Followers Remaja Purba

Saturday, February 28, 2015

Doctor tak benarkan dak Adik balik


Bersambung kisah pada hari ketiga dak Adik di Wad..
Jumaat.. 27 Februari 2015


Merujuk kepada penjelasan doctor Fawwaz dan Specialist Dr. Yanti.. keputusan ujian darah dak Adik ok..
Tapi..
Keputusan ujian kencing dak Adik tidak memuaskan.. Itu yang menyebabkan tekanan darah dak Adik naik..

Doktor jelaskan antibiotik yang diberikan adalah untuk membunuh bakteria yang ada..
Bila bakteria mula kurang.. turun ikut saluran ke buah pinggang menyebabkan buah pinggang dak Adik mengalami masalah..
Air kencing dak Adik mengandungi sedikit darah..


Petang semalam..
Aku bertukar shift dengan hubby..
Hubby temankan dak Adik sementara aku balik rumah jenguk dak Kakak dengan dak Nuha..
Kisah dorang next entry..
Hubby memaklumkan doctor telah mula berikan ubat darah tinggi dan ubat senang kencing kepada dak Adik..


Kalau tak ikut apa yang doctor suruh, makin lambatlah dak Adik discharge..
Makin banyaklah jarum akan menunggu untuk memasukkan ubat ke dalam badan dak Adik..
Kalau sehari dua ni capai target.. cepatlah dak Adik discharge..

Kalau masalah kat buah pinggang tu dapat mengurangkan bengkak, ianya takkan berulang.. kalau ikut arahan doctor ler..
Not cure just make it less pain but day tomorrow never know what will come..
Moga dipermudahkanNYA..

Doctor tak bagi dak Adik banyak bergerak.. no game also..
Banyak baring je.. rehatkan minda.. babah banyak borak dengan dak Adik.. Tetau cakap sorang-sorang je.. kihkihkih..
Muka doctor pulak senyum je tengok perubahan pada dak Adik..

DAN..
Setakat entry ni ditulis.. tekanan darah adik menurun sikit demi sikit.. takdelah macam sebelum ni, tak turun walau sikit..

Malam ni bawak dak Kakak dengan dak Nuha tidur rumah atok dorang kat P.J..


psstt: Aku minta maaf pada kengkawan semua.. aku tak sempat nak singgah ke teratak kengkawan..





6 comments:

  1. Susah nak baca tulisan camni. La knp dgn adik. Moga cepat cepat sembuh adik. Ikut cakap dokter ye.

    ReplyDelete
  2. Setuju...doc memang tau apa yg terbaik...

    ReplyDelete
  3. Anak lelaki no 5 saya dulu pun pernah kena tahan wad 5 hari kerana jangkitan kuman di buah pinggangnya menyebabkan ada darah... Tapi lepas makan antibiotik, buah pinggangnya kembali normal.

    ReplyDelete
  4. Kesihatan anak lebih penting..
    Spend more time with dak Adik ye.
    BW tu bila-bila nanti boleh..
    Btw, ubat darah tinggi? Ape nama ubat tu?

    ReplyDelete
  5. Eh, berapa umur Dak Adik ni? Kena makan ubat darah tinggi?

    Tak kisahlah Aiza kalau tak sempat blogwalking. Yang penting keluarga terjaga, always come first *_*

    Nanti bila you dah lapang dan dapat rehat cukup, bolehlah blogwalking semula.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...