday, March 17, 2024

Ulangtahun Blog MakBudak a.k.a RemajaPurba


Entry pertama pada 17 Mac 2009 di SINI..
Aku simpan sini sebagai kenangan dan selagi wujudnya blog MakBudak ini.


17 Mac 2024 - Ahad (5 Ramadan 1445H)

Selamat Ulangtahun..
Blog MakBudak a.k.a RemajaPurba

Semakin Purba blog ni rupanya. Tiada yang menarik, sekadar catatan peribadi untuk dijadikan kenangan. Awalnya, blog ini wujud kerana dak Adik dan selepas keadaan dak Adik semakin baik dan bertambahnya ahli keluarga - dak Nuha, makin berkembang entry di sini.

Bagaimana cara aku mengendalikan blog ini?
Aku belajar dari pemerhatian dan juga banyak bertanya pada en. Google. Dari segmen yang dibuat oleh blogger Ben Ashaari dulu, aku dapat mengenali beberapa orang blogger di dunia realiti. 

Jana pendapatan?
Aku tidaklah sampai ke tahap itu, sekadar untuk menyimpan kenangan bersama keluarga selain dari meluah rasa. 

Anonymous..?
Aku pernah menerima komen tanpa nama di SINI.. Biarkan dia.. dia bukan sesiapa. Whatever makes you feel bad, leave it. Whatever makes you smile, keep it.

 'Don't block all your haters, leave 1 or 2. Somebody gotta report back to the headquarters'. - X -

Aku..?
Tahun 2024 ni.. #Tenang-tenang je..

#RemajaPurba: ...

Friday, March 15, 2024

RANGUP DI LUAR, MANIS DI DALAM


15 Mac 2024 - Jumaat

Sejak Disember 2023 yang lepas di SINI, aku dan myBoss bergilir-gilir bawa kereta ke tempat kerja. Minggu ini turn myBoss yang bawa kereta dan aku pernah bagitahu pada myBoss.. 'Kalau boss balik awal, saya nak ikut sekali sebab saya tumpang boss'

Tengahari tadi,
MyBoss terpaksa balik awal kerana anaknya tidak sihat. Aku pun terpaksa ikut balik sekali. 'Ada hikmah kita dapat balik awal hari ni, tak payah hadap jalan raya sesak teruk balik kerja nanti'. Waktu balik kerja hari Jumaat, biasanya di luar jangka. Boleh menjadi sesak luar biasa.

Di rumah.. berehatlah sekejap sementara nak tunggu masuk waktu untuk bergelar Makcik Kantin di dapur. Sementara itu..

Anggur
Rangup di luar, Manis di dalam

Dalam waktu macam ni, tengok apa pun nampak sedap. Sabar ye perut, tunggu waktu berbuka nanti.

#RemajaPurba: ...

Thursday, March 14, 2024

HARGA MINYAK TURUN?


13 Mac 2024 - Rabu

Ada berita mengatakan harga minyak turun?
Harga minyak mana nak turun tapi aku dah biasa bab minyak turun naik ni sebab di rumah minyak sentiasa turun - dari dalam botol masuk dalam kuali.. 😆 Minyak kereta pun sama, sentiasa turun memandangkan jarak perjalanan aku ke tempat kerja agak jauh. Minyak masak di rumah dan minyak kereta akan naik bila dah tinggal sedikit.

'Babah, minyak masak habis'.
'Abang, minyak kereta habis'.
Urut dada, usap kepala en. Hubby dibuatnya. 'Dah habis, pergilah beli'

Aku..?
Bila en. Hubby tiada, boleh je buat itu ini tanpa mengharapkan bantuan. Bukan main gagah lagi tapi bila en. Hubby ada, automatik terus jadi tak pandai. Bab masak lagilah, mula merengek manja request nak makan apa.

Menu berbuka semalam, biasa-biasa je buat kami yang biasa-biasa ni. Tak guna minyak bukan sebab dah habis tapi lauk dah tersedia, hanya tinggal nak panaskan. Sebelum puasa, en. Hubby dah siapkan pes masakan, hanya gunakan pes yang ada untuk masak. Kerja jadi mudah dan tak perlu bersilat lama di dapur. 


14 Mac 2024 - Khamis

Malam tadi en. Hubby kena outstation, maka sahur pagi tadi hanya ditemani oleh anak-anak. Menu ringkas, sekadar untuk memberi tenaga di siang hari.

Aku..?
Mood di waktu siang di dalam bulan Ramadan
- sumber en. X -

Pagi ini, ada meeting yang perlu aku hadiri. Moga tidaklah aku menjadi seperti anak kucing itu nanti.. 🤣

#RemajaPurba: ...

Wednesday, March 13, 2024

Hari Pertama Berpuasa dan Lemang Pre-Ramadan


12 Mac 2024 - Selasa

Hari pertama berpuasa di bulan Ramadan berjalan dengan baik. Dak Nuha pun tak merengek cuma penat ditambah cuaca panas 'tapi takpe ibu, dalam kelas Nuha pilih tempat duduk bawah kipas'.. 😆 

Bulan Ramadan ni, pihak pengurusan tempat kerjaku memberi kebenaran balik setengah awal dari waktu bekerja. Jalan sesak itu biasa tapi makin sesak bila dah masuk jalan kampung. Bertembung dengan mereka nak ke bazaar, budak balik sekolah, Mak Pak Budak balik kerja. Masing-masing nak bersilat di dapur, tak nak kelam-kabut. Aku tak risau sangat sebab puasa kali ni, dak Kakak belum kembali ke luar negeri jadi aku ada back up plan kalau aku lambat sampai rumah. 

Hidangan untuk berbuka puasa pun tidaklah mewah mana, cukup sekadar 'makan untuk hidup bukan hidup untuk makan'. Alhamdulillah, anak-anak kenyang ibu senang hati. Waktu berbuka en. Hubby tak sempat bersama dek tuntutan kerja hakiki. Terawih kali ni, dak Adik ke masjid bersama kawannya. Seronok dia.

Ini pula kisah dua minggu lepas..
Lemang team #HaluanKiri

Projek membakar lemang bagi menyambut bulan Ramadan telah dibuat pada petang 02 Mac 2024, Sabtu lepas. Sebanyak tiga batang seorang berserta rendang ayam telah diagihkan sesama deme. Anak-anak tak teruja sebab bukan Babah deme yang masak.

Aku..?
Alhamdulillah rezeki dan sempat ku bisikkan pada en. Hubby:
'Nak abang yang buat lemang ni, tak nak orang lain buat'.
'Nantilah, tunggu dekat raya nanti, abang buatkan'.

Hampir setiap tahun pada malam raya, en. Hubby akan membakar lemang untuk dibawa balik kampung. Kalau ada tempahan pun, tak banyak. Buat pun sekadar suka-suka bukan untuk berniaga sepanjang raya.


Bunga dari satu majlis di tempat kerjaku tapi tiada tulip.
'Tak dapat bunga tulip dapat bunga kantan pun boleh buat aku senyum gembira'.


Hari ini:
13 Mac 2024 - Rabu

Aku will be like..?
Makcik Kantin akan menukar masa operasi dari makan tengahari ke waktu berbuka dan Warden di waktu sahur.

Paling susah watak Warden, ni awal² memasing elok je ikut disiplin. Bila dikejut, senang je. Tunggu dua minggu lagi, lagi² dekat nak raya nanti, jangan kata anak², Babah Budak pun sama liat nak bangun sahur. 🤣

Aku..? 
Nak je ku mohon watak guru disiplin nanti.

#RemajaPurba: ...

Tuesday, March 12, 2024

STATUS SEORANG PEKERJA dan 1 Ramadan 1445H


Aku mimpi boss lagi kerap dari mimpi crush 😭😭 bangun tidur rasa ada kerja belum buat. Bukan setakat itu je, sampai terngiang-ngiang suara dia dalam kepala aku ni. 
- Status seorang pekerja -

Aku masih ada rasa hormat walau hati memberontak marah.

Kau sejenis yang suka mengadu di dalam socmed bila ada kerja yang tak menepati piawaian mata kau. Nak play victim kononnya kau mangsa keadaan berdasarkan status yang kau buat.


Kronologi Status Seorang Pekerja.

08 Mac 2024 - Jumaat
Petang:
Aku tengah berhadapan dengan kesesakan jalan raya, kau mesej aku. Aku dahlah struggle nak cepat sampai rumah, dengan penat lagi. Aku pun salah, baca mesej tu buat apa. 


09 Mac 2024 - Sabtu
Kau mesej lagi, waktu aku baru nak makan tengahari. Lagi sekali aku silap, patut makan dulu, layan mesej tu kemudian. Terus hilang selera nak makan. Kau ni kan.. 🤔

Apa² maklumat berkaitan kerja, aku boleh bagi tapi kena tunggu hari Isnin. Maklumat tu pula dari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Sepenting mana sekali pun maklumat yang kau nak tu, kau kena tunggu. Hujung minggu apa yang kau boleh harapkan dari aku. 

Hari Jumaat, ada cukup masa untuk aku carikan maklumat yang kau minta tapi kenapa mesti selepas waktu bekerja baru kau minta. Last minute pulak tu. Gila macam ni..! Sebab tu ada pegawai lain yang sampai jumpa psikiatri. 

Seperti di dalam entry di SINI..
Kita ikutkan je, kita tak sakit hati. If we argue with him, nanti jadi panjang. Baik jangan! Kau jangan mengamuk, jangan marah-marah, kau kena tenang je sebab kau mengamuk pun tak guna, orang memandang. Walaupun benda tu kita betul, dia salah tapi orang lain yang tengok, 'alah dia ni..'


Semalam.. 10 Mac 2024 - Ahad
Pagi..
Membeli barang basah di pasar di sini. Hari ni ramai orang, jalan sesak mungkin sebab ramai nak beli barang keperluan untuk menyambut Ramadan.

Walau dah pukul 10 pagi tapi jalan masih sesak lagi.

Laksa - air tangan en. Hubby


11 Mac 2024 - Isnin
Cerita SINI..
Menjadi kebiasaan, hari pertama anak-anak kembali ke sekolah, aku akan mengambil cuti rehat tetapi tidak kali ini. Dak Adik dah besar, dak Nuha sedang membesar dan kebetulan dak Kakak belum kembali ke luar negeri, jadi takde apa yang perlu aku risaukan. Aku kena kerja dek tugasan last minute yang diminta - 'nak guna hari Selasa'.  


Hari ini.. 12 Mac 2024 - Selasa bersamaan 1 Ramadan 1445H

Anak-anak tak banyak ragam waktu bersahur, makan apa yang aku masak. Deme sendiri yang tak nak makan masakan yang berat, 'makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan'.

Selamat Menyambut Ramadan buat semua. Moga rutin harian kita dipermudahkanNYA.

#RemajaPurba: Sabar itu indah walau hakikatnya nak marah.

Monday, March 11, 2024

Sesi Persekolahan 2024/2025 dan Ulangtahun Kelahiran


11 Mac 2024 - Isnin
Sehari sebelum menjelang Ramadan. 

Sesi Persekolahan bagi Tahun 2024/2025 sudah bermula. Selamat kembali ke sekolah buat semua. 
  • Aku tak cuti hari ni, anak-anak belajar berdikari.
  • Dak Adik dah besar, dak Nuha sedang membesar.
  • Paling penting anak-anak tak meragam, ibu tak bertukar rupa.

KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di Negeri:
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya


Hari ini juga..
Ulangtahun kelahiran ex pengasuh anak². Seorang pengasuh 👍 pernah aku jumpa. Bukan setakat anak² kena marah, MakBudak pun kena kalau buat salah. Adan uke.. 

Selamat Hari Lahir buat nek Mak Ani. 
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻

Happy Birthday to You.


Esok - 1 Ramadan 1445H.
Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik. InsyaAllah..

#RemajaPurba: ...

Friday, March 8, 2024

JADI ORANG BIAR BERADAB


08 Mac 2024 - Jumaat

Bunga-bunga kecil di padang janganlah dipijak sembarangan.
Ianya cantik, ada bauan, ada khasiat dan tinggi nilainya. Ianya hidup dan memberi manfaat.
di SINI..


Silent treatment?
Aku akan gunakan bila malas nak argue sebab argue banyak mana pun tak guna. Sia-sia semua tu, jadi lebih baik diam sampai hati dah tenang dan baik sendiri.

Biar dia belajar dari kesilapan dia sendiri. Orang yang tak boleh ditegur berkenaan kerja dia, aku biarkan je. Ini nama kita mengajar orang. Nak sangat.. Ha..! Amik. Bila dia tak boleh terima pandangan orang, sedangkan hakikatnya dia tahu pandangan orang itu lebih baik dari apa yang dia buat sekarang tapi dia tak mahu terima.. takpe. Jangan bangkang walaupun sebenarnya dia yang salah dan segala bukti jangan buang, simpan untuk rujukan kemudian hari.

Kita ikutkan je, kita tak sakit hati. If we argue with him, nanti jadi panjang. Baik jangan! Kau jangan mengamuk, jangan marah-marah, kau kena tenang je sebab kau mengamuk pun tak guna, orang memandang. Walaupun benda tu kita betul, dia salah tapi orang lain yang tengok, 'alah dia ni..'.

Reputasi kita jadi tak cantik di mata orang walaupun sebenarnya kita benar dalam perkara tu. Ni apatah lagi kau nak melawan dia. Dia akan pusing-pusing cerita, akhirnya nampak kau yang salah. Kau percayalah cakap aku.


Bila anak buah ingin bertukar tetapi bos tidak izinkan..
Hello Boss - Dee

'Bos, macam mana permohonan saya untuk bertukar ke jabatan lain..? Bos luluskan ke tidak..?'
'Permohonan tak diluluskan sebab you diperlukan di sini'.
'Alaaa.. tolonglah bos luluskan permohonan saya tu.. tolonglah saya menangis, merayu pada bos ni.. saya tak tahan kerja bawah bos.. tolonglah bossku..!'
'Apalah you ni Li, pergi kat jabatan lain, I juga bos kamu.. memang you tak boleh lari mana'.


Akhirnya.. bila kau rasa diri kau hampir hilang sabar, cuba kau renungkan ini..
'Fikirkan betapa sabarnya Allah bersama kita sepanjang masa..'

#RemajaPurba: Silent speak when words can't..

Wednesday, March 6, 2024

Rule of Work and Permanently Delete


06 Mac 2024 - Rabu

Jumpa status di socmed..
'Jangan add rakan sekerja di Facebook. Sebaik mana pun kita dengan boss, penyelia atau akak di HR, jangan sesekali accept friend requestOfficemates are NOT your friends. They are you colleagues and should stay that way. Jaga privacy.'

Sebenarnya aku terlupa yang aku punya satu akaun ni, tak pernah log out rupanya. Bila tengok, ramai pula yang send friend request di situ. Memandangkan tiada keperluan untuk aku teruskan penggunaan akaun itu, eloklah shut down terus. Permanently delete

Simpan sini sebagai panduan:

Delete your Facebook account through Accounts Centre
To permanently delete your account through Accounts Centre:
  1. Click your profile picture in the top right of Facebook.
  2. Select Settings & privacy, then click Settings.
  3. Click Accounts Centre in the top left of your screen.
  4. Click Personal details, under Account settings.
  5. Click Account ownership and control.
  6. Click Deactivation or deletion.
  7. Choose the account or profile that you want to delete.
  8. Select Delete account.
  9. Click Continue then follow the instructions to confirm.
- Maklumat lebih lanjut boleh tanya pada en. Google - 


Kenapa nak permanently delete account?
RULE OF WORK:
Never follow your colleagues on social media.
Jaga privacy.


Aku..?
Lama dah tak accept friend request. Sejak kes itu, aku unfriend semua yang ada kaitan dengan tempat kerja. Aku lebih tenang dengan circle sedia ada. Kamu tak kenal aku dan aku tak kenal kamu. 

#RemajaPurba: Kita kekal seperti ini.

Tuesday, March 5, 2024

PEMENANG Pencarian bloglist Blog Sharhanah sepanjang 2024


05 Mac 2024 - Selasa

Segmen Pencarian bloglist Blog Sharhanah sepanjang 2024 di SINI telah berakhir pada 03 Mac 2024. Pemilihan pemenang seramai sepuluh orang dipilih oleh anak bongsu blogger Sharhanah di SINI..

Hasilnya..?
MakBudak antara salah seorang pemenang. Bak kata Mei Mei dalam upin ipin.. 'saya suka, saya suka'. Terima kasih buat anak beliau di atas cabutan nama-nama pemenang tersebut, terselit nama 'aizamia3'. Juga tahniah buat pemenang yang lain. 

#RemajaPurba: Senyum..

Monday, March 4, 2024

WAHYU je dari atas tapi ILMU dari bawah


Kenangan Masa Lalu..
Ingin aku kongsikan satu catatan yang masih tersimpan di dalam draf blog MakBudak, ketika menghadiri satu sesi yang disampaikan oleh Chief Executive Officer pada tahun 2017 di tempat kerja lamaku,

Bunga-bunga kecil di padang janganlah dipijak sembarangan.
Ianya cantik, ada bauan, ada khasiat dan tinggi nilainya. Ianya hidup dan memberi manfaat.
- 14 Ogos 2017, Isnin (2 pm) -
Chief Executive Officer

  • Kamu biarkan saya cakap salah, kamu yang berdosa, kalau salah perlulah ditegur.
  • Seorang pemimpin dia perlu: Learn, relearn, un-relearn.
  • Ketua kena bergantung kepada orang bawahannya.
  • Pemimpin itu rugi kalau tak belajar.
  • 'WAHYU je dari atas.. ILMU dari bawah'.

Sempatlah mencipta kenangan hampir tiga tahun bertugas di situ sehingga beliau menamatkan kontrak pada 31 Ogos 2017. Chief Executive Officerku ini telah kembali ke rahmatullah pada 3 Julai 2022 (lebih kurang pukul 11:30 malam) di Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Kenangan di SINI..

#RemajaPurba: Al-Fatihah..

Friday, March 1, 2024

Terima Kasih buatmu Februari


01 Mac 2024 - Jumaat

Selamat datang buatmu Mac.
Akan ku cuba tinggalkan jejak di sini.

Malam tadi - 29 Februari 2024
Selamat tinggal buatmu geraham.
Terpaksa menyerah diri di klinik demimu sebatang gigi.


Terima kasih buatmu Februari..
Mengundang aku bercerita di sini..
Tak banyak yang dapat ku kongsi..
Walau dalammu ada 29 hari..

#RemajaPurba: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...