Followers Remaja Purba

Saturday, February 28, 2015

Doctor tak benarkan dak Adik balik


Bersambung kisah pada hari ketiga dak Adik di Wad..
Jumaat.. 27 Februari 2015


Merujuk kepada penjelasan doctor Fawwaz dan Specialist Dr. Yanti.. keputusan ujian darah dak Adik ok..
Tapi..
Keputusan ujian kencing dak Adik tidak memuaskan.. Itu yang menyebabkan tekanan darah dak Adik naik..

Doktor jelaskan antibiotik yang diberikan adalah untuk membunuh bakteria yang ada..
Bila bakteria mula kurang.. turun ikut saluran ke buah pinggang menyebabkan buah pinggang dak Adik mengalami masalah..
Air kencing dak Adik mengandungi sedikit darah..


Petang semalam..
Aku bertukar shift dengan hubby..
Hubby temankan dak Adik sementara aku balik rumah jenguk dak Kakak dengan dak Nuha..
Kisah dorang next entry..
Hubby memaklumkan doctor telah mula berikan ubat darah tinggi dan ubat senang kencing kepada dak Adik..


Kalau tak ikut apa yang doctor suruh, makin lambatlah dak Adik discharge..
Makin banyaklah jarum akan menunggu untuk memasukkan ubat ke dalam badan dak Adik..
Kalau sehari dua ni capai target.. cepatlah dak Adik discharge..

Kalau masalah kat buah pinggang tu dapat mengurangkan bengkak, ianya takkan berulang.. kalau ikut arahan doctor ler..
Not cure just make it less pain but day tomorrow never know what will come..
Moga dipermudahkanNYA..

Doctor tak bagi dak Adik banyak bergerak.. no game also..
Banyak baring je.. rehatkan minda.. babah banyak borak dengan dak Adik.. Tetau cakap sorang-sorang je.. kihkihkih..
Muka doctor pulak senyum je tengok perubahan pada dak Adik..

DAN..
Setakat entry ni ditulis.. tekanan darah adik menurun sikit demi sikit.. takdelah macam sebelum ni, tak turun walau sikit..

Malam ni bawak dak Kakak dengan dak Nuha tidur rumah atok dorang kat P.J..


psstt: Aku minta maaf pada kengkawan semua.. aku tak sempat nak singgah ke teratak kengkawan..





Friday, February 27, 2015

Perkembangan terkini dak Adik di PPUM


26 Februari 2015..
Hari kedua di Wad Pediatrik, PPUM..

Prosedur standard terhadap dak Adik..
Pemeriksaan tekanan darah, oksigen dalam darah dan suhu badan dak Adik..

Tapi..
Setiap kali tekanan darah diambil, hasil adalah amat tidak memuaskan di mana biasanya bacaan tersebut sangat tinggi..
Walau dah cuba pujuk dak Adik supaya berada dalam keadaan rileks, hasil tetap sama..
Malah bacaan diambil ketika adik tidur pun tetap tinggi..

Disebabkan bacaan tekanan darah masih tiada perubahan, doctor Fawwaz memaklumkan darah dak Adik perlu diambil bagi tujuan  tiroid function, hormon pembesaran dan juga infection indicator (penunjuk jangkitan kuman).. hasil ujian tersebut akan diketahui hari ini..

Sementara itu, Dr. Yasmin melakukan ujian ECG untuk melihat electrical activity of heart function dak Adik..
Alhamdulillah bacaan adalah normal bagi usia dak Adik..

Kalau ikutkan sakit bila masukkan antibiotik tapi dengan ayat-ayat memujuk Dr. Yasmin, dak Adik boleh jadi abam sado walau airmata meleleh.. kehkehkeh..
Antibiotik masih diberikan kepada dak Adik untuk mengurangkan bengkak di leher dak Adik..
Alhamdulillah nampak semakin baik berbanding kelmarin bila mana nak gerakkan kepala pun sakit apatah lagi nak menelan..

Dalam pada itu.. dua jenis sample air kencing dak Adik diperlukan..
Satu untuk mengesan jangkitan kuman dan satu lagi untuk mengesan perubahan dalam air kencing, protein.. macam tu lah..

Berdebar-debar nak tunggu keputusan ujian darah dan air kencing dak Adik.. Moga keputusan -ve dan boleh keluar wad lebih awal..



psstt: Atas permintaan Blogger DaddyZiyyad, Gigih aku interview doctor Yasmin bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai dak Adik..

last psstt: Semua gambar berkaitan tidak dapat diupload memandangkan aku masih menemani dak Adik di wad..



Thursday, February 26, 2015

Kena Tahan di Wad Pediatrik PPUM


Pagi semalam..
Bawa dak Adik ke OTORINOLARINGOLOGI Clinic (ENT Clinic), PPUM..
Walk in tanpa temujanji di sini atas sebab leher dak Adik yang membengkak..
Doktor Raudhah di ENT memaklumkan dak Adik perlu dimasukkan ke dalam wad memandangkan bengkak yang ketara di leher dak Adik..
Antibiotik perlu diberikan agar bengkak di leher dak Adik surut..
Ultrasound juga dibuat bagi melihat sekeliling leher dak Adik


Petang semalam..
Aku dan hubby tinggalkan sekejap dak Adik di PPUM bagi menguruskan hal di rumah..
Rasa sangat clumsy aku hari ni.. rasa kelam-kabut sebab dak Adik dah lama tak datang PPUM..

Pertama kali dalam tahun 2015..
Aku menemani dak Adik tidur berkongsi katil di Wad Pediatrik, PPUM..
Berapa hari aku di wad ni pun aku tak tahu..
Cuti Rehat juga ku sambung hingga hari Jumaat..
DAN..
Buat masa ni aku tak boleh fokus pada sesiapa yang bertanya mengenai dak Adik..



psstt: Dak Kakak dengan dak Nuha dijaga oleh pengasuh dan nenek saudara di TDBi..



Wednesday, February 25, 2015

Masuk lepas.. nak keluar tersepit..


Minggu lepas di rumah MIL..
Masuk lepas.. nak keluar tersepit..


Tiap kali tengok gambar ni mesti tergelak aku dibuatnya..
Apa taknya.. cucu abah yang montel ni tersepit menangis tak boleh keluar..
Tiba-tiba dia rasa panik macam mana nak keluar..
Lagi kitorang sakat, lagi kuat dia jerit..
Masa tengah edit entry ni pun aku sengih senyum sensorang teringatkan gelagat dia..
Rupanya dia nak ambil mainan kat celah kerusi tu..
eemm.. Nuha.. Nuha..



psstt: Pagi ni aku bawa dak Adik ke ENT, PPUM.. masalah tonsil dan leher dia bengkak..




Tuesday, February 24, 2015

Himpunan kisah 4 hari dalam satu entry..



Khamis.. 19 Februari 2015
Plan asal nak balik Selatan.. di SINI..
Menjenguk family di sana dan ada jemputan kenduri kahwin di Muar..
Tapi plan terpaksa ditukar di saat-saat akhir..
Gara-gara kelas mengaji dak Kakak dengan dak Adik diawalkan dari Hari Sabtu kepada hari Khamis..
Memandangkan tak nak terkejar-kejar, kita tukar plan..
Tetap balik kampung.. tapi kat P.J je lah.. mana lagi.. rumah MIL lah..
Hubby dan adik-beradik beliau nak layan kambing bakar dan steamboat..
Projek makan-makan akhirnya berjaya direalisasikan malam tersebut..



Its shopping time..


Hasil usahasama adik ipar dan hubby..
Aku tukang rasa.. ekekeke..


Malam tu, aktiviti dibuat kat pondok depan rumah..

Sebahagian dari menu untuk Steamboat..

Anak-anak leka main.. main.. dan main..


Kambing bakar.. Ayam pun ada..


tak nak makan dengan kitorang.. dok terkedek-kedek nak ikut kakaknya..


Disebabkan siang tu dah macam-macam masuk dalam perutku, jadi malam tu makan sekadar nak rasa je.. dan kambing tetap menjadi pilihan..
Lewat malam baru semua cucu-cucu FIL masuk tidur..
Dak Nuha boleh meragam malam tu.. gara-gara kepenatan teramat.. di SINI..


Jumaat.. 20 Februari 2015..
Tak cukup rehat.. tak cukup tidur..
Berkebetulan setiap bulan pasti aku diserang migrain..
Maka akhirnya aku jadi seperti di SINI..


Sabtu.. 21 Februari 2015..
Serba tak selesa.. bertabahlah ye mak budak..


Dina.. anak abang ipar.. mai datang dari Terengganu..

Red velvet yang mewah dengan cream cheese homemade by adik ipar..


Sambil tengok bola.. Selangor vs JDT..
by Chef Hubby..

MIL yang masak..

Aku..?
Dah masak.. haruslah makan kan.. dengan keadaan pedih ulu hati lagi menambah rasa tak selesa..
Habis game Selangor vs JDT yang berkesudahan seri 1 sama tu.. kami gerak balik..
Masa untuk berehat di rumah pulak..



psstt: Malam tadi line telefon dan internet dah ok tapi pagi tadi jadi balik.. berlaku kecurian cable lagi.. di SINI..



Monday, February 23, 2015

STREAMYX pun dipaksa cuti..?



Kita skip sekejap cerita sepanjang cuti umum minggu lepas..


Al-Kisah..
Nak dijadikan cerita..
Satu kawasan taman perumahan aku lumpuh..
Gara-gara ada McGyver tak bertauliah terlebih pandai menggunakan ruang yang ada..
Kejadian berlaku pada cuti umum Tahun Baru Cina minggu lepas..
Aku tahu pun semalam lepas balik dari kampung..
Info yang aku terima.. berlakunya kecurian kabel TM di TDBi..

Dahlah line Maxis hazabedah slow kat dalam rumah..
Streamyx pulak dipaksa cuti oleh si pencuri..


Akhirnya tadi..
Telekom Malaysia (TM) memaklumkan terdapat gangguan perkhidmatan dan kerja baik pulih dijangka siap pada hari ni..
Aduan juga telah ku dibuat tadi..
Moga kerja baik pulih tersebut berjalan lancar dan cepat siaplah hendakNYA..



psstt: Kesan pengambilan ubat minggu lepas menyebabkan aku mengalami pedih ulu hati.. sehingga la ni masih terasa..


Saturday, February 21, 2015

Akhirnya aku menyerah kalah..


Kelmarin..
Tidurku hanya 1 jam..

Semalam..
Tidurku hanya 4 jam..
Memang ting tong rasa kepala..

Malam tadi..
Tekak terasa mual.. serba tak selesa jadinya..
Mike India Golf Romeo Alpha India November..

Walau dah makan ubat tapi rasa sakit tetap tak berkurangan..
Akhirnya..
Pukul 11:30 malam tadi.. aku menyerah kalah..

Doctor: Do you want an injection..?
Aku: No Doc.. that would be my last choice..

Ingatkan anak-anak je yang takut kena suntik..
Mak Budak lagi teruk gediknya..

Selesai mendapatkan rawatan di klinik.. balik rumah terus makan ubat yang diberikan oleh doctor..
Salah satu ubat yang diberikan boleh menyebabkan mengantuk..
Bila makan.. dengan harapan dapat tidur lena memandangkan dah dua hari aku tak cukup tidur..

Tapi..
Nak jadikan cerita..
Aku langsung tak boleh tidur gara-gara pedih ulu hati..
Padan muka.. degil.. tak nak dengar cakap..
Ubat tu semua kena makan selepas makan tapi aku selamba redah gitu je..

Kemuncaknya..
Dekat subuh pagi tadi..
Kukejutkan hubby temankan aku makan..

Menu pilihan: Tosei dan nasi goreng kampung..


Alhamdulillah dapatlah legakan sekejap rasa laparku ini..
Mak mertua dah cakap.. 'tak payah diet sangatlah.. makan je..'
Ketika entry ni di publish.. pedih perut dan ulu hati masih belum hilang..
Selera makan turut berkurangan..




psstt: Izinkan hamba beradu barang seketika..



Friday, February 20, 2015

Sebelum cucu-cucu abah bangun..


Pagi yang tenang..
Sebelum cucu-cucu abah bangun mehlah kita update sebaris dua kata-kata di sini..

Sejak semalam aku dah berada di rumah MIL, macam nak sambut Hari Raya Puasa bila semua adik-beradik hubby berkumpul.. Abah dan Mak mertualah paling gembira bila semua cucu-cucu beliau ada..

Malam tadi kami layan steamboat dan ayam serta kambing bakar..
Kisah akan di upload kemudian.. cuti ni kita update yang ringan simple je dulu..

Dak Adik tak sihat.. tiba-tiba demam..
Akan dirujuk ke ENT, PPUM dalam masa terdekat ni..

Dak Nuha pulak meragam malam gara-gara seharian tak tidur..
Dahlah malam sebelumnya aku tak cukup tidur.. malam tadi pun sama.. ting tong dah rasa kepala..

Dak Kakak.. usah tanyalah.. sibuk ke sana sini dengan sepupunya..

Ok.. kita stop dulu kat sini.. nanti aku jenguk singgah balik..
Sebelum hubby bersuara baik aku offline sekejap.. hehehe..
Bukan selalu dapat berkumpul reramai macam ni..



psstt: Request kat MIL nak makan pulut kuning.. kehkehkeh.. mengada betul menantu hantu sorang ni..




Thursday, February 19, 2015

Selamat Tahun Baru Cina 2015


Malam tadi meriah kedengaran dari kejauhan dengan bunyi mercun sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Alang-alang langsung tak boleh tidur ni, meh kita update blog sekejap..
Tadi beria-ia nak update blog..
Bila dah buka, hilang fokus nak mengarang..

Pukul 4:14am..
Mata ni masih gagah bertahan..
Tabik spring aku berikan..
Jemari pulak dah naik lenguh dok menaip..

Aku sedih sebab tak dapat balik kampung kali ni..
Dari awal aku dah rancang.. tapi gara-gara masalah yang melanda, terpaksa kubatalkan..
Kupujuk hati.. seperti entry semalam..


psstt: I miss u.. I need u..


Wednesday, February 18, 2015

Kunci kekuatan diri..


Kisah semalam..
Aku ada masalah yang terlalu peribadi untuk dikongsi di sini..
Berusaha untuk menyabarkan diri bila mana ego masing-masing menguasai diri..
Namun abam sayang cuba berusaha mengembalikan rentak hati aku agar kembali normal..
Terserlah kerisauan di hati beliau..
Aku pulak jadi serba-salah..
Macam aku sorang je ada masalah..

Pesanan dari hubby..
Sabar.. jangan sampai lost control sebab tak boleh nak kawal perasaan..
Jangan simply2 nak mengadu pada orang yang tak sepatutnya..
Abang tak nak ada orang lain ambil kesempatan dengan keadaan sayang macam ni..


Terima kasih abam sayang..


Alhamdulillah.. bangun pagi tadi hati lebih tenang walau masalah itu belum selesai..
Tapi sekurang-kurangnya aku masih di sini..
Kita lupakan sekejap permasalahan itu dengan blogwalking..


Pagi tadi perjalanan menuju ke pejabat, smooth and clear.. santai je aku tekan minyak hari ni..
Aku pandu laju, ada lagi laju dari cikPutihku..
Namun tiada tekanan ketika memandu..
Harap balik kerja nanti pun macam pagi tadi..

 

psstt: Cuti panjang.. ke manakah hala tuju kali ni..


Tuesday, February 17, 2015

Kambing Golek di Sajian Kak Zu


Mulut mendengar kata..
Arahan dari otak.
Tekak beri kerjasama..
Buat perut kekenyangan..
Oh!Tercalar dietku hujung minggu lepas..
Kambing Golek punya pasal..




Kambing Golek RM8 tanpa nasi..
Full set (dengan nasi) RM15.00
Half set (dengan nasi) RM10.00



Kalau makan kat luar, dak Adik mesti nak duduk sebelah babah dia..
Kalau tak dapat, dia punya merajuk boleh buat aku hangin..


Gambar ni dekat kaunter dalam kedai makan tu..


 Pemandangan dari tepi jalan..

 
 Promosi yang dibuat oleh empunya kedai..


Kambing golek tersebut boleh dinikmati di SINI..
Kedai makan ni ada menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari.
Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang disajikan tapi aku lebih berminat dengan kambing golek..
Menu lain tak pandang dah..
Sajian Kak Zu ni dah lama dikenali dalam perkhidmatan catering, dan baru-baru ni je kedai makan 1894 dibuka.. punya besar kain rentang kat tepi jalan tu..



Sajian Kak Zu
Lot 1894 Persiaran Hamzah Alang Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan, 42200 Klang, Selangor
No Telefon: 0133404324
No Faksimili: 0333921801 



psstt: Hari-hari aku lalu depan kedai ni, memang menggoda diet aku sungguh..




Monday, February 16, 2015

My Status Today..



Status: Available..


psstt: Korang jangan offline pulak ye.. hikhikhik..



Saturday, February 14, 2015

Bagaimana nak turunkan berat badan dalam masa sebulan


Siapa yang tak gembira bila apa yang diimpikan menjadi kenyataan.
Satu usaha yang boleh dibanggakan..

Dalam cabaran mencabar diri sendiri..
Bermula 14 Januari - 13 Februari 2015..
Sebanyak 5.6kg telah berjaya dikurangkan..
Satu usaha yang bukan mudah pada awalnya..

Dugaan datang bila dah biasa makan.. makan.. makan..
Bila nak mengubahnya bukan satu kerja mudah..
Nak pulak bila berada di rumah.. rasa liat je nak teruskan..
Tapi kucuba pujuk hati.. kuatkan semangat.. sabar..
Alhamdulillah..

Aku takdelah sampai tak makan langsung..
Makan sekurang-kurangnya 5 - 6 meals/day..
Tapi dalam jumlah yang sedikit..
Kalau tak jaga pemakanan dengan betul..
Metabolisme body jadi perlahan dan silap-silap boleh dapat gastric..

Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari..
Tapi aku minum 4 liter setiap hari..
Kerap berulang ke bilik air jelah aku..


Kini.
Cabaran bulan kedua kuteruskan..
Yelah sementara semangat tengah membara ni kan..
Bak kata akak sorang ni.
'Alang-alang teruskan sampai puasa..'
Tapi lain pulak dari abam sayang..
'Jangan kurus sangat.. tak sedap bila peluk..'
Don't worry hubby.. your wife ni bukan nak kurus macam body model pun..



psstt: eemm.. menu apa sedap ni ek.. kihkihkih..





Friday, February 13, 2015

Kegunaan Kain Ihram


Kisah ni dok terperam lama dak draft..
Tahun lepas punya cerita.. di SINI.. dan SINI..
Disebalik kisah mertua mengerjakan umrah pada penghujung bulan Mei tahun lepas..

Kain ihram yang dipakai oleh FIL ketika di sana.. kini menjadi hak milik dak Nuha..
Digunakan sebagai selimut..
Dak Kakak dengan dak Adik mampu tengok jelah..

Nak buat macam mana.. cucu abah bukan anak-anak aku je yang ada..
Lagipun cukuplah sehelai tu..









psstt: Takziah kepada keluarga terdekat dan sanak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat. Semoga roh Tok Guru Nik Aziz dicucuri rahmat Allah S.W.T.



Ruang itu sentiasa ada..



Selagi boleh sabar.. bersabarlah..
Selagi boleh diam.. berdiam dirilah..
Selagi boleh tahan.. bertahanlah..
Semua dugaan dariNYA..
DIA tahu apa yang kita rasa..

Percayalah..
Ruang itu sentiasa ada..
Perhatian diberikan bukan bermakna ingin mengongkong..



psstt: Kurang sihat.. suara tiada..



Thursday, February 12, 2015

Musim Limau Chinese New Year


Kotak pertama yang aku terima minggu lepas..
Minggu ni pun ada..
Minggu depan pasti ada..
Minggu lepas Chinese New Year.. musim orang jual kat pasar malam pulak..





Hari ni..
Tekak perit..
Hidung sakit..
Suara bertukar..
Ada yang kata limau penyebabnya..
Kelmarin aku cuma makan tak sampai setengah biji pun..
Kebetulan je tu.. nak jadikan punca tak sihat..

Tapi.. dalam tak sihat.. habis sebungkus tau nasi lemak pagi ni..
Alhamdulillah.. kenyang..

Hubby cakap..
'Macam ni lah wife abang.. baru ada tenaga.. hihihi..'
Diet.. diet juga.. tapi kesihatan diri perlu diutamakan..



psstt: Alhamdulillah dak Adik semakin baik tapi masih dalam tempoh cuti sakit..



Wednesday, February 11, 2015

Maafkan aku teman.. aku semakin sibuk..


Petang semalam..

Stress pagi tak hilang sebab jalan sesak, balik kerja semalam pun sama..
Paling hazabedah dekat traffic light Klang Sentral..
Memang lewat sampai rumah semalam..
Kesian anak-anak lewat makan gara-gara aku lewat sampai rumah..
Bertambah kesian dak Adik masih belum baik demam..


Malam tadi..

Aku perasan dah lama dak Nuha tak main LEGO besar tu..
Dia lebih suka duduk baring je atas Lego tu tanpa keluarkannya..
'Nuha.. nak main Lego tu mainlah, tapi lepas main kemas balik..'
Punyalah excited bila aku cakap macam tu.. dan dan tu terus dia keluarkan..




Gambar sebelum LEGO besar tu dikeluarkan..
Dah puas main ditinggalkannya bersusun kat ruang tamu..


Dengan CD pun jadi nak selfie..


dak Adik masih tak sihat..


Hari ni..

Turn hubby pulak cuti rehat jaga dak Adik.. bawa pergi klinik untuk dapatkan rawatan.
Kalau masih tak ok jugak, esok kita pergi jumpa doctor kat hospital pulak ye dik..
Tak tenang hati nak buat kerja di pejabat..
Dengan tugasan yang urgent.. terasa kelam-kabut hari ni..
Paling menarik.. dari pagi tadi baru sekeping roti dapat dihadam oleh perutku dan belum seliter air dapat kutelan..
Lagi best.. tekak terasa perit dan suaraku pun dah mula berubah..
Petanda menuju ke arah tidak sihat..




psstt: Ingatkan dah tak nak pujuk.. nak tambah rasa rajuk ni.. huhuhu..



Tuesday, February 10, 2015

Bila anak tak sihat, ibunya yang panik lebih


Kisah malam tadi..
Kemuncaknya malam tadi suhu badan dak Adik naik balik..
Dua kali aku mandikan dia dan paksa dia makan ubat..
Menangis dia takmo.. tapi lepas pujuk ala-ala diktator makan jugak ubat tu akhirnya..

Baring atas sofa tunggu babah balik..
Babah balik baru nak makan..
Siang tu aku suap, sikit je dia makan..


Kisah hari ni..
Pagi tadi dah pesan pada pengasuh..
Kalau dak Adik tak larat, biar je dia rehat kat rumah.. tak payah pergi sekolah..
Dak Kakak semakin baik berbanding kelmarin.. Alhamdulillah..
Bila anak-anak jarang sakit.. sekali dorang meragam tak sihat, ibunya yang panik lebih..


Pagi tadi..
Luarbiasa sesak jalanraya..
Dari rumah ---> NKVE ---> Susur Subang Jaya ---> Federal Highway ---> menuju ke pejabat..
Mengambil masa hampir satu jam 50 minit..
Hampir menyamai masa nak balik kampung di Selatan.. huhuhu..

Tambah pulak mood: Mike Echo Romeo Alpha Juliet Uniform Kilo..
Lagilah rasa stress luarbiasa pagi tadi..
Moga balik kerja nanti takdelah sesak macam pagi tadi..



psstt: Sekian, berita tertunda malam dan pagi tadi..



Monday, February 9, 2015

Antara Kerja, Cuti Rehat dan Cuti Sakit


Hari ni mak budak cuti rehat bagi menjaga dak Kakak dengan dak Adik yang dapat cuti sakit daripada doctor..


Dak Kakak kena amik neb.. tengahari semalam..


Dak Kakak nampak ok sikit berbanding semalam..
Dak Adik je kena pantau lebih..
Bukan setakat batuk dan selesema, naik ruam dekat badan dia..
Dalam masa yang sama, aku juga dapat rehatkan diri..
Gara-gara sakit pinggang sejak minggu lepas..



psstt: Aktiviti lasak masih tergendala buat sementara waktu..



Sunday, February 8, 2015

Aktiviti luar dibatalkan bila anak-anak tak sihat


Kejap lagi nak bawa anak-anak pergi klinik.
Batuk dan selesema dan mula menyerang dorang ketika ini..

Dak Adik yang teruk..
Bukan setakat batuk dan selesema, sekeliling leher dengan belakang badan dia merah-merah..
Mengadu gatal lagi kat aku malam tadi..
Apalah yang anak bujang aku sorang ni dah buat agaknya..

Dak Kakak mengadu.. 'Ibu, kakak rasa tak sihatlah ibu..'
Dak Nuha.. setakat ni Alhamdulillah takde apa-apa..
Tapi bila Kakak dengan dak Adik mengadu tak sihat dia pun sama merengek kata demam.. alahai Nuha.. Nuha..



psstt: Bosannya bila tak dapat nak melasak seperti biasa ni..



Saturday, February 7, 2015

Sakit Pinggang malam Jumaat..


Akhirnya.. malam kelmarin..
Sakit pinggang kembali menyerang..
Aku tak tahu nak gelak ke nak menangis..

Nak buat apapun tak selesa..
Pergerakan jadi terbatas..
Kemuncaknya.. malam tadi hubby temankan ke klinik..

Malam tadi..
Jangan kata nak picit tekan lappy.. Nak hadap tengok tv pun tak larat..
Bagus jugak aku tidur awal, dapat rehat lebih lama dari biasa..
Kalau tak..
Selagi jarum jam tak menunjukkan pukul 1 @ 2 pagi..
Selagi itulah mata ni tak mahu lelap..


Hari ni..
Berehat sambil layan Maharaja Lawak Mega Akhir 2014..
Orang lain dah tahu keputusannya, aku baru nak tengok..
Tahniah buat semua..
Kalah atau menang tetap ada habuan buat semua..
kecik atau besar je jumlahnya..



psstt: Segala aktiviti lasak terpaksa dihentikan buat sementara waktu..



Friday, February 6, 2015

Saling tegur-menegur untuk kebaikan bersama



Satu nasihat.. seperti di SINI..
Bila dah berubah ke arah yang lebih baik, kekalkanlah..
Kenapa nak jadi yang lebih teruk..
Allah kurniakan akal untuk berfikir..
Allah kurniakan nafsu untuk dikawal oleh akal..
Bukan dikawal oleh perasaan..


Kita nakkan keredhaanNYA..



Aku bukannya baik mana pun..
Aku tak pernah rasa aku yang hebat atau yang terbaik..
Aku banyak kekurangan..
InsyaAllah aku akan terus cuba fahami dirimu dan terima kasih kerana percayakanku..
Senyum dan terus senyum..




psstt: Cuba tekad dalam hati agar tiada lagi hati terluka..




Thursday, February 5, 2015

Tahap kelajuan menaip..


Wah.. makin teruk pulak tahap kelajuan menaip aku kali ni..
Baru habis sebaris ayat, aku delete balik..
Buat semula yang baru..
Godek cari nak letak gambar, rasa malas nak mengarang ayat..
Ada banyak draft terperam tak cuba dikeluarkan..
Akukah yang malas atau masa mencemburui aku..

Rutin harian macam biasa..
Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha membesar dengan sihat..
Entah kenapa mood nak bercerita mengenai dorang belum ada..
Hubby pun turut sama berjaya membesarkan perut beliau..
Bukan sebab aku masak sedap tapi sebab dah malas nak diet..




selingan di petang hari..
 Cubaan mencuri perhatian dari hubby sayang..




 psstt: Mampukah aku bertahan dengan keadaan sekarang.. cuba untuk tekadkan dalam hati..


Wednesday, February 4, 2015

Zikir Fatimah untuk elak penat


Matahari dan meninggi baru nak cuba menjenguk di sini..
Dari pagi tadi hanya sempat jeling je.. tak dan nak update bagai..
Sibuk.. hinggakan rasa tak cukup tenaga dan belum pulih sepenuhnya..
Aku bukannya demam.. cuma tak larat..

Entry ini sambungan dari entry semalam..

Komen dari blogger Najib Ariyan..
Salam...
Saya bukanlah pandai sangat dalam agama tapi ada satu amalan yang bagus untuk diamalkan bertujuan untuk mengekalkan kesegaran badan untuk kerja2 keesokkan harinya yang dikenali dengan Zikir Fatimah... sangat mudah. Sebelum tidur bacalah:

Subhanallah 33 kali
Alhamdullilah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

Cuba baca di SINI untuk lebih terang dan jelas.

psstt: Moga rutin harian kita dipermudahkanNYA..

Tuesday, February 3, 2015

Nak kata aku terlampau sibuk, tak jugak..


Hari ni cuti umum bagi mereka yang menyambut Hari Thaipusam..

Takde rasa nak bawa anak-anak berjalan hari ni pun memandangkan aku memerlukan rehat yang mencukupi bagi mendapatkan kembali tenaga yang hilang..
Baru nak rasa kasihan pada diri sendiri..
Tak cukup rehat, kurang tidur sejak Jumaat malam lepas..
Nak kata aku terlampau sibuk, tak jugak..
Rutin harian berjalan seperti biasa..

Dak Kakak, dak Adik lepas sarapan tadi terus main kat luar..
Ramai pulak budak-budak main dekat lorong rumah aku pagi ni..

Dak Nuha, pantang ada yang ajak keluar.. Laju je mengikut..
Biasa yang datang amik dak Angah atau dak Alang..

Sudahnya sunyi sekejap rumah..
Ini yang Mak Budak amik peluang update blog sekejap dan cuba singgah teratak kengkawan..
Dalam tak cukup rehat, sempat lagi singgah sini..



psstt: Jangan pernah jauh dariku kerana diriku memerlukanmu..



Monday, February 2, 2015

Februari 2015


Bulan Januari adalah bulan aku..
Setiap tahun pada setiap 1 dan 28 Januari, pasti berganda rasa gembira..
Alhamdulillah..
Walau ada rasa rajuk di penghujung Januari tapi masih bertahan hingga kini..
"Dah buat ai merajuk.. pujuklah balik.." ---> status dalam FB.. hikhikhik..


Kini..
Bulan Februari pula memunculkan diri..
Apakah aku berjaya dengan usaha yang aku lakukan ketika ini..?
Bertahan dan bersabar menunggu pertengahan Februari ini..
Apa yang penting, semangat perlu kuat..
Jangan mudah tergoda dek hawa nafsu..
Yakin aku mampu lakukannya..
Andai aku berjaya, akanku teruskan untuk cabaran seterusnya..


Buatmu JANUARI.. insyaAllah kita jumpa lagi tahun hadapan..
Buatmu FEBRUARI.. moga rutin harian berjalan dengan baik hendakNYA..



psstt: Gara-gara tak cukup rehat, badan rasa dedo nak demam.. huhuhu..


Sunday, February 1, 2015

Stor Penyimpanan Barang


Sesi 5S selesai dibuat tengahari tadi, melibatkan ruang penyimpanan barang didapur..
Bantuan sepenuhnya adalah dari hubby dan dak Kakak..
Aku cuma buat yang ringan-ringan je.. yang lain hubby kemaskan..
Angkat barang berat..? Memang taklah kan..
Manja..?
Dengan sejarah kecederaan pada pinggang yang pernah aku alami, aku tak nak amik sebarang risiko..
Sebab tu kalau nak mengemas rumah, bantuan hubby sangat diperlukan..

Aku bersyukur hubby nak bantu aku tapi atas pemantauan jugak..
Kalau tak.. sama ada hubby buang atau simpan dan tak jumpa langsung..
Biasalah.. pada pandangan mata hubby, yang penting dah tak semak dan bersepah..

Dalam pada tu, hubby sempat tegur aku pasal pembelian barangan jenama TUPPERWARE yang semakin beranak-pinak dalam ruang penyimpanan barang dapur tu..

Janji hanya tinggal janji.. janji tak nak beli tapi beli jugak.. hehehe.. abang janganlah marah.. lain kali tak beli dah..

Memandangkan masing-masing dah kepenatan, maka terpaksalah tunda nak balik kampung menjenguk ibubapa aku dan hubby..



Mood: Masa untuk berehat..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...